Khamis, 4 Mac 2021

KEBOLEHAN... TAHAN MAKI ???

  • Entah. Saya tengok di media sosial, warganet memang handal dalam hal mengutuk, mencerca, memaki dan menghina. 
  • Sebab apa ? Sebab mulut tak payah keluar bunyi, asal berani menaip di papan kekunci atau pad kekunci, selesai. Akaun boleh dipalsukan, jadi mereka merasakan bahawa komen mereka itu tidak perlu dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka kerana akaun itu bukan secara rasmi milik mereka.
  • Pihak yang kerap menerima semua ini ialah selebriti. Artis ? Ah, saya tidak suka mereka disamakan dengan 'artis', kerana seorang 'artis' itu makamnya berbeza dengan selebriti.
  • Daniel Day Lewis itu artis. Dia mencurahkan segala jiwa dan raganya untuk sebuah watak fiksyen atau sejarah. Kalau dia pegang watak Lincoln, seolah-olah Lincoln itu hidup semula. Itulah artis, mereka yang mendedikasikan hidup mereka untuk seni.
  • Celine Dion itulah artis. Dia mencurahkan tenaga suaranya untuk sebuah lagu yang dicipta dengan penuh perasaan sehingga sekarang dengan kualiti yang sama seperti dahulu.
  • Kalau awak kejap nak berlakon, kejap nak menyanyi, kejap nak tulis buku, kejap nak jadi pengarah, kejap nak meniaga, kejap nak jadi motivator, kejap nak jadi peniaga hartanah, jadi awak bukanlah artis, tetapi selebriti. Hanya selebriti - mereka yang diraikan umum dek kerana bidang yang mereka ceburi. 
  • Melompat-lompat di sana-sini tak ada untungnya. Sama macam ahli politik yang khianat. Kalau kau anak jantan, kau keluar parti dan lepaskan semua jawatan. Kemudian kau bertanding semula atas tiket parti baru yang kau sokong. Baru jantan sejati. Kau kutuk orang tua sampai ke sudah, tapi kau sendiri penakut buat apa ?
  • Berbalik pada cerita selebriti tempatan kita ini. Mereka adalah subjek utama kutukan, cercaan dan hinaan di media sosial. 
  • Memang seronok kutuk selebriti ni sebab kita rasa kita lebih pandai dari dia. Dia pula nak nampak lebih pandai dari kita, dia kutuk kita balik berbakul-bakul. Tapi kesannya tidak nyata. Malah lebih aneh lagi, saham popularitinya meningkat secara mendadak. Cuma namanya naik sebab benda karutlah, bukan kerana usaha tulen.
  • Sedang saya melayan cerita kosong berkaitan dengan seorang artis yang namanya disandarkan pada bunga, saya merasa aneh. Dengan ibunya sekali ikut serta dalam jemaah maki-hamun tersebut. Cuma secara nyata, ibunya berpihak kepada anaknya yang kena kutuk itu. 
  • Menariknya, nama Angelina Jolie terpalit. Ahaa...
  • Jolie

  • Satu hal yang kita perlu ingat, Angelina Jolie dah lama berlakon. Sebelum dirinya menerjah dunia lakonan, ayahnya terlebih awal berlakon. Namanya Jon Voight. Gamaknya kalau Angelina Jolie menerima perkara yang sama seperti artis itu, adakah ayahnya akan mencelah mempertahankan anaknya ? Adakah ayahnya mahu menyaman warganet yang menghina anaknya ? Entah. Saya kira emosi kekeluargaan mereka mungkin sedikit berbeza dengan kita di sini. 
  • Saya segera teringatkan babak filem dari Do Re Mi arahan P. Ramlee. Ibrahim datang ke sebuah rumah untuk meminta kerja. Di luar pintu ada syarat-syarat permohonan yang ditampal. Menariknya, syarat terakhir dinyatakan tentang kebolehan yang perlu dimiliki oleh pemohon iaitu TAHAN MAKI.
  • Saya rasa, di Malaysia ini perlu secara dinyatakan di dalam 'kontrak sosial' antara industri dan peserta di dalamnya, "Kepada mereka yang secara nyata dan sedar ingin menceburkan diri ke dalam industri hiburan melibatkan semua bidang, anda wajib memiliki kebolehan TAHAN MAKI."
  • Tak boleh tahan maki, tak boleh jadi orang terkenal. Orang terkenal pasti pernah kena kutuk. Sedangkan mendiang Steve Jobbs dikutuk, inikan awak, seorang selebriti.
  • Edward Cullen sebelum ini dikutuk 'kaw-kaw' dek kerana peranannya di dalam Twilight. Lama selepas itu, beliau dipuji dalam Tenet. Berapa lama tu ? Lama jugalah.
  • "Apa salah saya yang 'netizen' asyik nak kutuk aje ? Saya tak kacau hidup diorang !!!"
  • Selebriti memang hidup untuk dikutuk. Bersedia sahajalah.
P/s: Wak Doyok dengan kereta besarnya sedang mendapat kutukan maha hebat dari pengguna media sosial di barat. Adakah mak dia nak masuk sekaki mempertahankan anaknya itu ?


Tiada ulasan: