Memaparkan catatan dengan label lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lagu. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2018

DJANGO UNCHAINED, SEBUAH LAGU DAN CERITERA PEMBEBASAN JIWA

Saya bukan peminat filem Quentin Tarantino. Tetapi saya selalu mendengarkan orang bercakap tentang filemnya yang satu ini (iaitu Django Unchained), bersama-sama dengan Pulp Fiction serta Inglourious Basterds. Pulp Fiction kerana dua watak utamanya yang aneh. Manakala Inglourious Basterds dan Django Unchained pula adalah kerana pelakon pembantunya iaitu Christoph Waltz yang cemerlang dengan wataknya lalu melayakkan dirinya memenangi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk kedua-dua filem tersebut.


Ianya mengenai kisah seorang hamba kulit hitam yang 'dibebaskan' oleh seorang 'bounty hunter' yang sedang mencari sekumpulan lelaki yang dikehendaki dengan tawaran wang. Memandangkan si kulit hitam yang bernama Django itu tahu tentang kumpulan lelaki tersebut kerana mereka pernah menjadi tuannya, maka 'bounty hunter' yang bernama Dr. King Schultz (Christoph Waltz) menyelamatkannya daripada dijual kepada tuan lain dan membawanya bersama untuk mencari kumpulan lelaki tersebut.

Saya tak berhajat hendak berpanjang lebar tentang ceriteranya, tetapi saya mahu berkongsi sebuah lagu latar yang menghiasi satu babak di dalam filemnya. Lagu tersebut berjudul 'I Got A Name'. Ianya dinyanyikan oleh Jim Croce.


Isnin, 30 Julai 2018

NAK DARA RINDU

Nah, saya mahu santai-santai sahaja.

Kalau kita biasa menonton filem P.Ramlee, kita pasti pernah menonton salah sebuah filemnya yang sangat terkenal, iaitu Bujang Lapok.



Merupakan cubaan pertama P.Ramlee dalam mengarah filem bercorak komedi, dan tuah menyebelahinya. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sekaligus mengangkat beliau sebagai pengarah filem serba boleh.

Menariknya lagi, lagu-lagu yang menghiasi perjalanan filem ini dicipta oleh beliau. Namun, 'arrangement' oleh gurunya Yusof B. Lirik pula ditulis oleh S. Sudarmadji.

Antara lagu yang dikenang ramai adalah Nak Dara Rindu. Oh, apa yang tidak romantiknya. Duduk di jendela bersaksikan bulan mengambang sambil mengalun senandung cinta seperti itu. Ditambah pula dengan diperhatikan oleh seseorang yang dalam diam telah jatuh hati kepada kita.

Sempurna.
Lagu yang sempurna.

P.Ramlee



Video di atas adalah lagu asal Nak Dara Rindu yang dirakam untuk tayangan filem. Kemudian, ia dirakam semula dalam bentuk piring hitam. 



Pada pendapat saya, versi rakaman filem jauh lebih lunak dan merdu berbanding rakaman piring hitam. Kemudian, judul Nak Dara Rindu ini tidak tamat pada P.Ramlee sahaja. Malah, ia dinyanyikan pula oleh penyanyi lagu tradisional era 80-an yang terkenal, iaitu Andre Goh. Hah, Andre Goh bukan penyanyi Melayu ya, sebaliknya penyanyi Cina.

Kalau sekarang, lebih kurang macam Elizabeth Tan. Cuma, beliau menyanyikan lagu moden dan sering menyanyikan semula lagu orang dalam bentuk dan gayanya sendiri.

Andre Goh


Suara Andre Goh yang lembut dan merdu itu berjaya menaikkan lagi semangat atau roh lagu Nak Dara Rindu, sekaligus membuktikan bahawa lagu tersebut berupaya merentas zaman dan terus diminati orang.

Namun begitu, ada juga penyanyi lain yang mendendangkan lagu Nak Dara Rindu. Tetapi, bukan lagu yang sama. Cuma judulnya sahaja yang serupa. Penyanyi tersebut ialah Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Haisy, siapa yang tak kenal Ahmad Jais. Setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri, lagunya pasti berkumandang di radio.

Nah, ini versi beliau. Dan kalau anda tidak jatuh cinta dengan lagu ini, anda bukan Melayu sejati.

Ahmad Jais



Saya tak ketemukan maklumat pencipta lagu Nak Dara Rindu versi Ahmad Jais ini. Boleh jadi Ahmad Nawab, S. Atan, atau Kassim Masdor.

Apa yang saya boleh katakan, komposer terdahulu telah meninggalkan khazanah lagu-lagu klasik yang tidak bergalang ganti. Liriknya tersusun indah dan tidak merapu-merepek serta melanggar hukum-hakam tatabahasa Melayu seperti yang berlaku terhadap lagu-lagu moden.

'Untuk' menjadi 'tuk' jadah apa.

Isnin, 4 September 2017

YA RABBI YA - 'CATCHY' YANG MENJADI

Dalam keadaan sempadan muzik semakin menipis dan menghilang, terlalu banyak elemen muzik yang aneh dan mengujakan menerobos masuk ke dalam negara seraya menentukan trend-trend terkini muzik di negara kita.

Sedangkan pada tahun 80-an dahulu pun kita dapat saksikan betapa elemen muzik dari luar sangat mempengaruhi industri muzik negara kita, inikan pula pasca tahun 2000. Tentulah jauh lebih besar dan hebat.

Melihat kepada situasi, saya kira pendekatan Kumpulan Inteam dalam penghasilan lagu berunsur ketuhanan dengan pendekatan muzik moden sangat kena pada tempatnya. Ya, kita tak akan dapat lari daripada cakap-cakap yang tidak habis membicarakan tentang elemen muzik yang dibenarkan di dalam agama. Namun, adalah jauh lebih teruk jika kita membiarkan anak-anak muda kita tersasar dengan muzik yang tidak berhala tuju dan mengarut. Tengoklah budak-budak Raver, nak ke mana joget sotong bangangnya itu ? Karut, bukan ?

Khamis, 26 November 2015

SURAT CINTA - INTEAM


Telah ku terima suratMu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahayaMu
Menyelimuti seluruh hatiku

Telah ku terima suratMu
Yang telah kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku

Pastinya bila ku merindu PadaMu
SuratMu kan ku baca selalu


Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detikku rindu
Saat ku baca suratMu

Hiburkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimahMu
Kalimah tercinta teragung

Sungguh makna cintaMu tiada penghujung
SuratMu kan ku baca selalu...


P/s: Pada mulanya, aku sangkakan lagu ini berkisar tentang kisah dua insan bercinta melalui surat, kemudian bernikah dan hidup aman damai hingga ke penghujung usia (itukan standard kebanyakan lagu nasyid kontemporari).

Namun, ianya lain sama sekali. Surat yang dimaksudkan di sini adalah surah-surah. Di dalam bahasa Arab, surah-surah yang dijama'kan perkataannya akan menjadi surat. Cinta itu pula mewakili kasih-sayang Tuhan yang diwahyukan kepada nabi dan rasul sebagai pedoman dan petunjuk kepada manusia yang jahil.

Kiranya, Al-Quran itu adalah cinta dari Tuhan kepada hamba-hambaNya. Kita dicipta dengan kekurangan, maka pedoman dari Al-Quran adalah pedoman terbaik untuk memandu manusia ke jalan yang diredhai Tuhan.