Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2023

'DOODLE' BUAT KAMN ISMAIL

 


Sekalipun anda pernah meminati animasi Usop Sontorian dan Keluang Man, belum tentu anda benar-benar ingat pada saudara Kamn Ismail (almarhum). Pada kredit kedua-dua animasi 'lejen' Malaysia ini telah tertera nama beliau sebagai pengarah.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menceriakan zaman kanak-kanak kita dahulu melalui kedua-dua animasi ini. Itupun sebelum Anak-anak Sidek dan beberapa animasi lain menempa jalan yang sama.

Google pada kali ini telah menghasilkan 'doodle' untuk beliau sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan baktinya dalam bidang animasi digital.


Usop Sontorian adalah sebuah siri animasi yang tidak boleh sama sekali diluputkan dari lipatan sejarah kartun negara kerana ia  terhasil daripada langkah berani anak Malaysia yang ketika itu tidak pernah diyakini pun boleh menerbitkan kartun sendiri.

Ya, mungkin kita pernah saksikan siri Sang Kancil, namun ia tidak sebesar Usop Sontorian. Untuk sebuah animasi tempatan mencapai siaran selama 3 musim adalah sesuatu yang amat dibanggakan pada tahun-tahun itu.

Siri Animasi Usop Sontorian

Siri Animasi Keluang Man


Di bawah pengarahan beliau, animasi Usop Sontorian berjaya mengetengahkan suasana kampung dan telatah anak-anak kampung yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia (baca: penonton Melayu) ketika itu. Malahan, kampung Parit Sonto yang menjadi latar bagi animasi ini menggunakan ikon utamanya iaitu Usop sebagai gambar di papan tanda jalan masuk utamanya di Batu Pahat satu ketika dahulu.

Dan menariknya, dialog yang digunakan di dalam siri tersebut tersangatlah berbaur 'Majalah Ujang'. Sama seperti siri animasi 'The Amazing Awang Khenit'. Oleh itu, ia tidak kelihatan baku dan kaku sama sekali. 

Kalau ditonton oleh mata anak-anak zaman sekarang, memanglah animasi Usop Sontorian ini sangatlah 'hampeh'. Tetapi, setiap sesuatu itu memang mulanya sentiasa aneh dan meragukan sebelum jalan yang dirintis itu disambung oleh tenaga muda lain yang memiliki kekuatan ilmu dan kepakaran teknologi yang lebih terkini. Namun, jika ia tidak dimulakan oleh mereka ini, kita mungkin tak akan pernah berani sama sekali.

Justeru, usaha arwah Kamn Ismail dan rakan-rakannya amatlah wajar dikenang. Dan kita perlu beritahu pada anak-anak kita, bahawa satu masa dahulu, ada insan yang besar jiwanya dan berani meneroka jalan yang asing bagi rakyat Malaysia, dan orang itu ialah Kamn Ismail.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Ahad, 10 September 2017

NOKIA 5, 6 & 8 - BEBERAPA PERBANDINGAN UMUM

NOKIA telah melancarkan 'flagship' yang terbaru, iaitu NOKIA 8 yang sememangnya dinanti-nantikan peminat setianya. Apabila saya menyebut peminat setia ini, saya maksudkan adalah mereka yang pernah jatuh cinta dengan NOKIA di zaman emasnya di dalam dunia 'smartphone', kemudian kecewa kerana kegagalan mereka dengan Microsoft, dan gembira semula dengan usaha kebangkitan mereka dengan HMD Global.

Sebelum NOKIA 8 dilancarkan, mereka telahpun melancarkan NOKIA 3, 5 dan 6. Di mana 7 ? Wallahua'lam. Mungkin akan dijadikan 'flagship' mereka yang terbaharu kelak. Di sini, saya cuba untuk melihat perbandingan umum di antara 3 telefon pintar NOKIA ini iaitu NOKIA 5, 6 dan 8. Saya tidak begitu mahir secara teknikal, tetapi akan cuba melihat perbandingan ini melalui beberapa aspek yang sering kita ambilkira apabila hendak membeli satu-satu telefon pintar yang ada dijual di pasaran.

Kenapa saya memilih NOKIA ? Kerana saya peminat NOKIA. Itu sahaja. Saya tidak berhasrat untuk membuat perbandingan telefon-telefon berjenama lain kelak.



NOKIA 5


NOKIA 6

NOKIA 8
Jika kita perhatikan daripada ketiga-tiga foto tersebut, rekabentuknya tidak menampilkan begitu banyak perbezaan. Tambahan pula, ramai di antara kita sekarang ini lebih suka kepada rekabentuk yang 'simple' dan lebih tertumpu kepada apa yang ia boleh 'berikan' kepada pengguna (dalam ertikata fungsi dan kelebihan).