Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2026

PBAKL 2026


Setiap kali ia hampir, saya berasa sangat teruja. Meskipun ia menjanjikan perkara yang serupa sahaja, iaitu timbunan buku untuk dibeli mahupun dibelek sahaja, tetapi saya tetap teruja. Setiap tahun, saya berdoa semoga saya tetap dapat sampai dan merasai pengalaman bergelumang dengan sekalian banyak manusia yang masing-masing punya hajat memburu buku ataupun sekadar bersuka-suka hendak merasa kesesakan manusia. Tetapi kebiasaannya, akan ada satu-dua buku yang akan dibeli meskipun anda bukanlah seorang ulat buku.

Satu ketika dahulu, kalau saya bertandang, saya berhajat untuk bertemu dengan Faisal Tehrani (Tuhan telahpun beberapa kali mengkabulkan hajat saya ini). Sekarang, saya lebih selesa mengambil rasa rambang sahaja, kerana dengan rasa sebegitu, saya lebih teruja dan tidak menjangkakan apa-apa atau sesiapa. Ada masa dan ketikanya, saya akan bertemu dengan beberapa penulis yang saya tidak jangkakan mereka akan ada di situ (sama ada sebagai pengunjung mahupun sedang mempromosi buku mereka). Ada ketikanya, saya bertemu selebriti terkenal yang turut mengambil peluang berjualan di situ (Contohnya Datuk Imuda yang pasti saya beli baju yang tercetak lukisannya setiap kali singgah di reruainya) atau sama-sama terlibat dalam sesi bertemu ramah dengan peminat (saya sempat berjumpa dengan Sabri Yunus dan menyampaikan rasa kekaguman pada upaya kreatifnya). Tak ketinggalan juga, figur-figur agama yang berada di reruai buku-buku islamik di samping mereka turut menyampaikan pesan-pesan kepada para pengunjung. Saya berkesempatan bertemu dengan Dr. Zulkifli (terkenal dengan Bayan Linnas) dan meminta beliau untuk mendoakan saya agar diringankan dari bebanan hutang.

Di pesta ini juga, ada buku-buku yang dahulunya sangat mahal tetapi dijual murah pula oleh penerbitnya kerana hendak menghabiskan stok buku yang tidak terjual pada tahun lepas. Biasanya, buku-buku ini amat berharga tetapi tidak begitu mendapat sambutan kerana harganya yang mahal. ITBM adalah antara penerbit yang kerap berbuat begini dalam tahun-tahun terkini penganjuran PBAKL ini. Ada juga penerbit-penerbit muda yang semakin mendapat tempat di hati penggemar buku kerana aktifnya mereka menerbitkan bahan bacaan dan promosi yang cukup kuat di medsos. Contohnya The Patriots.

PBAKL juga bagi saya bukan sekadar pesta itu, tetapi suasana sepanjang perjalanan menuju ke pesta tersebut. Sebelum ini, saya memandu kereta ke PWTC dan sering menghadapi masalah untuk mencari tempat letak kereta. Tetapi, dengan sedikit pencarian maklumat pergerakan kenderaan ke PWTC, saya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam bersama-sama keluarga saya, dan secara jujurnya, ia lebih mengujakan meskipun kesesakan pengguna itu boleh dijangkakan.

Saya berharap PBAKL ini kekal di PWTC, kerana di situlah auranya teguh dan kukuh. Dan dengan izin Tuhan, saya akan ke sini, tidak lama lagi. Insya Allah... 

Isnin, 26 Ogos 2024

Kasih sayang kepada Syamsul tak pernah berubah - Yusof Haslam

Kadang-kadang, saya rasa kasihan pada Datuk Yusuf Haslam. Pada usianya begini, beliau terpaksa menghadap asakan soalan dari media berkaitan anak jantannya yang satu itu. 

Yang bergaduh-cerai, anaknya.

Yang bermasam muka, anaknya.

Yang menikah di Siam, anaknya.

Yang bercerai sekali lagi, anaknya.

Tapi, ayahnya pula yang diasak media. Yalah, anak kepada seorang pengarah dan penerbit filem terkenal, media hiburan agaknya berpendapat suara ayahnya pasti membuatkan cerita mereka ini lebih laku dari segi jumlah pembaca.

Beberapa ketika sebelum ini, ibunya sendiri tampak jelas berpihak kepada menantunya. Saya rasa hal ini membawa kepada rajuk hati yang berpanjangan pada diri Syamsul kerana dia mungkin menyangkakan bahawa ibu bapanya akan membelanya sehabis daya, macam jantan tak guna seorang lagi itu yang beria dipertahankan ibunya sedangkan anaknya berperangai entah apa-apa.

Tapi, ibu bapa Syamsul amat menyayangi menantu mereka yang seorang itu. Sementelah pula, mereka memperoleh cucu daripada rahim menantunya itu. Apabila diperlakukan sebegitu oleh anak sendiri kepada menantu mereka, mestilah dengan akal yang waras mereka tak boleh terima. Menikah di Siam secara rahsia itu juga adalah kemuncak kepada sebuah pengkhianatan dalam berumahtangga.

Pada satu masa dan ketika, mungkin juga ibunya terbawa-bawa dengan emosi seorang wanita dengan memberikan banyak komentar tentang situasi keluarga anaknya itu. Pada hemat sebahagian orang, ibunya patut biarkan sahaja si Syamsul menguruskan masalahnya sendiri, tak perlu ditambah rencah pedas yang menghangatkan lagi situasi keluarga anaknya.

Lima tahun untuk merajuk itu adalah tempoh yang lama.

"Kita pun sebagai orang tua bukan pengemis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi." [1]

Begitu kata Datuk Yusuf Haslam dan betapa benarnya. Ibu bapa tidak sewajarnya mengemis kasih daripada anak sendiri. Mereka ada amal ibadah yang hendak diberi tumpuan sebelum pulang ke negeri abadi. 

Tapi seperti mana yang kita faham, hati yang merajuk bukan mudah hendak diubati.

Cuma, kalau Syamsul betul hendak berusaha memulihkan semangat dirinya (kita semua tahu hidup kepura-puraaan konon kita kuat dan masih bertahan), dia seharusnya pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya.

Isteri boleh bertukar ganti, tapi ayah dan ibu hanya satu dan takkan kembali kalau sudah pergi.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”

Riwayat al-Tirmizi (194)

Mungkin dari hadis ni, Syamsul boleh belajar sesuatu tentang perkara yang menimpa dirinya sekarang. 

Tidak ada yang hendak dibanggakan dengan pencapaian duniawi kita kalau nanti di alam barzakh kita diasak oleh malaikat kerana 'bermusuh' dengan ayah dan ibu kita sendiri hanya kerana seorang perempuan.

Wallahua'lam.

[1] Kasih sayang kepada Syamsul tak pernah berubah - Yusof Haslam, 

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/08/1289888/kasih-sayang-kepada-syamsul-tak-pernah-berubah-yusof-haslam

Ahad, 16 Jun 2024

MENANGGAPI HIDUP - SESAL YANG TIDAK BERPENGHUJUNG

 "He is Sparta's general, but he is also made of flesh and blood. Life cannot be lived without some regrets." 

-Stentor, Assasin's Creed Odyssey, 2018

 



Saya sedang bermalas-malas sambil menonton permainan video di Youtube. Assasin's Creed Odyssey, saya rasa mungkin ada di antara anda tahu benar tentang permainan ini. Sedang karakter-karakter di dalam permaian itu bercakap di dalam satu misi, keluar lontaran dialog yang saya petik di atas ini oleh salah seorang wataknya bernama Stentor, seorang pahlawan Sparta. 

Saya tertarik dengan apa yang dikatakannya itu. Ketika itu wataknya sedang berbicara tentang watak general Sparta yang kuat dan gagah. Namun, katanya meskipun gagah, sesekali pandangannya kosong dan punya maksud kesedihan yang tak terungkap, atau mungkin juga yang tidak dapat ditebus dengan apa pun.

"Life cannot be lived without some regrets"

Secara literalnya mungkin bermaksud begini, "Kehidupan tidak dapat dijalani tanpa sedikit penyesalan." Ertinya, tidak mungkin kita jalani hidup ini tanpa sebarang penyesalan dalam apa jua peristiwa yang telah kita alami.

Saya kira itu tepat, bukan ?


Betapa banyak kekesalan yang kita tanggung dan tidak tertebus. Kita hanya mampu berdamai tanpa melunaskan 'hutang perasaan' yang tidak 'berbayar'.

Pada diri saya sendiri bahkan begitu banyak kekesalan. Ada yang terubat di peredaran masa. Namun, ada yang kekal menjadi 'kenapa aku berbuat begitu?' dalam hidup saya.

Pelajaran.

Pekerjaan.

Hubungan kekeluargaan.

Hubungan cinta.

Keputusan kemajuan hidup. 

Setiap satu daripada perkara ini ada kekesalan yang saya tanggung dan tidak mampu saya tebus. Saya tahu sebagai Muslim, nabi kita telah mengajar supaya jangan berkalau-kalau dengan takdir, kerana ia boleh mendatangkan rasa putus asa dengan rahmat Tuhan. Namun, sebagai manusia biasa yang penuh dengan kekurangan, ia tidak dapat dielakkan. Kerana itu, apa yang tinggal hanyalah memohon ampun kepada Tuhan atas perasaan yang tidak terluah itu.

Hidup dengan penyesalan ini sekurang-kurangnya membuatkan kita sedar akan satu perkara - jiwa kita ini hakikatnya juga dalam jagaan Tuhan. Dia Maha Mengetahui akan segala yang kita kalutkan. Beruntung juga kita punya suatu yang tidak terbayar dengan apa pun harta dunia iaitu iman. Kerana iman, meski kita punya kekesalan namun kita masih waras dalam menanggapi hidup ini. Kita mungkin mencari salah, tetapi tidaklah sampai menyalahkan Tuhan.

Kita tahu bahawa Tuhan menetapkan takdir bukan ikut suka nafsu kita, tetapi atas kebijaksanaanNya. Tuhan tidak akan membawa kita ke lembah kehancuran melainkan kita punya 'free will' untuk menentukan. Dengan 'free will' inilah kita memerlukan iman supaya kita tidak memilih sesuatu yang bersalahan dengan hukum Tuhan. Namun, Tuhan beri juga pada kita suatu yang namanya nafsu. Kebanyakan manusia menjadi hamba kepada nafsunya kerana dia gagal mengurus nafsunya sendiri menurut apa yang Tuhan mahu. Kerana itu, adanya taubat dan penyesalan.

Nafsu itu perlu untuk keterujaan dan semangat dalam menjalani kehidupan. Hatta beribadah juga perlukan nafsu supaya semangat beribadah sentiasa ada. Namun, ia perlu dipandu dengan iman supaya kita tidak melampaui batas normal dalam apa jua keadaan.

Akhir kata, kita semua punya penyesalan. Ada kalanya kita menyesal dahulu. Ada ketikanya kita menyesal kemudian. Kesemuanya itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Maka hadapilah ia dengan penuh rasa kehambaan. Barulah kita tidak meletak ego sebagai pilihan untuk menghadapi hari kemudian. Ego akan membentuk kesombongan dan kita tidak akan dapat memaafkan sesiapa pun, bahkan diri kita sendiri. Sebelum hati kita mati dengan kesombongan, eloklah segera dibuang dan diganti dengan nilai keredhaan kepada takdir Tuhan...


Khamis, 6 Jun 2024

80 TAHUN, BAYI COMEL DAN KISAH NABI-NABI

Ahh... lama tak menyinggah blog sendiri. Tak elok dibiarkan medan meluahkan rasa 'bersawang' tanpa fikrah, ya tak ? Yalah saya bukanlah seorang pemikir agung, namun saya juga berhak berfikir dan menterjemahkan fikiran saya dalam bentuk tulisan sebegini.

Di mana saya hendak mulakan ? Oh ya, mari kita bercerita tentang seorang suami berumur 80 tahun yang baru sahaja menimang cahaya. Di bawah adalah laporan daripada Berita Harian:

KEPALA BATAS: "Memang tak sangka dapat anak dalam usia begini, tapi bukan sebab saya 'kuat', Allah SWT yang berkuasa. Lahirnya anak saya pun atas kurniaan dan kehendakNya," kata pesara FELDA, Yob Ahmad yang dapat menimang cahaya mata pada usia 80 tahun. 

Bayi perempuan diberi nama Nur itu dilahirkan pada 31 Mei lalu dan anak hasil perkahwinan dengan Zaleha Zainul Abidin, 42. 

Berkongsi kisahnya, Yob berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal anak kerana sedar keadaan dirinya yang sudah lanjut usia malah sudah mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu. "Saya berserah kepada Allah SWT kerana hanya mampu usaha, selebihnya kehendak Dia, kehendakNya kita tak ada daya nak halang.

"Tapi bila Allah SWT izinkan isteri mengandung sampai dapat anak, saya bersyukur sangat serta anggap satu rezeki. "Saya harap anak membesar dengan sihat jadi insan yang solehah, itu saja" katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Ditanya rahsianya kekal sihat, Yob berkata, dia jarang bersenam namun ada mengamalkan pengambilan herba. "Itu saja, makan dan tidur pun tak sangat kerana pada malam hari pun, saya tak lena (tidur) sangat kerana lagi suka habiskan masa dengan berzikir," katanya yang mempunyai tujuh cucu.

Sementara itu, isterinya, Zaleha berkata, dia dan suaminya tidak pernah membincangkan soal zuriat walaupun sudah 10 tahun berumah tangga. 

Zaleha berkata, dia juga tidak terlalu mengharap kerana sedar faktor umur mungkin menjadi halangan untuk mendapatkan zuriat. "Saya pernah hamil lima tahun lalu tetapi tak ada rezeki selepas mengalami keguguran. Tapi bila dapat tahu hamil lagi waktu kandungan hampir tiga bulan, memang terkejut dan macam tak percaya kerana ingatkan sudah menopaus. 

"Dalam erti kata lain, saya ingatkan tak boleh mengandung lagi sampai nak berangan pun tak memikirkan soal umur. 

"Tapi ini yang dinamakan rezeki, syukur sangat malah anak saya dan suami yang sudah besar pun teruja kerana sudah lama tak dapat adik," katanya yang mempunyai tiga anak berumur 12,14 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu. 

Berhubung perkongsian di TikTok, Zaleha berkata, niatnya berkongsi sekadar dijadikan kenangan dan terkejut apabila videonya tular memandangkan tidak mempunyai ramai pengikut di platform berkenaan. 

"Ramai yang beri komen positif, kebanyakannya daripada mereka yang belum ada anak malah ada juga kongsi kisah ibu mereka bersalin pada usia 50 an. 

