Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2024

CERAI

Alah, macamlah artis-artis lain tak ada yang bercerai. Jadi, kenapa cerita Syamsul ini mendapat perhatian media ?

Sebenarnya, bukan Syamsul sahaja yang pernah mengalami liputan media sebegini darihal perkahwinan. Rita Rudaini tu punyalah panjang ceritanya daripada perceraian sampailah kepada isu nafkah. Semua hendak diambil tahu oleh media. Ingat tak lama dahulu kisah Jimmy Shanley ? Pun begitu juga media mengasak untuk mendapatkan cerita daripadanya. Radhi OAG dahulu pun begitulah juga cerita. Semua mendapat perhatian media. 

Cuma, saya berani katakan cerita Syamsul ini menjadi sedikit lebih besarnya kerana dia adalah anak kepada Datuk Yusuf Haslam yang terkenal dengan pekertinya sebagai 'family man' yang luhur. Ditambah pula dengan 'rempah ratus' pergolakan oleh ibunya yang banyak menyebelahi menantunya yang dikasihi, nah itulah sebab Syamsul punya cerita lain macam 'coverage'nya.

Hari ini dilaporkan dia sah bercerai talak satu dengan isterinya yang baru ini.

Tak ada apa yang nak dikatakan sangat tentang perkara ini.

Tetapi, saya teringatkan ada satu pesanan dari seorang ustaz. Katanya, "Perkahwinan yang berdiri di atas kekecewaan orang tua kita, potensi untuk bahagia amat tipis."

Saya kira, Syamsul pasti banyak belajar kali ini betapa restu orang tua itu penting dalam hal perkahwinan ini kerana tanpa redha ibu dan bapa kita, sukarlah juga untuk kita mendapat redha Tuhan.

Semua orang melakukan kesilapan dan kesalahan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu hendak mengambil iktibar daripadanya dan bangkit menebus kesalahan diri sendiri.

Rabu, 28 Ogos 2024

MAHU ANGKAT MELAKA KE PERSADA ANTARABANGSA - REMY ISHAK

Saya tak tahulah apa perancangan dirinya untuk mengotakan kata-katanya itu, tetapi begitulah kenyataannya kepada media susulan penganugerahan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk di pangkal namanya.

Remy Ishak berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Saya kira itu sudah boleh memberi kita sedikit gambaran tentang justifikasi penganugerahan ini. Anak Melaka yang terkenal di persada hiburan tanahair. Sikit-sikit Remy Ishak, sikit-sikit Remy Ishak. Begitulah umpamanya.

Tetapi, popularitinya itu saya kira masih belum cukup meluas. Tidaklah dapat saya pastikan sama ada namanya dikenali di tanah seberang, namun untuk mensabitkan namanya dengan membawa nama Melaka ke persada antarabangsa saya kira adalah mimpi yang sukar dicapai, bukan mustahil. Cuma sukar dicapai berdasarkan status sosialnya sekarang.

Pun begitu, kita boleh ambil begini. 

Beberapa orang pelakon handalan Hollywood juga ada menerima darjah kebesaran dari England yang membawa gelaran 'Sir' di hadapan nama mereka. Kebiasaannya, mereka ini adalah orang yang begitu lama berkecimpung dalam bidang seni dan menyumbang banyak dalam lapangan seni seperti sumbangan kewangan, dan juga ada dari kalangan mereka ini bergerak aktif sebagai aktivis yang membawa suara awam terhadap satu-satu isu seperti pendidikan, kemiskinan, alam sekitar dan sebagainya. Contoh artis yang menerima darjah kebesaran ini adalah Sir Michael Caine. Pada tahun 1992 beliau dianugerahkan Commander of the Most Excellent Order of the British Empire dan pada tahun 2000, beliau dianugerahi Knight Bachelor yang membawa pangkat 'Sir' di pangkal namanya.

Anugerah besar ini diterima beliau kerana sumbangan beliau yang besar di dalam dunia perfileman, sekaligus mengharumkan nama tanah asal kelahirannya. Ya, beliau cemerlang di Hollywood tetapi orang tetap akan bertanya asal-usul kita, "Dia ni asal orang mana ?"

Jadi, cerita Remy Ishak ini lebih kurang begitulah. Kita dah tahu beliau berasal dari Melaka. Dan dengan penganugerahan ini, nama Remy Ishak bukan lagi biasa-biasa. Justeru, beliau perlu mengangkat namanya dulu dalam lapangan seni dengan memilih tawaran lakonan yang lebih baik berbanding drama-drama picisan yang berlambak di stesen TV itu. Ya, industri hiburan kita tidak besar mana. Jadinya, kenalah pandai 'marketing' diri dengan menjual bakat kita ke luar negara. Ataupun, jadi macam Datuk Yusuf Haslam. Bina satu prestij pada nama kita supaya disegani dan jauhkan diri dari terlibat dengan cerita yang bukan-bukan.

