Selasa, 28 Februari 2017

HARIMAU TUA

Saya lebih cenderung kepada harimau tua yang gagah memburu makanannya tanpa bantuan, berbanding harimau muda yang tampak gagah namun masih tak mahir berburu.

PIJAK ORANG RUMAH

Pertamanya, saya harap para isteri tidak berkecil hati dengan istilah orang rumah ini. Sebab apa ? Sebab besar gelaran itu buat para isteri - orang rumah. Ertinya dialah penjaga kerukunan rumahtangga. Bayangkan kalau si isteri tak mahu buat kerja rumah, belum tentu si suami dapat buat seperti apa yang si isteri buat.

Tetapi, laporan yang saya baca ini sangat dahsyat.

KUALA LUMPUR: A businessman was sentenced to four months’ jail by the magistrate's court here yesterday for battering his wife at their house last week. 
Nasroon Hafiz Ramli, 24, pleaded guilty to injuring his 21-year-old wife by punching her in the face and stomping on her body and face at the PPR Beringin here on Feb 23 at 8.30am.  
Magistrate Mahyudin Mohmad Som ordered the father-of-two to serve the jail sentence from the date of the arrest on Feb 23. The charge under Section 323 of the Penal Code, read together with Section 326A of the same act, carries a prison sentence of up to two years.  
Deputy Public Prosecutor Nur Farah Adilah Noordin asked the court to impose a deterrent sentence, but Nasroon who was not represented, appealed for a lighter sentence, claiming he had repented. According to the facts of the case, the victim, who wanted to prepare a meal, had asked her husband to tend to their eight-month-old baby, but was ignored by him. Nasroon Hafiz then hit his wife after she told their eldest daughter to dispose of the breakfast that she had bought her earlier. -- BERNAMA

Saya tak nampak apa kesalahan besar yang isterinya buat sampai kena tumbuk di muka dan dipijak di badannya. Eh, kau tahu tak pijak ? Macam kita pijak lipas yang lalu depan mata tu ?

Kau ingat isteri kau lipas ke sampai nak dipijak-pijak gitu ?

Umur suami 24 tahun. Umur isteri 21 tahun. Pasangan muda. Saya percaya kedua-duanya berdarah panas. Bila dilaporkan ada anak yang sulong tapi tak dinyatakan umur, boleh jadi mereka telahpun berkahwin selama beberapa tahun. Boleh jadi juga ketika umur suami baru 21 tahun, manakala umur isteri 18 tahun. Mungkin ya, mungkin.

Kalau baru tempoh sebegini kau sudah marah-marah sampai memijak isteri engkau, tak tahulah berapa lama pasangan ini boleh bertahan. Trauma kot perempuan tu kena pijak dengan suami sendiri.

Sumber:

[1] Businessman jailed 4 months for punching, stomping on young wifehttp://www.nst.com.my/news/2017/02/215984/businessman-jailed-4-months-punching-stomping-young-wife

Isnin, 27 Februari 2017

KOREA UTARA DAN KEJUTAN BUAT KITA

Bila kita dikejutkan dengan pembunuhan salah seorang ahli keluarga seorang diktator sebuah negara yang aneh, banyak persoalan yang melingkari pemikiran rakyat Malaysia. Antaranya, APA SUDAH JADI DENGAN SISTEM KESELAMATAN NEGARA KITA ?

Mangsa pembunuhan itu bernama Kim Jong-Nam. Namun, apa yang meresahkan ialah dia datang ke Malaysia bukan dengan nama sebenar, sebaliknya dengan nama dan passport yang dipalsukan.

Kim Jong-Nam

Apa dia ?

Dipalsukan ???
Ya !!!

Dipalsukan !!!

Kenapa passport yang dipalsukan boleh terlepas masuk ke dalam negara kita ? Bagaimana sistem kawalan keselamatan kita bertindak untuk kes seperti ini ?

Ini kes yang kita ketahui. Bagaimana pula dengan kes yang tak kita ketahui ?

Lebih meresakan lagi, bahan kimia itu diseludup masuk dan digunakan sebagai agen pembunuh kepada mangsa.

Peristiwa ini mengingatkan saya kepada sebuah filem iaitu filem THE INTERVIEW lakonan Seth Rogen dan James Franco


Seth Rogen dan James Franco diarahkan oleh CIA untuk menyeludup masuk bahan kimia yang akan mereka gunakan untuk membunuh Kim-Jong Un.

Imaginasi liar saya mula meneka-neka, apakah kes ini adalah sebahagian daripada rancangan US dalam menghuru-harakan pemerintahan Korea Utara ? Dan sudah tentu, kambing hitam perlu diwujudkan, maka negara kitalah menjadi mangsanya untuk menyelesaikan perkara ini.

