Isnin, 26 April 2021

LAGU RAYA SI ALEP

  • Sepanjang kita hidup di atas dunia yang penuh dengan nilai kebendaan ini, semakin ramai dari kalangan manusia itu merasakan bahawa kalau dia ada duit, dia boleh buat ikut suka mak bapak dia. Dan itulah masalahnya.
  • Kenapa ? Kerana dalam banyak keadaan, tuan punya badan tahu bahawa dia tak patut pun buat benda-benda sebegitu, tetapi disebabkan dia banyak duit dan hidup diulit materi, dia merasakan bahawa dia tak akan punya masalah untuk buat apa sahaja sebab segala-galanya hanya perlukan duit. Dia boleh bayar sesiapa pun untuk memastikan apa yang dia mahukan itu tercapai.
  • Dalam kes seorang lelaki yang nak menyanyi tetapi suaranya sikit lagi nak sama dengan itik yang dicekik lehernya, dia tak punya masalah untuk membayar mana-mana studio rakaman untuk menerbitkan 'single'nya. Tetapi, apakah dia sedar bahawa dia itu haram sekuman tak pandai menyanyi ?

Rabu, 21 April 2021

CERITA TENTANG TAK PUASA

  • Cerita tentang orang tak puasa ini memang tak akan pernah habis. 
  • Datanglah malapetaka apa pun, tetap orang tak puasa ni muncul dan memalukan umat Islam.
  • Agak lucu jugalah kalau kita beria-ia pung pang pung pang pasal mendaulatkan Islam di bumi Malaysia, sedangkan pada masa yang sama kita masih menemukan makhluk-makhluk tak guna seperti ini.
  • Orang yang tak berpuasa ni dia ada dua kategori iaitu:
    • Tak berpuasa kerana bekerja berat (tapak pembinaan, perpaipan, pemunggahan barang dll)
    • Memang tak nak puasa walaupun bekerja di bawak sejuk pendingin hawa
  • Pun begitu, syarat untuk mereka yang bekerja berat itu untuk 'berbuka puasa' lebih awal ialah MESTI PUASA DAHULU. Bukan bangun pukul 6 melantak nasi di dapur. Kau mesti usaha untuk bangun sahur, niat puasa sebelumnya, kemudian berpuasa dari terbit fajar sehinggalah pada satu tahap kau dengan jujur menyedari bahawa kau sudah TAK MAMPU lagi untuk berpuasa kerana tuntutan kerja kau yang memerlukan kudrat tenaga yang banyak. Kalau tak minum air oleh jatuh pengsan, sebagai contoh. Sesudah itu, WAJIB diganti puasanya.
  • Itu satu hal. Hal yang menjadi kemusykilan kita ini ialah mereka yang makan di tempat umum. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup makan di kedai 'non-Muslim'. Kita ini sudahlah benci mereka tak tentu pasal, kemudian kita tunjuk perangai tak semenggah kita dengan tidak berpuasa. Jadi apa yang mereka akan fikir tentang umat Islam ? Kita sembang Islam itu agama rasmi, tapi umatnya ramai yang tidak puasa meskipun bagai nak rak penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh mula puasa.
  • Kalau sekalipun tak mahu puasa, mengapa tak makan di rumah sendiri. Kau masaklah Maggi di rumah kau, tutup tingkap dan pintu dan kau makanlah sampai mampus. Dosa peribadi jangan dijadikan dosa masyarakat. Ini tidak. Kau hisap rokok dalam jamban pejabat dengan asap berkepul-kepul. Kau bodoh ke apa ? Pergilah masuk hutan belantara sana. Kau hisaplah rokok tu sampai mati, tak ada siapa yang nak peduli.
  • Kita punya sial sampaikan jadikan orang lain susah. Satu kerja pula jabatan agama nak buat operasi banteras orang tak puasa. Untuk apa ? Menyedarkan kau orang semua ? Kau orang semua dah tua nak mampus pun tak mahu puasa, nak kasi sedar macam mana lagi ? Memang payahlah. Membazir tenaga penguatkuasa saja nak menangkap engkau semua. Buat malu dengan kaum wanita saja.
  • Orang-orang tua tak guna inilah yang menjadi contoh buruk kepada anak-anak kecil dan remaja. Bayangkanlah orang-orang tua ni ada anak dan mereka dengan muka tak tahu malu selamba tak berpuasa. Anak pun jadi pelik dengan perangai ayahnya yang tak kurang teruk dari setan.
  • Bayangkan kita mati tercekik dalam keadaan kita tengah ponteng puasa... hmmm...

 


JOHOR BAHRU: Sakit dan tidak larat untuk berpuasa menjadi alasan seramai 23 individu yang ditahan tidak berpuasa oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) sejak hari pertama Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Dzulkafli Mohamad berkata, kesemua 23 individu yang dikenakan saman hadir itu berusia 20 hingga 50 tahun ditahan di seluruh negeri ini.

Katanya, mereka dikesan makan pada waktu siang di bulan Ramadan yang kebanyakannya di restoran dan warung.

“Bermacam-macam alasan yang mereka berikan kepada anggota penguatkuasa ketika membuat tinjauan antaranya tidak tahan hendak berpuasa, sakit dan lain-lain lagi.

“Kebanyakan kaki ponteng puasa yang ditahan ini adalah individu yang berbeza. Penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan di seluruh daerah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkafli memberitahu, individu yang ditahan ini akan menerima saman hadir kepada mereka untuk hadir ke bahagian penguatkuasaan JAINJ mengikut tarikh ditetapkan.

Katanya, mereka yang ditahan ini akan dinasihatkan supaya menghormati bulan Ramadan sekalipun tidak larat untuk berpuasa.

“Kalau tidak boleh berpuasa sekali pun, janganlah makan di khalayak ramai sebaliknya makan di tempat yang tersembunyi.

“Kita akan tuduh mereka ini di bawah Seksyen 15 (a) dan 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Johor 1997 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.- UTUSAN ONLINE [1]


Sumber:

[1] Umur dah 50, 'tuang puasa', makan siang di warung, https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/umur-dah-50-tuang-puasa-makan-siang-di-warung/