Tapi... keluar pula cerita pakai subang di hidung apa cerita beb ? Hehehe...

Isnin, 26 Ogos 2024

Kasih sayang kepada Syamsul tak pernah berubah - Yusof Haslam

Kadang-kadang, saya rasa kasihan pada Datuk Yusuf Haslam. Pada usianya begini, beliau terpaksa menghadap asakan soalan dari media berkaitan anak jantannya yang satu itu. 

Yang bergaduh-cerai, anaknya.

Yang bermasam muka, anaknya.

Yang menikah di Siam, anaknya.

Yang bercerai sekali lagi, anaknya.

Tapi, ayahnya pula yang diasak media. Yalah, anak kepada seorang pengarah dan penerbit filem terkenal, media hiburan agaknya berpendapat suara ayahnya pasti membuatkan cerita mereka ini lebih laku dari segi jumlah pembaca.

Beberapa ketika sebelum ini, ibunya sendiri tampak jelas berpihak kepada menantunya. Saya rasa hal ini membawa kepada rajuk hati yang berpanjangan pada diri Syamsul kerana dia mungkin menyangkakan bahawa ibu bapanya akan membelanya sehabis daya, macam jantan tak guna seorang lagi itu yang beria dipertahankan ibunya sedangkan anaknya berperangai entah apa-apa.

Tapi, ibu bapa Syamsul amat menyayangi menantu mereka yang seorang itu. Sementelah pula, mereka memperoleh cucu daripada rahim menantunya itu. Apabila diperlakukan sebegitu oleh anak sendiri kepada menantu mereka, mestilah dengan akal yang waras mereka tak boleh terima. Menikah di Siam secara rahsia itu juga adalah kemuncak kepada sebuah pengkhianatan dalam berumahtangga.

Pada satu masa dan ketika, mungkin juga ibunya terbawa-bawa dengan emosi seorang wanita dengan memberikan banyak komentar tentang situasi keluarga anaknya itu. Pada hemat sebahagian orang, ibunya patut biarkan sahaja si Syamsul menguruskan masalahnya sendiri, tak perlu ditambah rencah pedas yang menghangatkan lagi situasi keluarga anaknya.

Lima tahun untuk merajuk itu adalah tempoh yang lama.

"Kita pun sebagai orang tua bukan pengemis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi." [1]

Begitu kata Datuk Yusuf Haslam dan betapa benarnya. Ibu bapa tidak sewajarnya mengemis kasih daripada anak sendiri. Mereka ada amal ibadah yang hendak diberi tumpuan sebelum pulang ke negeri abadi. 

Tapi seperti mana yang kita faham, hati yang merajuk bukan mudah hendak diubati.

Cuma, kalau Syamsul betul hendak berusaha memulihkan semangat dirinya (kita semua tahu hidup kepura-puraaan konon kita kuat dan masih bertahan), dia seharusnya pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya.

Isteri boleh bertukar ganti, tapi ayah dan ibu hanya satu dan takkan kembali kalau sudah pergi.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”

Riwayat al-Tirmizi (194)

Mungkin dari hadis ni, Syamsul boleh belajar sesuatu tentang perkara yang menimpa dirinya sekarang. 

Tidak ada yang hendak dibanggakan dengan pencapaian duniawi kita kalau nanti di alam barzakh kita diasak oleh malaikat kerana 'bermusuh' dengan ayah dan ibu kita sendiri hanya kerana seorang perempuan.

Wallahua'lam.

[1] Kasih sayang kepada Syamsul tak pernah berubah - Yusof Haslam, 

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/08/1289888/kasih-sayang-kepada-syamsul-tak-pernah-berubah-yusof-haslam

Khamis, 9 Februari 2023

'DOODLE' BUAT KAMN ISMAIL

 


Sekalipun anda pernah meminati animasi Usop Sontorian dan Keluang Man, belum tentu anda benar-benar ingat pada saudara Kamn Ismail (almarhum). Pada kredit kedua-dua animasi 'lejen' Malaysia ini telah tertera nama beliau sebagai pengarah.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menceriakan zaman kanak-kanak kita dahulu melalui kedua-dua animasi ini. Itupun sebelum Anak-anak Sidek dan beberapa animasi lain menempa jalan yang sama.

Google pada kali ini telah menghasilkan 'doodle' untuk beliau sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan baktinya dalam bidang animasi digital.


Usop Sontorian adalah sebuah siri animasi yang tidak boleh sama sekali diluputkan dari lipatan sejarah kartun negara kerana ia  terhasil daripada langkah berani anak Malaysia yang ketika itu tidak pernah diyakini pun boleh menerbitkan kartun sendiri.

Ya, mungkin kita pernah saksikan siri Sang Kancil, namun ia tidak sebesar Usop Sontorian. Untuk sebuah animasi tempatan mencapai siaran selama 3 musim adalah sesuatu yang amat dibanggakan pada tahun-tahun itu.

Siri Animasi Usop Sontorian

Siri Animasi Keluang Man


Di bawah pengarahan beliau, animasi Usop Sontorian berjaya mengetengahkan suasana kampung dan telatah anak-anak kampung yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia (baca: penonton Melayu) ketika itu. Malahan, kampung Parit Sonto yang menjadi latar bagi animasi ini menggunakan ikon utamanya iaitu Usop sebagai gambar di papan tanda jalan masuk utamanya di Batu Pahat satu ketika dahulu.

Dan menariknya, dialog yang digunakan di dalam siri tersebut tersangatlah berbaur 'Majalah Ujang'. Sama seperti siri animasi 'The Amazing Awang Khenit'. Oleh itu, ia tidak kelihatan baku dan kaku sama sekali. 

Kalau ditonton oleh mata anak-anak zaman sekarang, memanglah animasi Usop Sontorian ini sangatlah 'hampeh'. Tetapi, setiap sesuatu itu memang mulanya sentiasa aneh dan meragukan sebelum jalan yang dirintis itu disambung oleh tenaga muda lain yang memiliki kekuatan ilmu dan kepakaran teknologi yang lebih terkini. Namun, jika ia tidak dimulakan oleh mereka ini, kita mungkin tak akan pernah berani sama sekali.

Justeru, usaha arwah Kamn Ismail dan rakan-rakannya amatlah wajar dikenang. Dan kita perlu beritahu pada anak-anak kita, bahawa satu masa dahulu, ada insan yang besar jiwanya dan berani meneroka jalan yang asing bagi rakyat Malaysia, dan orang itu ialah Kamn Ismail.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Selasa, 19 April 2022

PRA-RAYA 1 : ALEP SUKRI DAN LAGU RAYANYA (LAGI ?)

Si jahanam yang meliuk-lintuk macam rumpai laut tu mesti diwujudkan untuk lagu raya kau ke ?

  • Mungkin emaknya patut seligi kepala dia 10 kali.
  • Minat menyanyi dan boleh menyanyi tu dua perkara yang berbeza tau tak ? Takkan sekaya-kaya manusia macam kau ni tak reti nak fahamkan dua perkara ni ?
  • Saya juga minat menyanyi, tapi saya tentulah sedar yang suara saya hanya layak didendangkan di dalam bilik air sahaja. Nak rakam lagu ? Mau patah dua mesin audio tu nanti.
  • Nak rakam lagu baru, itu satu hal. Apa yang menjadikan warganet menyinga ialah video klip yang mengiringi lagu kau tu ? Dah kenapa jantan bangang dua tiga ekor di tepi kau tu menggelenyah macam ulat hurung daging busuk ? Sudahlah begitu, tengoklah apa yang ditampilkan ? Dah rupa sekumpulan manusia gay, kau tahu tak ?
  • Sebab itu kau kena 'kitai berjemaah' oleh warganet. 
  • Kita ni memang tak faham jenis orang yang tak nampak silap sendiri, tapi sibuk nak pertikai orang.
  • Kalau aku mak kau, aku tak kasi kau balik raya tahun ni, tahu tak ?
  • Hidup tu cubalah jangan berkalung kebodohan sangat.
  • Baca di sini untuk laporan asal.

Ahad, 7 November 2021

IQBAL PIJAK DUIT

  • Hidupkan butang agama adalah langkah paling selamat untuk mematikan komentar sekiranya si pelaku sudah kehabisan modal untuk memberi 'penjelasan'. Bila sudah terjelepuk, mintak Allah 'setelkan'. Kau ingat Tuhan tu pembantu peribadi kau ke, bangang ?
  • Semua gara-gara si bangang ini yang membuat satu kandungan media sosial konon dia memijak duit.
  • Setelah dikecam secara berjemaah siang dan malam, orang kaya bodoh ini kononnya tampil memberi penjelasan bahawa itu bukanlah duit betul, tetapi duit main-main (duit Saidina atau Jutaria gamaknya).
  • TAPI, apa tujuan asal awak buat aksi begitu ? Nak bagitahu satu dunia yang bahawa duit bukanlah segala-galanya ?
  • Dalam keadaan sekarang, duit itu ibarat pelepas dari segala masalah tau. Kalau bagi awak duit tu tak ada erti apa-apa sebab tembolok dah penuh dengan duit, tidak bagi sesetengah orang lain yang sanggup dirempuh lori kerana mencari rezeki yang tak tentu pasti. Bagi mereka, duit sangat berharga untuk menjaga keluarga. 
  • Bila teruk kena kecam, barulah nak ingat Tuhan. Tuhan suruh ingatkan Dia sebelum kau buat kesilapan bodoh. Bukan dah buat benda bodoh kemudian minta Tuhan 'setelkan' sebab 'aku terlalu bodoh untuk selesaikan masalah kebodohan aku sendiri'.
  • Jadi orang kaya biarlah merendah diri. daripada kau buat lagu tak tentu arah, buat kandungan sosial merepek meraban, pergi cari asnaf yang tercekik kau bantu sampai perut dia kenyang. Pergi kau cari masjid dan surau yang uzur dan kau bantulah sampai masjid dan surau tu jadi baru dan cantik semula.
  • Apa ? Kau buat semua tu tapi tak tunjuk kat orang ? Kalau macam tu kau duduk diam-diam sampai mampus. Kau buatlah kerja perniagaan kau tu dengan jujur dan promosi yang cerdik, bukan yang bodoh.
  • Hidup kaya dengan perangai bodoh adalah kombinasi paling sial untuk dibawa ke kubur.
  • Baca sini untuk laporan asal.

Jumaat, 16 Julai 2021

AGENT SCULLY TAK MAHU PAKAI COLI

  •  Apabila seorang wanita memilih untuk tidak lagi memakai coli, seantero dunia melaporkannya.
  • Wanita itu pula bukanlah calang-calang nama, beliau adalah seorang pelakon yang telah lama terkenal di negara kita melalui siri X-File yang panjang itu - Gillian Anderson namanya.
  • Kalau sebut nama Gillian Anderson, orang kita tak berapa nak ingat wajahnya. Namun kalau kita sebut Agent Scully, wajahnya itu langsung jelas muncul dari memori silam kita.
  • Apa cerita wanita ini yang tetiba tak mahu pakai coli ?
  • Alahai, benda sebegitu kecil. Katanya rimas dan dia malas nak menggayakan coli lantaran mungkin benda itu tersorok di dalam.

Gillian Anderson sebagai Agent Scully

  • Benda tersorok di dalam buat apa nak pakai ya tak ? Sedangkan Superman memilih memakai seluar kecilnya di luar, mengapa tidak orang seperti Gillian Anderson memilih untuk tak menyarung baju dalam mahupun seluar kecil ?
  • Perkara karut seperti ini yang mendapat liputan meluas adalah bukti bahawa 'tular' adalah sesuatu yang sangat berkuasa. Ia bahkan boleh merentas dunia untuk ditatap oleh kita sambil kita pun tertanya-tanya, "Untuk apa benda sial macam ini pun menjadi tular ?"
  • Itulah kuasa tular. Tak ada sesiapa pun yang dapat menafikannya. Apatah lagi perkara yang ditularkan itu melibatkan orang terkenal.
  • Jadi, cerita Gillian Anderson yang tak mahu pakai baju dalam dan tak peduli payudaranya melayut sampai ke perut itu adalah hasil daripada kuasa tular. Itu saja.
  • Gillian bukannya memilih untuk tak pakai coli demi menunjukkan solidariti terhadap menteri kesihatan yang tak reti beza antara 'fly' dan 'flu'. Ataupun beliau bangkit menentang keganasan Zionis seraya memprotes dengan cara tidak memakai coli. Hal itu juga tidak berlaku.
  • Ia sekadar sebuah kenyataan yang kita boleh katakan 'borak-borak' dengan peminat. Benda sebegitu mungkin terbuka di negaranya, tetapi apabila ia sampai ke sini dan memberi ruang untuk rakyat Malaysia yang otaknya penuh taik memberi komen, perkara tersebut menjadi sangat keji dan kotor.
  • Malangnya, ada pula akhbar yang melaporkannya. Bukan akhbar kecil-kecil, akhbar arus perdana tu. Kenapa standard laporan berita awak merudum jatuh setaraf artikel tabloid kecilan ?

Isnin, 26 April 2021

LAGU RAYA SI ALEP

  • Sepanjang kita hidup di atas dunia yang penuh dengan nilai kebendaan ini, semakin ramai dari kalangan manusia itu merasakan bahawa kalau dia ada duit, dia boleh buat ikut suka mak bapak dia. Dan itulah masalahnya.
  • Kenapa ? Kerana dalam banyak keadaan, tuan punya badan tahu bahawa dia tak patut pun buat benda-benda sebegitu, tetapi disebabkan dia banyak duit dan hidup diulit materi, dia merasakan bahawa dia tak akan punya masalah untuk buat apa sahaja sebab segala-galanya hanya perlukan duit. Dia boleh bayar sesiapa pun untuk memastikan apa yang dia mahukan itu tercapai.
  • Dalam kes seorang lelaki yang nak menyanyi tetapi suaranya sikit lagi nak sama dengan itik yang dicekik lehernya, dia tak punya masalah untuk membayar mana-mana studio rakaman untuk menerbitkan 'single'nya. Tetapi, apakah dia sedar bahawa dia itu haram sekuman tak pandai menyanyi ?