"Ada satu dua saja kecam ingatkan cucu dan bukannya anak tapi saya terima saja kerana selama ini hanya berserah kepada Allah SWT dalam soal rezeki. 

"Setakat mana Allah SWT nak bagi, saya terima dan berharap perkongsian saya itu menyuntik semangat orang di luar sana supaya tidak berputus asa walaupun belum dikurniakan zuriat. 

"Terima kasih kepada yang mendoakan dan berharap doa yang baik juga berbalik kepada mereka," katanya yang masih berada di Hospital Kepala Batas, di sini. - BERITA HARIAN

REZEKI dari ALLAH. Kena ingat hakikat itu. Kalau Allah nak memberi rezeki, tak ada satu benda di dunia ini yang dapat menghalangnya kerana rezeki itu mutlak daripadaNya. Saya percaya tentu ada yang mempertikaikan kemampuan pak cik ini (saya kira lebih tepat atuk kerana usianya memang lanjut benar) untuk menjaga bayi kecilnya itu. Apa kau susah ? Bukan dia mintak kau yang jaga pun. 

Peristiwa menggembirakan ini mengingatkan saya pada kisah Nabi Zakaria AS yang menimang cahaya mata pada usianya yang telah lanjut. Meskipun baginda adalah seorang nabi, namun Allah tetap menguji keimanannya dengan lambat memperoleh zuriat sedangkan di zamannya itu, memiliki zuriat (terutamanya lelaki) adalah hal yang sangat besar untuk dibangga-banggakan.

Tapi Allah Maha Merancang, di usia tuanya pula baru dikurniakan zuriat, iaitu Yahya AS yang juga akhirnya diangkat Allah menjadi seorang nabi. 

Hal yang sama juga berlaku kepada Nabi Ibrahim AS yang menimang zuriatnya yang mulia iaitu Nabi Ismail AS juga pada usia yang sudah lanjut. Ditakdirkan Allah SWT, anaknya juga diangkat menjadi nabi yang mulia yang darinya lahirlah penamat segala nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.

Jadi, kita perlu raikan rezeki yang dikurniakan Allah kepada pak cik ini dengan mengucapkan tahmid dan mendoakan kemurahan rezeki buat seluruh keluarganya. Jangan difikirkan sangat tentang kudratnya yang tua itu kerana semuanya boleh berjalan dengan baik atas IZIN ALLAH. Itu hal yang pasti.

Dan percayalah, perkara yang dilalui atuk ini sememangnya menjadi impian kepada semua pasangan di luar sana yang masih menunggu zuriat untuk tumbuh sihat di dalam rahim seorang ibu dan lahir menjadi seorang bayi yang comel dan penuh dengan cahaya kegembiraan. Semoga anda semua dikurniakan rezeki tersebut tidak lama lagi...


Selasa, 22 Ogos 2023

ABANG TESLA - CERITA TENTANG POLIGAMI

  • Menikah dengan jumlah lebih dari satu (poligami) ini adalah sesuatu yang digeruni para wanita masakini memandangkan kebanyakan lelaki yang mengamalkannya cenderung untuk berlaku sial terhadap isterinya yang pertama. Mereka kononnya menjunjung sunnah nabi yang satu ini, tetapi sunnah berlaku adil itu mereka taklah peduli sangat pun. 
  • Paling teruk, dah dapat kahwin baru, yang baru boleh pulak jadi punca yang pertama diceraikan. Mana tidaknya poligami ini dipandang serong oleh para wanita ? Sebab para pelakunya ramai yang khianat dan bingai sama sekali. Para lelaki yang takut dengan ketidakadilan yang mungkin boleh berlaku pula memilih untuk tidak terjebak dengan perbuatan seperti ini. Kesannya ? Poligami itu teruslah ditularkan dengan kisah-kisah tak senonoh.
  • Oh ya, bukan tak ada lelaki yang menjaga hubungan poligaminya dengan baik (Salih Yaakob sebagai contoh), tetapi hal seperti ini sering terpalit pula dengan satu lagi sentimen iaitu sentimen 'lelaki miang tak cukup satu nak tambah lagi'. Hal ini yang memberatkan lagi keadaan kerana situasi semasa membuktikan bahawa para pengamal poligami ini (termasuk yang baik-baik) cenderung untuk memilih wanita yang cantik dan bergetah berbanding dia mencari para ibu tunggal yang susah dan perlu dibela (sunnah asal poligami adalah ini, bukan semata-mata cantik).
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh terbaik. Ketika Khadijah r.a. masih hidup, ada cerita tentang poligami muncul dalam riwayat hidup baginda ? Bahkan tidak. Menarik lagi, anak dara yang dinikahi baginda hanya Aishah r.a. seorang. Selebihnya adalah janda dan seorang dari kalangan hamba. Nabi menikahi mereka ini bukan atas dasar nabi itu miang tak boleh tengok perempuan cantik, tetapi kesemuanya adalah bertujuan memuliakan dan menjaga para wanita ini.
  • Nabi juga tahu betapa beratnya tanggungjawab pernikahan itu sehinggakan nabi menasihati bahawa sekiranya kamu takut tidak berlaku adil, maka nikahilah seorang sahaja. Jadi, orang-orang yang mengamalkan poligami ini perlu menjawab kepada pesan nabi yang satu ini - engkau semua yakin berlaku adil kepada pasangan-pasangan engkau semua ?
  • Poligami ini sebegitu teruk tercemar imejnya sehinggakan timbul kumpulan para wanita yang hidupnya menentang sistem ini dengan alasan ia karut dan menindas wanita. Nampak tak impaknya ? Mereka bahkan nekad menentang sesuatu yang tidak pernah Allah larang, itukan sudah melibatkan akidah. Jadi para lelaki ini sepatutnya bertanggungjawab memulihkan imej poligami daripada ia dikaitkan dengan soal memuaskan tembolok nafsu masing-masing kepada pemeliharaan maruah dan nasib wanita-wanita malang yang kematian atau kehilangan suami dan tempat bergantung. 
  • Para wanita yang membanting tulang menyara hidup menjaga anak tanpa ditemani suami di sisi yang sepatutnya menjadi perhatian para pencinta poligami. Tetapi, kebiasaan wanita ini pula memilih untuk 'stay single' memandangkan telah selesa mencari rezeki sendiri tanpa perlu mengambilkira pendapat orang atau suami sekiranya berkahwin.
  • Perkahwinan itu dahulunya amat mulia tujuannya demi untuk membina masyarakat yang baik. Hal ini kerana masyarakat yang baik terbentuk dari keluarga yang baik-baik. Dan poligami ini adalah salah satu jalan yang disediakan oleh nabi untuk memastikan para wanita yang kehilangan tempat bergantung mendapat pembelaan sewajarnya daripada para lelaki yang budiman dan mampu memberikan nafkah.
  • Jadi, cerita abang tesla yang beria-ia mencanang dirinya menikah satu lagi sampai isterinya menangis teresak-esak adalah sesuatu yang tidak patut sama sekali dicanangkan kerana ia boleh menimbulkan fitnah yang tidak berkesudahan. Tambahan pula mainan cerita dari media-media sosial yang turut membuka banyak pintu-pintu pertikaian. 
  • Mahu hidup jujur juga perlu cerdik. Jangan jadi bodoh tak tentu arah.
  • Nah, kalau mahu canang parti politik kau memperjuangkan Islam, bawa isu ini ke tengah. Suruh ostat-ostat kau sampaikan pesan kepada para lelaki di luar sana supaya berlaku adil kepada wanita. Hal ini nampak kecil, tapi impaknya besar pada masyarakat. Wanita tidak mahu lagi bergantung harap kepada lelaki dan dari sini, ia boleh pula membuka fitnah kecenderungan seksual yang maha dahsyat balanya kepada kita iaitu LGBTQ.

Khamis, 9 Februari 2023

'DOODLE' BUAT KAMN ISMAIL

 


Sekalipun anda pernah meminati animasi Usop Sontorian dan Keluang Man, belum tentu anda benar-benar ingat pada saudara Kamn Ismail (almarhum). Pada kredit kedua-dua animasi 'lejen' Malaysia ini telah tertera nama beliau sebagai pengarah.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menceriakan zaman kanak-kanak kita dahulu melalui kedua-dua animasi ini. Itupun sebelum Anak-anak Sidek dan beberapa animasi lain menempa jalan yang sama.

Google pada kali ini telah menghasilkan 'doodle' untuk beliau sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan baktinya dalam bidang animasi digital.


Usop Sontorian adalah sebuah siri animasi yang tidak boleh sama sekali diluputkan dari lipatan sejarah kartun negara kerana ia  terhasil daripada langkah berani anak Malaysia yang ketika itu tidak pernah diyakini pun boleh menerbitkan kartun sendiri.

Ya, mungkin kita pernah saksikan siri Sang Kancil, namun ia tidak sebesar Usop Sontorian. Untuk sebuah animasi tempatan mencapai siaran selama 3 musim adalah sesuatu yang amat dibanggakan pada tahun-tahun itu.

Siri Animasi Usop Sontorian

Siri Animasi Keluang Man


Di bawah pengarahan beliau, animasi Usop Sontorian berjaya mengetengahkan suasana kampung dan telatah anak-anak kampung yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia (baca: penonton Melayu) ketika itu. Malahan, kampung Parit Sonto yang menjadi latar bagi animasi ini menggunakan ikon utamanya iaitu Usop sebagai gambar di papan tanda jalan masuk utamanya di Batu Pahat satu ketika dahulu.

Dan menariknya, dialog yang digunakan di dalam siri tersebut tersangatlah berbaur 'Majalah Ujang'. Sama seperti siri animasi 'The Amazing Awang Khenit'. Oleh itu, ia tidak kelihatan baku dan kaku sama sekali. 

Kalau ditonton oleh mata anak-anak zaman sekarang, memanglah animasi Usop Sontorian ini sangatlah 'hampeh'. Tetapi, setiap sesuatu itu memang mulanya sentiasa aneh dan meragukan sebelum jalan yang dirintis itu disambung oleh tenaga muda lain yang memiliki kekuatan ilmu dan kepakaran teknologi yang lebih terkini. Namun, jika ia tidak dimulakan oleh mereka ini, kita mungkin tak akan pernah berani sama sekali.

Justeru, usaha arwah Kamn Ismail dan rakan-rakannya amatlah wajar dikenang. Dan kita perlu beritahu pada anak-anak kita, bahawa satu masa dahulu, ada insan yang besar jiwanya dan berani meneroka jalan yang asing bagi rakyat Malaysia, dan orang itu ialah Kamn Ismail.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Rabu, 18 Ogos 2021

DITAKLUKI COVID-19 - PENGALAMAN YANG TAK TERLUPAKAN (BAHAGIAN 3)

 7 - 12 OGOS 2021

Duduk di rumah itu adalah hal yang menyenangkan. Namun, apabila ia ditambah dengan satu lagi istilah - kuarantin, ia menjadi sangat berbeza, dan sangat melelahkan.

Leceh, dan payah.

Adat yang namanya manusia, makin ditahan makin berontak jiwa hendak melepaskan diri. Itulah yang berlaku kepada mereka yang diarahkan untuk menjalani kaurantin kendiri di rumah. Mereka yang diarahkan berbuat demikian adalah mereka yang berstatus kontak rapat ataupun positif namun tidak bergejala nyata atau terlalu teruk, termasuklah diri saya ini. Penghujungnya, ramai yang 'tewas' dan memilih untuk menipu kerajaan sekaligus menipu rakyat Malaysia yang tidak tahu mereka telahpun dipakaikan gelang merah jambu yang amat berkuasa itu. 

Kenapa saya katakan berkuasa ? Kerana jika kita berbuat sesuatu dengan niat untuk menjahanamkan gelang itu, kita boleh didenda dan dipenjara. Nah, itulah kuasa gelang tersebut di era pandemik dalam negara kita ini. Mereka yang cenderung untuk melanggar perintah kuarantin tersebut bukanlah mereka yang benar-benar susah pun, sebaliknya ramai dari kalangan mereka itu adalah yang degil, bodoh dan kurang ajar. Itu sahaja.

Kenapa mereka degil ? Kerana mereka fikir gelang itu tidak membawa sebarang erti kepada mereka, sekalipun mereka positif Covid-19. 

Kenapa mereka bodoh ? Kerana mereka lupa bahawa mereka bakal membahayakan nyawa dan kehidupan orang lain.

Kenapa mereka kurang ajar ? Kerana mereka tidak menghormati undang-undang dan kemaslahatan awam.

Saya sekeluarga menjalani hari pertama kuarantin dengan aman tanpa sebarang isu yang ketara melainkan sedikit pening kepala untuk mendapatkan makan dan minum. Isteri saya sebegitu sarat, justeru kerja memasak menjadi payah baginya, dan keadaan saya yang positif pula membuatkan isteri saya menjadi takut untuk makan masakan saya. Aduhai betapa hinanya orang positif virus ni ya. Tapi tak apalah, lebih baik menyesal sekarang daripada menyesal kemudian hari.

DITAKLUKI COVID-19 - PENGALAMAN YANG TAK TERLUPAKAN (BAHAGIAN DUA)

 6 OGOS 2021

Tidur yang tidak tenang itu membuatkan saya lebih mudah untuk bangun awal pagi. Beberapa penceritaan yang telah disampaikan oleh rakan-rakan dan saudara-mara yang telahpun berkunjung ke Covid Assessment Center membuktikan satu hakikat bahawa ia sentiasa sesak dengan kenderaan dan manusia. Oleh itu, untuk memastikan bahawa saya sekeluarga tidak terperangkap bersama-sama mereka yang lewat, seawal 6.30 pagi saya bersama-sama anak dan isteri telah ke CAC Bukit Indah. Ah, itu tidak terlalu awal. Ada yang berkongsi keadaan di CAC Pasir Gudang di mana seawal 4 pagi, kereta telahpun berbaris panjang kerana mereka boleh memilih untuk pemeriksaan pandu-lalu.

Sebelum sampai ke CAC, saya singgah seketika di stesen minyak untuk membeli bekal makanan kerana pada hemat saya, hal ini pasti berlanjutan hingga ke tengah hari dan kami semua masih belum sarapan. Tanpa sarapan, sesiapa pun akui hidupnya sehari-hari itu akan menjadi teramat 'miserable'. 