Oh tidak, kita sedang memiliki seorang pemimpin yang penakut dan hanya tahu bertempik dengan khalayaknya sahaja. Mahu pergi ke persidangan PBB pun takut. Justeru, kita mula berasa cuak untuk memikirkan apakah pemimpin memiliki telur yang cukup besar untuk menguruskan masalah ini.

Ahad, 26 Februari 2017

SUDAH TUA

"By outward appearance, you're ten years older than you were a year ago." 
-U.S. Grant to Lincoln, Lincoln (2012)-

Kalau sesiapa yang melihat wajah saya dan bertanyakan umur saya, biasanya semua akan terkejut. Ya, saya kelihatan jauh lebih tua berbanding umur saya. Sewajarnya saya dipanggil 'abang', tetapi ada budak-budak sudah memanggil 'pak cik'.



Ah, saya tidak begitu mempedulikan hal tersebut. Kerana bukan menjadi satu dosa untuk kelihatan lebih tua berbanding umur sebenar. Mungkin begitu tubuh badan kita memberi respon terhadap kudrat kita yang sedaya upaya melawan nasib.

Bagi saya, nasib bukan sesuatu yang perlu kita terima bulat-bulat tanpa mengambil hikmah, melainkan kematian. Adalah sesuatu yang tidak kena seandainya seseorang itu membiarkan dirinya dalam kemisikinan tanpa sedaya-upaya memperbaiki kehidupannya, melainkan dirinya sudah tewas dengan nasib.

"Apa boleh buat, nasib badaannnn..." -P.Ramlee dan rakan-rakan-


Sekarang ini, saya lebih banyak bergaul dengan para senior, yang pada saya jauh lebih menyenangkan berbanding rakan-rakan muda yang penuh tenaga dan sering cenderung untuk silap dalam memperhitungkan sesuatu keputusan.

Ya, saya tahu dan sedar para senior ini juga pernah cergas dan bertenaga serta pernah juga membuat kesilapan. Namun, mereka telah kumpul kesemuanya dan dibalut dengan kemasan yang dipanggail 'pengalaman'. Pengalaman mereka itu adalah umpama harta karun yang sukar ditemukan melainkan kita cuba menggalinya sendiri. Adalah mahal sekiranya mereka sendiri menyerahkan pengalaman mereka kepada kita demi untuk memperingatkan kita supaya tidak melakukan kesilapan yang sama seperti mereka.

Jalan cerita kita mungkin berbeza, malah kita sendiri tak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Namun, pengalaman mereka itu sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam membuat keputusan supaya tidak tersasar jauh daripada kebenaran. Untuk berada dalam kesilapan buat kali yang kedua adalah satu kebodohan. Mungkin keterlaluan, tapi ada juga benarnya.

Kesemua hal ini membuatkan saya berasa sangat tua. Saya seakan-akan kehilangan semangat muda. Mungkin panas darah muda masih ada, tapi berasa bertenaga untuk meneroka sesuatu yang baru semakin berkurangan. Ada masa dan ketikanya, saya biarkan sahaja kehidupan saya ini membawa saya ke mana-mana destinasi persinggahan yang saya tidak tahu apa indah dan cantiknya ataupun buruk dan hinanya.

Saya mencuba-cuba untuk bersukan semula, kerana dengan bersukan kita dapat rasakan seberapa banyak tenaga muda yang ada pada diri kita. Namun begitu, apa yang menariknya ialah saya bersukan dengan orang yang jauh lebih tua daripada saya. Melihat mereka yang masih bersemangat, saya fikir tidak sepatutnya saya menghampakan mereka dengan mempersembahkan sebuah kemalasan. Dari situ juga, saya merasakan bahawa saya sudah tua untuk dapat berfikir seperti ini.

Berasa tua juga merupakan nikmat. Kadangkala kita merasakan bahawa kita telah melalui liku kehidupan yang panjang untuk kita berupaya berbicara dengan waras dan hikmah. Selain itu, kita juga sudah mula mengabaikan perkara-perkara yang menyusahkan tubuh badan kita, Kita kembali suka menonton filem-filem lama dan mendengar lagu-lagu malar segar. Alasan kita, "Aku pernah tonton dan dengar semua ini satu ketika dulu..."

Menjadi tua bukanlah satu kutukan, sebaliknya satu rahmat. Apa yang tinggal ialah kita hidup secara sihat dan tenang,..

Psstt... Tun Mahathir sudah menjangkau umur 90-an. Tapi lihatlah impak yang beliau berikan terhadap negara sekarang ini. Itulah berkat tua dan kayanya ilmu beliau.