Khamis, 4 Mac 2021

KEBOLEHAN... TAHAN MAKI ???

  • Entah. Saya tengok di media sosial, warganet memang handal dalam hal mengutuk, mencerca, memaki dan menghina. 
  • Sebab apa ? Sebab mulut tak payah keluar bunyi, asal berani menaip di papan kekunci atau pad kekunci, selesai. Akaun boleh dipalsukan, jadi mereka merasakan bahawa komen mereka itu tidak perlu dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka kerana akaun itu bukan secara rasmi milik mereka.
  • Pihak yang kerap menerima semua ini ialah selebriti. Artis ? Ah, saya tidak suka mereka disamakan dengan 'artis', kerana seorang 'artis' itu makamnya berbeza dengan selebriti.
  • Daniel Day Lewis itu artis. Dia mencurahkan segala jiwa dan raganya untuk sebuah watak fiksyen atau sejarah. Kalau dia pegang watak Lincoln, seolah-olah Lincoln itu hidup semula. Itulah artis, mereka yang mendedikasikan hidup mereka untuk seni.
  • Celine Dion itulah artis. Dia mencurahkan tenaga suaranya untuk sebuah lagu yang dicipta dengan penuh perasaan sehingga sekarang dengan kualiti yang sama seperti dahulu.
  • Kalau awak kejap nak berlakon, kejap nak menyanyi, kejap nak tulis buku, kejap nak jadi pengarah, kejap nak meniaga, kejap nak jadi motivator, kejap nak jadi peniaga hartanah, jadi awak bukanlah artis, tetapi selebriti. Hanya selebriti - mereka yang diraikan umum dek kerana bidang yang mereka ceburi. 
  • Melompat-lompat di sana-sini tak ada untungnya. Sama macam ahli politik yang khianat. Kalau kau anak jantan, kau keluar parti dan lepaskan semua jawatan. Kemudian kau bertanding semula atas tiket parti baru yang kau sokong. Baru jantan sejati. Kau kutuk orang tua sampai ke sudah, tapi kau sendiri penakut buat apa ?
  • Berbalik pada cerita selebriti tempatan kita ini. Mereka adalah subjek utama kutukan, cercaan dan hinaan di media sosial. 
  • Memang seronok kutuk selebriti ni sebab kita rasa kita lebih pandai dari dia. Dia pula nak nampak lebih pandai dari kita, dia kutuk kita balik berbakul-bakul. Tapi kesannya tidak nyata. Malah lebih aneh lagi, saham popularitinya meningkat secara mendadak. Cuma namanya naik sebab benda karutlah, bukan kerana usaha tulen.
  • Sedang saya melayan cerita kosong berkaitan dengan seorang artis yang namanya disandarkan pada bunga, saya merasa aneh. Dengan ibunya sekali ikut serta dalam jemaah maki-hamun tersebut. Cuma secara nyata, ibunya berpihak kepada anaknya yang kena kutuk itu. 
  • Menariknya, nama Angelina Jolie terpalit. Ahaa...
  • Jolie

  • Satu hal yang kita perlu ingat, Angelina Jolie dah lama berlakon. Sebelum dirinya menerjah dunia lakonan, ayahnya terlebih awal berlakon. Namanya Jon Voight. Gamaknya kalau Angelina Jolie menerima perkara yang sama seperti artis itu, adakah ayahnya akan mencelah mempertahankan anaknya ? Adakah ayahnya mahu menyaman warganet yang menghina anaknya ? Entah. Saya kira emosi kekeluargaan mereka mungkin sedikit berbeza dengan kita di sini. 
  • Saya segera teringatkan babak filem dari Do Re Mi arahan P. Ramlee. Ibrahim datang ke sebuah rumah untuk meminta kerja. Di luar pintu ada syarat-syarat permohonan yang ditampal. Menariknya, syarat terakhir dinyatakan tentang kebolehan yang perlu dimiliki oleh pemohon iaitu TAHAN MAKI.
  • Saya rasa, di Malaysia ini perlu secara dinyatakan di dalam 'kontrak sosial' antara industri dan peserta di dalamnya, "Kepada mereka yang secara nyata dan sedar ingin menceburkan diri ke dalam industri hiburan melibatkan semua bidang, anda wajib memiliki kebolehan TAHAN MAKI."
  • Tak boleh tahan maki, tak boleh jadi orang terkenal. Orang terkenal pasti pernah kena kutuk. Sedangkan mendiang Steve Jobbs dikutuk, inikan awak, seorang selebriti.
  • Edward Cullen sebelum ini dikutuk 'kaw-kaw' dek kerana peranannya di dalam Twilight. Lama selepas itu, beliau dipuji dalam Tenet. Berapa lama tu ? Lama jugalah.
  • "Apa salah saya yang 'netizen' asyik nak kutuk aje ? Saya tak kacau hidup diorang !!!"
  • Selebriti memang hidup untuk dikutuk. Bersedia sahajalah.
P/s: Wak Doyok dengan kereta besarnya sedang mendapat kutukan maha hebat dari pengguna media sosial di barat. Adakah mak dia nak masuk sekaki mempertahankan anaknya itu ?