Jam 7.00 pagi, kami tiba di CAC. Lengang dan kenderaan belum berpusu-pusu memasuki perkarangan parkirnya. Pun begitu, sekumpulan pengunjung telahpun berada di khemah saringan yang terletak di luar kawasan dewan. Ya, CAC itu terletak di kawasan Dewan Raya Taman Bukit Indah. Saya sekeluarga keluar dari kereta dan segera menuju ke lokasi saringan tersebut yang terdiri daripada binaan khemah sementara yang sederhana besar. Ia terbahagi kepada dua bahagian di mana salah satunya dengan jelas tertulis: KES POSITIF COVID BARU. Jadi saya pun duduklah di situ. Isteri dan anak saya juga tidak punya pilihan melainkan duduk juga di situ memandangkan bahagian yang satu lagi tidak diketahui untuk kategori apa.

Sumber foto: https://www.facebook.com/CRJDT/photos/pcb.790210308239870/790210278239873/
CAC Bukit Indah (Sumber: https://www.facebook.com/CRJDT/photos/pcb.790210308239870/790210278239873/)

Perasaan kami gundah-gulana kerana di sekeliling kami, ramai pengunjung yang secara nyata menunjukkan simptom Covid-19 dan malangnya, penjarakan langsung tidak ada dan tidak ada pula petugas ketika itu kerana waktu operasi CAC belum bermula. Isteri saya duduk mengeras macam batu kerana tidak mahu sebarang kontak dengan pengunjung lain. Lebih merisaukan dirinya, hari semalam dia dan anak saya telahpun saya bawa untuk ujian RTK-AG. Kalau sudah sebegitu rapat dan di rumah pula, saya kira RTK-AG memadai untuk mengetahui sama ada isteri dan anak saya telah dijangkiti ataupun tidak. Alhamdulillah keputusannya negatif. Dan keadaan di CAC yang sedang kami hadapi ini pasti mendatangkan kemungkinan untuk ia bertukar positif pula.

Selasa, 17 Ogos 2021

DITAKLUKI COVID-19 - PENGALAMAN YANG TAK TERLUPAKAN (BAHAGIAN SATU)

4 OGOS 2021

Saya baru usai mengerjakan solat Isyak ketika pegawai penyelia di jabatan saya menghubungi saya melalui Whatsapp pada malam 3 Ogos 2021 dan menyampaikan khabar yang kurang baik - seorang pegawai lain di unit saya telah dijangkiti COVID-19. Keputusan ujian calitannya yang positif itu membuatkan saya tersentak. Dahi saya bersimbah peluh kerisauan. Kerana apa, kawan ? Kerana siang tadi saya masuk ke pejabat bersama-sama dengannya.

Sebelum itu, kumpulan 'Whatsapp' kami telahpun gegak-gempita apabila dimaklumkan bahawa pegawai tersebut adalah merupakan kontak rapat dengan salah seorang ahli keluarganya yang positif COVID-19. Cuma pada diri beliau sahaja tidak diketahui sama ada positif atau tidak, sehinggalah keputusan ujiannya telah dimaklumkan pada malam tersebut.

Perkhabaran itu membuatkan saya membulatkan tekad untuk turut sama membuat ujian calitan pada keesokan harinya. Kalau saya masih bujang, hal ini semua tidaklah begitu mencemaskan. Apa yang menjadikan saya hilang arah seketika ialah kerana saya mempunyai seorang anak dan isteri yang sedang sarat mengandung. Aduhai... mengapa perkara ini boleh berlaku sedangkan selama setahun lebih saya sehabis daya berjaga-jaga, namun di pejabat juga akhirnya tempat saya dikategorikan sebagai kontak rapat? Betullah kata orang, kluster tempat kerja ini memang merumitkan. 

Keesokan harinya, saya segera mencari maklumat tentang klinik-klinik yang menawarkan khidmat ujian calitan dengan harga yang berpatutan. Almaklum, pertengahan bulan. Hendak menghabiskan ratusan ringgit untuk sebuah ujian calitan adalah sesuatu yang amat serius untuk dipertimbangkan. Hendak mengabaikan, rasa risau memenuhi dada. 

Hasil pencarian menemukan saya dengan sebuah klinik yang agak murah perkhidmatannya dan tidak begitu jauh dari rumah saya. Saya pun bergegas ke sana dengan motorsikal saya dan sesampai sahaja di sana, saya terus berurusan di kaunternya. Usai mendaftar, saya disuruh menunggu seketika di ruang sebelah klinik. Pada ketika ini, saya sekeluarga bersepakat untuk biarkan saya sahaja yang menjalani ujian calitan bagi menjimatkan sedikit perbelanjaan. Sekiranya posifit (minta dijauhkan), barulah anak dan isteri saya menyusul.

Rabu, 10 Mac 2021

LEBIH RELA MATI DARI VAKSIN

  • Saya rasa tak perlulah berahsia tentang mamat seorang ini, iaitu Suhaimi Saad atau lebih popular dengan kependekan MOSUS. 
  • Menikah dengan bekas tunang Mawi, dia telah menjadi tumpuan semasa dek kerana pendapat dan komennya yang terkeluar dari kebiasaan umum.
  • Yalah, untuk mendapat perhatian umum, mestilah buat kenyataan yang luar biasa dari pendapat umum. Itukan biasa.
  • Daripada kisah mesin basuh, 'homeschooling' dan beberapa perkara lain, COVID-19 ini membuatkan dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia membuat kenyataan bahawa dia lebih rela mati daripada menerima vaksin sekaligus menjaga agama Allah.
  • Kadang-kadang hairan ya, ramai orang macam ini memang bercakap sesuatu yang bertentangan.
  • Dia kata dia lebih rela mati daripada melihat agama Allah diperbodohkan.
  • Habis perbuatan dia yang membuat kenyataan seperti itu tidak menyebabkan orang melihat agama Islam ni bodoh ke ? Oh ya, agaknya saya tersalah. Orang macam ni dia tak peduli pandangan orang lain, terutama yang bukan Islam. Dia tertakluk pada pandangan dia sahaja. Ataupun, pandangan orang yang selari dengan pandangan dia.
  • Tapi, katanya dia mengikut al-quran dan hadis. Ok lah, dia nyatakan bersama dalil untuk menguatkan pegangannya. Cuma, kan lebih baik adab kau pada kedua-dua hujah tu seandainya kau nyatakan surah apa yang kau petik dan hadis apa yang kau tulis ? Orang-orang yang mahir kedua-dua ilmu itu bolehlah menyemak apakah sesuai dalil itu dan asbabun nuzulnya dengan pegangan kau dan juga hadis itu benarkah sesuai untuk apa yang kau amalkan dan adakah ia bersifat universal atau terhad kepada satu-satu amalan khusus ? Tulis macam itu saja mana adab kau ? Kata tak mahu agama Allah diperbodohkan ?
  • Katanya lagi, apa pun hujah orang takkan mudah mengubah pendiriannya ? Katakanlah pendiriannya selama ini salah. Dan beratus orang dikirim Tuhan untuk menegurnya tapi dia tak mahu menerima, bukankah itu sifat iblis iaitu sombong ?
  • Masalah sebenar orang macam ini ialah sombong. Sombong yang dipakaikan pada hujahan berunsur agama adalah kesialan yang nyata. 
  • Orang macam ini sebenarnya dari awal sudah salah langkahnya. Kalau dia mahu tolak semua ini, diam-diam sahaja sudahlah. Tak payah bising. Tak payah sembang banyak sangat sebab Tuhan tak perlukan awak pun untuk jaga agamanya kan ? 
  • Lebih rela mati. Hmmm... bunyinya macam hebat kan ? Kih kih kih.
Boleh baca artikel asal di sini:

Selasa, 2 Mac 2021

UBAT KUAT

  • Tahu apa masalah produk kosmetik di negara kita ? Para pemiliknya mempromosikan produk mereka melalui promoter (tidak semua) dengan menggunakan elemen lucah untuk menarik perhatian pelanggan 
  • Dalam keadaan sekarang, produk yang dijual dengan menggunakan taktik iklan berunsur lucah sangat banyak. Almaklum, orang Melayu ramainya suka yang lucah-lucah. Kenapa saya spesifik pada Melayu ? Sebab pemilik produk berbangsa Melayulah yang ramai menggunakan taktik sebegini. 
  • Itu tidak campur yang berjantina keliru. Menggunakan tubuh badan perempuan untuk menjual produk sedangkan dia itu lelaki. Kita tahulah mereka ini siapa kan. Mereka tak ada segan dan silu melawan fitrah serta hukum kerana mereka hidup kaya-raya. Mereka rasakan bahawa kekayaan itu tanda Tuhan tak punya masalah apa-apa dengan perangai mereka (kepala hotak kaulah).
  • Dewasa ini, masalah ketagihan bahan lucah semakin meruncing dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kita. Benda-benda lucah itu meskipun kena tahu cara mencarinya di internet, namun di Youtube juga tidak begitu sukar untuk menemukannya dek kerana ada orang-orang semacam ini yang memperagakan produk dengan teknik 'double meaning' atau lucah. Ini tidak termasuk Twitter dan Instagram. Jauh lebih banyak.
  • Oh ya, tajuk entri ini UBAT KUAT kerana baru-baru ini tular satu video di mana seorang lelaki mempromosikan barang kosmetik berupa ubat kuat kepada umum.
  • Malangnya, cara dia mempromosikan produk itu dengan bayangan seks.
https://twitter.com/i/status/1365653309722226693

  • Kita orang dewasa mungkin biasa-biasa sahaja dengan perkara sebegini. Tetapi, bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalaulah kita dah biasakan benda semacam ini kepada anak-anak di mana mereka begitu mudah mengaksesnya, apa jadi apabila mereka meningkat remaja kelak ? Kepala penuh dengan benda lucah sampaikan sanggup menjahanamkan sesiapa sahaja untuk merasakan nikmat lucah yang selalu dibayang-bayangkan itu.
  • Kebiasaan seperti ini WAJIB ditentang dan dihapuskan. Ia bukan mudah, tetapi kita boleh memainkan peranan dengan menghentam orang seperti ini secukup-cukupnya sehingga lumat. Jangan kerana dia banyak duit, dia rasa dia boleh buat apa dia suka. 
  • Kepada anda yang menyokong pemuda ini, pergi mampuslah kau.

Sabtu, 27 Februari 2021

SEKOLAH DIBUKA SEMULA

  •  Awal Mac ini, sesi persekolahan di seluruh Malaysia akan bermula setelah beberapa bulan dijalankan melalui PdPR. 
  • Meskipun SOP yang ketat akan dilaksanakan dalam memastikan penjarakan fizikal di antara pelajar sekolah dipantau rapi, tetap akan ada lubang-lubang kelemahan yang tidak dijangka. Sebab apa ? Sebab kita sedang cuba mengawal manusia di mana kita tahu sendiri bahawasanya manusia itu amat susah dikawal melainkan dengan bantuan ketenteraan. 
  • Sekalipun SOP di sekolah dijalankan dengan baik, satu hal yang menjadi kebimbangan ialah kontak pelajar-pelajar ini dengan masyarakat di luar.
  • Ibu bapa pun akui, pihak sekolah tidak akan mampu mengawal pelajar yang telah berada di luar pagar sekolah. Mereka bebas dari kawalan guru kerana seorang guru 'kuasanya' itu adalah di dalam kawasan sekolah sahaja. 
  • Di sinilah isunya. Di luar, para pelajar ini terdedah dengan kontak rapat yang tidak mereka ketahui. Bahkan dalam banyak keadaan, kontak rapat adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali. Pihak sekolah TAKKAN MAMPU mengawal perkara ini kerana ia berlaku di luar sekolah. Tahu-tahu sahaja, anak kita disahkan positif dalam keadaan kita telahpun bergaul dengan rakan-rakan di sekolah. Paling tidak, ibu bapa yang diarahkan untuk menjalani kuarantin pasti mengakibatkan anak-anak mereka turut dikuarantin. 
  • Padahnya, sekolah ditutup untuk proses sanitasi. Buka, tutup sementara, buka semula, ada kes, tutup lagi, dan kitarannya berulang-ulang begitu. Pelajaran bakal terganggu.
  • Para pelajar ini punya ibu bapa yang bekerja, dan ada dari kalangan mereka itu berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan mereka yang bergejala, terutamanya mereka yang berada di dalam sektor perindustrian.
  • Pusingan ini tidak akan berhenti, bahkan pasti menyusahkan guru dan ibu bapa. "Aiii..., tutup balik. Baru 2 minggu anak aku bersekolah."
  • Jadual-jadual kerja terpakda diubah semula. Baik sektor awam mahupun swasta, semua menghadapi masalah.
  • Oleh itu, dalam keadaan KPM tetap dengan keputusan ini, adakah mereka benar-benar bersedia dengan kemungkinan ini ? Mengumumkan sekolah ditutup semula untuk satu tempoh masa adalah sesuatu yang sangat menyusahkan setelah ibu bapa berhabis duit untuk peralatan sekolah.
  • Mujurlah diberi kelonggaran untuk anak-anak tidak berbaju seragam rasmi sekolah. Pun begitu, ia bukan penyelesaian jangka panjang.
  • Faktor kewangan keluarga yang memiliki anak-anak yang bersekolah sangat terkesan dengan pengumuman pembukaan semula sekolah, meskipun ramai guru yang suka dan bersedia. Ya, sebab mereka guru, memang bersedia untuk mengajar. 
  • Kita tengoklah nanti perjalanannya, adakah mudah atau penuh dengan liku-liku ujian yang bakal memalukan.
  • Wallahua'lam.


Rabu, 5 Ogos 2020

PURA-PURA MENCARI ISTERI

Kes pembunuhan adalah 'biasa'. Di mana-mana pun ada kes pembunuhan. Apa yang menjadikan ia luar biasa ialah pelakunya semakin ramai dari kalangan yang bukan 'biasa membuat jenayah.' Contohnya kes yang terbaru ini:


SHAH ALAM - Seorang lelaki direman bermula Jumaat sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 41 tahun dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih

"Suspek kemudian membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang.

"Lelaki itu meletakkan mayat isterinya di tempat duduk pemandu dan mengambil dompet serta telefon mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan enjin dihidupkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, lelaki berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun keluar menaiki Grab dan pergi semula ke lokasi terbabit pada Khamis jam 1.23 pagi sebelum menghubungi polis.

Menurutnya, pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit telah tiada, tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati punca kematian adalah 'compression of neck'," katanya.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menahan lelaki tersebut di pekarangan Hospital Serdang pada jam 12.30 tengah hari.

"Suspek telah menunjukkan tempat barang milik isterinya yang telah dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam," katanya.

Tambahnya, suspek juga menunjukkan tempat dia membuang telefon bimbit jenis Samsung milik mangsa di dalam tasik di Taman Putra Perdana namun polis tidak menemuinya.

"Suspek juga mengaku telah memecahkan telefon tersebut menggunakan seketul batu untuk merosakkan telefon itu sebelum membuangnya ke dalam tasik," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. [1]


Perhatikan langkah-langkah menghapuskan bukti yang diambil oleh lelaki itu. Seram juga kita memikirkannya. 

Bayangkan.

Kita mungkin terlalu marah. Dek kerana marah, kita terlajak perbuatan sehingga menyebabkan kematian ahli KELUARGA kita sendiri. Sudahlah keluarga, ISTERI kita pula. Ketakutan dan rasa panik pasti datang.

Namun, tindakan yang diambil oleh lelaki itu bukanlah menyerah diri dan mengaku akan perbuatannya, sebaliknya dia merancang untuk memanipulasi keadaan dan mencipta 'kes' lain pula.

Mungkin kita boleh katakan, lelaki ini penuh dengan dendam dan benci kepada isterinya. Perbuatannya menjerut leher isteri itu bukan di luar kawalan, sebaliknya memang niatnya untuk membunuh. 

Tetapi, betulkan begitu ?

Saya pernah menonton sebuah filem berjudul INSOMNIA arahan Christopher Nolan. Ya, Christopher Nolan pernah mengarah filem bersifat 'biasa-biasa' namun mencengkam dan menghantui. 

Dalam filem itu, ada babak polis memeriksa mayat mangsa bunuh dan menyimpulkan bahawa di pelaku di luar kawalan, namun apabila tersedar dari perbuatannya yang telah menyebabkan kematian, secara perlahan-lahan si pelaku iaitu Robin William (ya, kau ingat Robin William tahu main watak komedi saja ?) memanipulasi tubuh mayat untuk mengelirukan polis.

Pasukan mencari bahan bukti yang dibuang ke dalam tasik


Saya kira perbuatan lelaki itu sama seperti Robin William.

Mungkin bukan kerana dendam.

Mungkin bukan kerana benci.

Hanya terlajak perbuatan yang memusnahkan segala-galanya.

Pada zaman ini, kita amat risau akan stres dan penyakit mental yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. 

Stres di tempat kerja.

Stres di rumah.

Stres di jalanraya.

Stres dengan status kewangan.

Kesemuanya ini membentuk ketidakstabilan emosi.

Dan ketidakstabilan emosi boleh membangkitkan sisi gelap manusia. 

Mereka cenderung untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan undang-undang dan hanya menyedarinya sebagai satu kesalahan setelah datang semula kewarasan akal. Ketika itu, segala-galanya sudah terlambat...

Kita kena mencari penawar bagi penyakit mental yang sedang kita hadapi sekarang. Mungkin kita semua hanya menanti masa untuk sesuatu yang sangat berat menghempap diri kita, dan kita tidak sengaja melakukan sesuatu yang akan membuatkan kita sesal selama-lamanya.

Moga-moga Tuhan menjauhkan.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah... 

Sumber :


Jumaat, 15 September 2017

KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

Insiden yang menggemparkan itu tidak sekadar berakhir di situ. Sebaliknya, ia membuka lebih banyak persoalan dan pertikaian.




KUALA LUMPUR: The Darul Quran Ittifaqiyah Tahfiz Centre in Datuk Keramat, which was destroyed in a morning blaze today killing at least 23 students and 2 wardens, did not have a fire exit, said Kuala Lumpur Fire and Rescue Department Deputy director Abu Obaidat Mohamad Saithalimat. 
He said they are investigating whether the school had obtained a license to operate.Meanwhile, Abu Obaidat said the fire is believed to have started at the main door of the school, and all the charred remains of victims were found elsewhere in the building. 
“All bodies were found (near the) windows at the left and right, on the second floor.'But tragically, all the windows had (grilles on them)," Abu Obaidat said. 
He added that most of the bodies were piled on top of each other. 
The final death count is still being determined, but the Department suspects that a short circuit may have triggered the blaze. 
All bodies were sent to the Kuala Lumpur Hospital. 
A press conference with the Kuala Lumpur Fire Rescue Department chief is expected soon.[1]

Isnin, 4 September 2017

KISAH PAMPERS ANAK DAN RUMAH ORANG



Ya. Ini adalah salah satu 'common sense' yang sangat jarang dipupuk, diterap dan dilatih - membuang pampers anak dengan tertib.

Saya juga ingin bercerita pengalaman saya berhadapan dengan situasi sebegini, di mana adalah kaum kerabat saya bertandang ke rumah saya untuk beraya. Dibawalah sekali anak kecilnya itu yang berumur sekitar 7-8 bulan. Dijadikan cerita, anaknya itu buang air besar. Lalu dia pun mintalah izin untuk mencuci anaknya di bilik air.

Setelah dicuci, pampers anaknya itu dibungkus dan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah. Kebetulan, emak saya perasan akan perbuatannya itu, lalu dia pun menegur.
"Lain kali kalau nak buang pampers anak ke dalam tong sampah sekalipun, basuh dulu taiknya dari pampers itu, barulah dibuang ke dalam tong sampah. Kalau tidak, berbau taik rumah orang kalau awak menumpang cuci punggung anak awak. Tak kiralah rumah saudara sendiri atau rumah kawan-kawan."

Ya, itulah dia perbuatan yang sepatutnya. Kalau nak tumpang buang di rumah orang, cuci dahulu pampersnya dari sebarang kotoran, barulah dibuang. Ataupun jauh lebih baik, bungkus pampers itu, buang di rumah sendiri. Siapkan surat khabar lama dan plastik-plastik yang tidak digunakan di dalam kereta. Itu jauh lebih baik.

Benda-benda kecil seperti ini selalu kita tidak perasan, sehinggalah ia menjadi bual bicara orang di belakang kita. Penyudahnya, kita pula yang sakit hati. Sedangkan, dari awal lagi kita sepatutnya ambil maklum dan latih diri untuk memperelokkan perbuatan.

Kisah ini sewajarnya dijadikan panduan dan pedoman kita dalam menjalani kehidupan beranak kecil. Semoga perbuatan kita tidak menyusahkan orang lain, sekalipun dengan adik-beradik kita sendiri.

Wallahua'lam.

Sumber screenshot:

[1] "Dosa Pampers Anak" Semoga Perkongsian Ini Membuka Mata Kita Semua, https://sinar.fm/zon-interaktif/gaya-hidup/inspirasi/dosa-pampers-anak

Jumaat, 21 April 2017

PELAJAR SEKOLAH DAN MOTORSIKALNYA


Sebenarnya, hal pelajar sekolah dengan menunggang motorsikal ni dah lama. Dari zaman saya sekolah lagi. Kawan-kawan saya sendiri pernah dikejar polis kerana menunggang motorsikal yang diubahsuai dan tidak ada lesen. Yalah, baru tingkatan dua, nak ada lesen amendenye. Zaman darah muda ni selalu kita buat apa sahaja dengan tak fikir panjang. Tau nak seronok aje.

Cuma, setahu saya pihak sekolah memang tak akan benarkan pelajarnya meletak kenderaan dalam kawasan sekolah. Ada sesetengah sekolah menetapkan peraturan pelajar membawa kenderaan ke sekolah hanya terhad kepada motorsikal dan mereka yang memiliki lesen memandu serta mempunyai pelekat rasmi logo sekolah masing-masing.


Di sekolah saya dahulu memang begini. Dan kebiasaannya, yang membawa motorsikal ke sekolah hanya pelajar Tingkatan Enam sahaja. Budak-budak lain tu akan letak motorsikal mereka di rumah kawan berdekatan atau di kawasan lain yang pihak sekolah tidak tahu sebab mereka tak ada lesen. Jadi, sudah tentulah pihak sekolah mengalami kesukaran untuk mengawal pelajarnya daripada menunggang motorsikal dengan tidak mengikut peraturan.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa supaya memastikan anak mereka tidak membawa motorsikal atau kereta sekiranya tak ada lesen memandu. Tak usah banyak alasan. Itu anak awak. Kalau tak awak yang menjaganya, siapa lagi ? Nak tunggu polis rembat bontot anak awak masuk lokap baru nak bising ?

Saya sendiri selalu risau memerhatikan pelajar sekolah yang menunggang motorsikal macam orang mabuk atau macam orang bodoh nak mampus. Sudahlah gitu, 'helmet' pun tak pakai. Kalau aku rempuh motor kau, kemudian kau terpelanting kepala pecah, apa kes ?


KUALA LUMPUR: Seramai 102 pelajar sekolah rendah dan menengah, disaman kerana pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Didik yang dijalankan, pagi ini. 
Dalam operasi lebih sejam di empat sekolah sekitar Selangor itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan saman kepada 33 ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata operasi bermula jam 6.30 pagi hingga jam 8 pagi itu dilakukan di hadapan beberapa sekolah dalam Daerah Ampang Jaya, Subang Jaya dan Sepang.

Dalam operasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Permai, Ampang Jaya, seramai 13 pelajar disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu; 31 pelajar tidak memakai topi keledar dan tiga lagi tiada cukai jalan, selain menyita sebuah motosikal.

"Di SMK Dengkil, Sepang, 14 pelajar disaman atas kesalahan tiada lesen memandu; tujuh tidak memakai topi keledar; nombor pendaftaran fancy (dua) serta satu kesalahan tidak mempamerkan pelekat L dan P.

"Di SMK dan Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana, 31 saman dikeluarkan terhadap pelajar atas dua kesalahan iaitu tiada lesen memandu (14) dan tidak memakai topi keledar (17)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, 38 saman dikeluarkan kepada 33 ibu bapa atas kesalahan tidak memakai topi keledar (25 saman); tiada lesen memandu (lapan); cukai jalan tamat tempoh (tiga) dan tiada insurans (dua). Op Didik dilaksanakan bagi mendidik pelajar dan ibu bapa yang selama ini tidak mengendahkan peraturan jalan raya.

Kesimpulannya, saya sokong kerja polis yang menahan budak-budak ini semua. Kau orang semua sekolah lagi dan tak ada lesen. Dah tentulah terang dan jelas melanggar undang-undang. Bila tak ada lesen, celah mana kau nak pertahankan diri kau bila terlibat dengan kemalangan ? Celah mana lagi mak ayah kau nak tuntut pampasan ? Silap-silap mak ayah kau yang kena saman balik sebab gagal memantau kau daripada melanggar peraturan jalanraya.

Sumber: 
Op Didik: 102 pelajar, 33 ibu bapa disaman


Sabtu, 15 April 2017

ORANG-ORANG KECIL

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan kemalangan jiwa yang melibatkan beberapa orang remaja bawah umur yang dirempuh kereta ketika sedang bermain basikal. Maka keluarlah segala pertikaian terhadap remaja itu.

Kenapa merayap sampai jauh malam ?
Di mana ayah ibu mereka ?
Kenapa tidak memantau mereka ?
Kenapa mereka memilih jalanraya utama sebagai tempat bermain ?
Kenapa pemandu kereta boleh merempuh mereka ?

Dan banyak lagi.

Sehinggakan Sultan Johor sendiri menegur ibu bapa supaya jaga anak sebaik mungkin. Ungkapannya yang paling waras saya pernah dengar ialah, "Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis."

Ungkapan tersebut betul dan benar.

Keadaan remaja-remaja ini yang meliar tak tentu hala pada waktu malam lebih kurang sama saja dengan zaman saya remaja dahulu. Cuma kurangnya waktu itu ialah ketiadaan smartphone yang menjadikan kami seperti mayat hidup atau zombie. 

Cuma, apa yang membimbangkan ialah pengaruh mereka pada zaman ini sangat jauh berbeza. Akses mereka kepada dunia luar ada di sana-sini yang membolehkan mereka meniru atau terikut-ikut dengan benda-benda karut dan membahayakan.

Di kawasan tempat tinggal saya, saya sering berjumpa dengan kanak-kanak dan remaja yang merayau ke sana-sini dengan basikal mereka pada waktu malam. Apa yang saya hairankan, ke mana ibu dan ayah mereka ketika itu ? Sudahlah merayap, mereka buat kurang ajar di kawasan perumahan orang. Tendang tong sampah, curi barang dari rumah orang dan entah apa lagi.

Dan, apa yang lebih kita kesalkan ialah mereka ini dari kalangan keluarga orang-orang kecil. Siapa orang-orang kecil ? Orang-orang kecil ialah orang yang tidak diraikan dalam sistem ekonomi negara. Mereka tersepit dan terhimpit. Masing-masing berusaha macam nak mampus untuk menstabilkan kewangan keluarga, sehingga akhirnya mengorbankan kehidupan anak-anak dengan membiarkan mereka tanpa kawalan. Kalau mereka terjebak dengan perbuatan jenayah, sudah tentulah ibu bapa mereka dipersalahkan.

Sudahlah hidup susah, anak-anak pula tak semenggah perangainya. Pengaruh kawan-kawan jangan dipandang remeh, ianya boleh mengubah perangai anak seratus-peratus kalau tidak dipantau dan dikawal. Sebab itulah ibu bapa yang menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak amat risaukan keadaan anak mereka. Itu anak-anaknya masih kecil. Kalau sudah meningkat remaja, tak lagi pening dibuatnya.

Inilah masalah yang dihadapi orang-orang kecil. Mereka mahukan kehidupan yang baik, tapi selalu tersasar dari jalan yang sepatutnya. Sudahlah hidup tak senang-senang, anak-anak pula buat perangai.

Pun begitu, saya menemukan juga keluarga yang susah namun tetap berusaha menjaga anak masing-masing di mana akhirnya, anak-anak mereka berjaya menempuh kehidupan remaja yang berliku dan selamat  daripada perbuatan sia-sia. Hal itu bukan mudah kalau ibu dan ayah tidak cermat dalam mengurus keluarga.

Orang-orang kecil ini sepatutnya mendapat perhatian kerajaan untuk dibantu dengan serius. Bukan semua di antara mereka yang cerah otak dalam mentadbir keluarga. Ada yang kecundang terus langsung tak jadi apa-apa. Mereka perlu dibantu dan dibimbing. 

Apabila kita terpandang sekumpulan kanak-kanak yang tidak berpedoman dan terikut-ikut kawan, kita sekarang ini hampir tidak berbuat apa-apa. Bahkan ada sesetengah kawasan itu, kariah surau siap halau budak-budak yang buat bising di kawasan surau, bukan dikerah suruh masuk dan solat jemaah bersama-sama.

Jadi beginilah, saya ada cadangan. Apa kata AJK surau buat giliran supaya seorang diminta untuk memastikan mana-mana kanak-kanak yang kebetulan bermain dalam kawasan surau, pastikan mereka masuk dan solat bersama-sama. Nah, ketika inilah rotan sangat memainkan peranan. Siapa kata rotan tidak relevan di zaman ini ?

Orang-orang kecil dan rotan hakikatnya tidak dapat dipisahkan...