Khamis, 23 Julai 2020

BUKAN ANAK ZAHID YANG PAKAI TAG MERAH

Beberapa hari yang lepas kita di'bengang'kan dengan laporan viral di mana ada seorang perempuan berstatus mak cik keluar minum dengan senang hatinya sedangkan di pergelangan tangannya terdapat tag rasmi yang menyatakan bahawa mak cik ini sedang menjalani kuarantin WAJIB. 
WAJIB tau. Bukan HARUS. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia telah terkena jangkitan ketika berada di luar negara.


Dan YA !!! Dia terkena jangkitan. Jadi apa sial batang tubuh kau tu sudah WAJIB dikuarantin tetapi kau galak minum teh tarik di kedai makan. Sangap teh tarik ke ? Buat sendiri di rumahlah woi.

Oh ya.

Dalam pada orang awam bengang dengan mak cik tersebut, secara tiba-tiba tak ada angin dan ribut seorang yang sesekali kita boleh katakan dia adalah mangkok hayon berbasa-basi di laman IG dengan tulisan seperti berikut:



Lu sembang apa, minah ??? Macam tak ada otak ja bila menulis tu. Menulis sambil makan kuaci ke ? Mesti seketul kuaci tu tersedut ke kepala otak kau sampai jadi tak berapa cerdik menulis. 

Orang tu sedang terima rawatan, bingai. Nak dakwa apanya. Lepas dia sembuh dan dibenarkan keluarlah baru dia didakwa.

Kau pun itu hari siap ada peguam segala bagai bila didakwa tau. Penyudah kena RM800 sebab peguam kau 'cerdik' pakai hujah kau 'dijemput', bukan datang tak diundang. Orang awam yang kena tahan tu semuanya telan bulat-bulat RM1000 yang dihenyak ke atas diorang. Panjang-panjangkanlah akal awak tu bila nak berbunyi ya.

Kau pun. Agaknya kau berdendam ya dengan netizen sebab itu hari kena taji sebab langgar PKP. Kah kah kah. 

Buat malu 'binti ahmad zahid'lah kau ni minah. 

Nanti bila mak cik tu mula didakwa, kau bayarkanlah khidmat peguam untuk mak cik tu. Baru sama-sama masuk geng langgar perintah kerajaan. Ke guane ? Puih.


BACA JUGA:

IPOH - Lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya di sini terkesan berikutan penularan gambar seorang wanita memakai gelang pengesanan kuarantin koronavirus (Covid-19) berwarna merah jambu sejak dua hari lalu apabila jumlah pelanggan ke premis mereka semakin berkurangan.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.

Menurutnya, bukan itu sahaja, jumlah pengunjung ke Bandar Meru Raya juga dilihat semakin menyusut dipercayai akibat kebimbangan orang ramai dengan berita mengenai kehadiran 'mak cik gelang pink' itu.

"Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya netizen yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini semalam.

Nizam berkata, pemilik premis tidak harus dipersalahkan di atas sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang enggan mematuhi arahan kuarantin ditetapkan.

Mengulas lanjut katanya, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut kerana perbuatannya menjejaskan perniagaan di sekitar Bandar Meru Raya sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, pihak kelab bersama-sama pemilik kedai terlibat mendapatkan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai terbabit.

Semalam, seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. [1]

Sumber:

[1] 100 peniaga terjejas gara-gara 'mak cik gelang pink'

 

Selasa, 21 Julai 2020

ALKISAH POMPUAN KAYANGAN MINTA TOPENG MUKA PERCUMA

Dari kumbahan mana kau keluar kak long ?

Aku yang tak berapa nak senang dan kaya pun reti cara gaya hidup baharu dengan sentiasa membawa topeng muka (Oklah, yang sebenarnya isteri aku yang sentiasa ingatkan).

IKEA tu tempat orang cerdik. Orang yang tahu adab. Orang yang tahu norma baru. Orang yang tahu sediakan payung sebelum hujan.

Bukan orang yang bodoh macam kau dok ingat IKEA tu nak sediakan topeng muka percuma untuk kau weh.

Add caption

Ini agaknya jenis pompuan masa kecik dulu tak dapat mainan dekat Gedung Harian dia berguling-guling macam budak tak cukup oksigen sampailah mak bapak dia terpaksa belikan juga. 

Kau tak malu ke orang lain berikan topeng pada kau ? Kau ingat dia beri tu sebab kesian ke ? Woi sedar dirilah. Orang yang beri tu tak sanggup tengok beruk dengan ungka memekik depan orang bertamadun macam pengawal tu. Faham tak ? Ptuih.

Dengar kabor CEO ya ? CEO jenis apa ni ? 

Khamis, 27 Disember 2018

DJANGO UNCHAINED, SEBUAH LAGU DAN CERITERA PEMBEBASAN JIWA

Saya bukan peminat filem Quentin Tarantino. Tetapi saya selalu mendengarkan orang bercakap tentang filemnya yang satu ini (iaitu Django Unchained), bersama-sama dengan Pulp Fiction serta Inglourious Basterds. Pulp Fiction kerana dua watak utamanya yang aneh. Manakala Inglourious Basterds dan Django Unchained pula adalah kerana pelakon pembantunya iaitu Christoph Waltz yang cemerlang dengan wataknya lalu melayakkan dirinya memenangi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk kedua-dua filem tersebut.


Ianya mengenai kisah seorang hamba kulit hitam yang 'dibebaskan' oleh seorang 'bounty hunter' yang sedang mencari sekumpulan lelaki yang dikehendaki dengan tawaran wang. Memandangkan si kulit hitam yang bernama Django itu tahu tentang kumpulan lelaki tersebut kerana mereka pernah menjadi tuannya, maka 'bounty hunter' yang bernama Dr. King Schultz (Christoph Waltz) menyelamatkannya daripada dijual kepada tuan lain dan membawanya bersama untuk mencari kumpulan lelaki tersebut.

Saya tak berhajat hendak berpanjang lebar tentang ceriteranya, tetapi saya mahu berkongsi sebuah lagu latar yang menghiasi satu babak di dalam filemnya. Lagu tersebut berjudul 'I Got A Name'. Ianya dinyanyikan oleh Jim Croce.


Isnin, 30 Julai 2018

NAK DARA RINDU

Nah, saya mahu santai-santai sahaja.

Kalau kita biasa menonton filem P.Ramlee, kita pasti pernah menonton salah sebuah filemnya yang sangat terkenal, iaitu Bujang Lapok.



Merupakan cubaan pertama P.Ramlee dalam mengarah filem bercorak komedi, dan tuah menyebelahinya. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sekaligus mengangkat beliau sebagai pengarah filem serba boleh.

Menariknya lagi, lagu-lagu yang menghiasi perjalanan filem ini dicipta oleh beliau. Namun, 'arrangement' oleh gurunya Yusof B. Lirik pula ditulis oleh S. Sudarmadji.

Antara lagu yang dikenang ramai adalah Nak Dara Rindu. Oh, apa yang tidak romantiknya. Duduk di jendela bersaksikan bulan mengambang sambil mengalun senandung cinta seperti itu. Ditambah pula dengan diperhatikan oleh seseorang yang dalam diam telah jatuh hati kepada kita.

Sempurna.
Lagu yang sempurna.

P.Ramlee



Video di atas adalah lagu asal Nak Dara Rindu yang dirakam untuk tayangan filem. Kemudian, ia dirakam semula dalam bentuk piring hitam. 



Pada pendapat saya, versi rakaman filem jauh lebih lunak dan merdu berbanding rakaman piring hitam. Kemudian, judul Nak Dara Rindu ini tidak tamat pada P.Ramlee sahaja. Malah, ia dinyanyikan pula oleh penyanyi lagu tradisional era 80-an yang terkenal, iaitu Andre Goh. Hah, Andre Goh bukan penyanyi Melayu ya, sebaliknya penyanyi Cina.

Kalau sekarang, lebih kurang macam Elizabeth Tan. Cuma, beliau menyanyikan lagu moden dan sering menyanyikan semula lagu orang dalam bentuk dan gayanya sendiri.

Andre Goh


Suara Andre Goh yang lembut dan merdu itu berjaya menaikkan lagi semangat atau roh lagu Nak Dara Rindu, sekaligus membuktikan bahawa lagu tersebut berupaya merentas zaman dan terus diminati orang.

Namun begitu, ada juga penyanyi lain yang mendendangkan lagu Nak Dara Rindu. Tetapi, bukan lagu yang sama. Cuma judulnya sahaja yang serupa. Penyanyi tersebut ialah Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Haisy, siapa yang tak kenal Ahmad Jais. Setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri, lagunya pasti berkumandang di radio.

Nah, ini versi beliau. Dan kalau anda tidak jatuh cinta dengan lagu ini, anda bukan Melayu sejati.

Ahmad Jais



Saya tak ketemukan maklumat pencipta lagu Nak Dara Rindu versi Ahmad Jais ini. Boleh jadi Ahmad Nawab, S. Atan, atau Kassim Masdor.

Apa yang saya boleh katakan, komposer terdahulu telah meninggalkan khazanah lagu-lagu klasik yang tidak bergalang ganti. Liriknya tersusun indah dan tidak merapu-merepek serta melanggar hukum-hakam tatabahasa Melayu seperti yang berlaku terhadap lagu-lagu moden.

'Untuk' menjadi 'tuk' jadah apa.

Ahad, 10 September 2017

AUDREY HEPBURN - SI KURUS YANG BERPENGARUH WALAUPUN SELEPAS MATI

Saja saya menulis sesuatu yang tidak ada dasarnya. Ertinya tidak menepati mana-mana isu yang terkini mahupun yang terhangat. Terlalu mengikut arus juga bukanlah sesuatu yang menarik untuk diamalkan.

Saya ingin bercerita ringkas tentang seorang gadis manis yang terkenal di Hollywood pada era 60-an. Namanya Audrey Hepburn. Saya beberapa kali menemukan namanya di internet, terutama di YouTube. Namun, tidak tertarik untuk mengambil tahu tentangnya, sehinggalah pada suatu hari saat saya tiba-tiba tergerak hati untuk mendengar lagu-lagu malar segar Inggeris. Dan, saya menemukan beliau yang menyanyikan sebuah lagu yang sangat menarik. Malahan, beliau menyanyikannya sendiri. 

 
Lagu tersebut berjudul Moonriver.




Berjaya memenangi lagu asal terbaik di Anugerah Oscar, lagu ini merupakan ciptaan Henry Mancini. Kenal beliau ? Tidak ?

Isnin, 4 September 2017

YA RABBI YA - 'CATCHY' YANG MENJADI

Dalam keadaan sempadan muzik semakin menipis dan menghilang, terlalu banyak elemen muzik yang aneh dan mengujakan menerobos masuk ke dalam negara seraya menentukan trend-trend terkini muzik di negara kita.

Sedangkan pada tahun 80-an dahulu pun kita dapat saksikan betapa elemen muzik dari luar sangat mempengaruhi industri muzik negara kita, inikan pula pasca tahun 2000. Tentulah jauh lebih besar dan hebat.

Melihat kepada situasi, saya kira pendekatan Kumpulan Inteam dalam penghasilan lagu berunsur ketuhanan dengan pendekatan muzik moden sangat kena pada tempatnya. Ya, kita tak akan dapat lari daripada cakap-cakap yang tidak habis membicarakan tentang elemen muzik yang dibenarkan di dalam agama. Namun, adalah jauh lebih teruk jika kita membiarkan anak-anak muda kita tersasar dengan muzik yang tidak berhala tuju dan mengarut. Tengoklah budak-budak Raver, nak ke mana joget sotong bangangnya itu ? Karut, bukan ?

Rabu, 10 Mei 2017

HARI YANG MALAS

Itu biasalah.

Ada hari kita terasa hendak bermalas.


Kita malas hendak bangun dari katil.
Kita malas hendak masak.
Kita malas hendak kemas rumah.
Kita malas hendak mandi.
Kita bahkan malas hendak makan.
Lebih kurang ajar, kita malas hendak sembahyang.

Mungkin Bruno Mars boleh mendefinisikan kemalasan anda melalui sebuah lagu.

Adakah kemalasan itu sesuatu yang indah ?

Sebenarnya tidak.

Tengoklah Bruno Mars sendiri. Lagu tentang malas hanya ada satu. Bermakna dia sendiri malas hendak buat lagu malas yang baharu. Keh keh keh.


Sabtu, 15 April 2017

STARMAN (DAVID BOWIE)

Saya bukanlah seorang peminat tegar David Bowie. Bahkan David Bowie ini saya kenal ketika beliau berlakon di dalam sebuah filem arahan Christopher Nolan yang berjudul The Prestige (2006).

David Bowie
Tidaklah diketahui sama ada pada ketika itu, beliau sedang menjalani rawatan penyakit kansernya atau tidak. Yang penting, para peminat setianya tidak sedar bahawa beliau sedang sakit, dan hal itu amat membuatkan mereka semua terkilan.

Diakui ramai  bahawa David Bowie adalah salah seorang artis yang tidak menyombong dengan wartawan mahupun pengacara TV. Hal itu menyebabkan beliau dihormati dan disayangi ramai.

Dalam banyak-banyak lagunya itu, saya paling sukakan lagu ini.




Lagu ini telah dijadikan runut bunyi untuk filem The Martian arahan Ridley Scott.

P/s: David Bowie telah meninggal dunia pada 10 Januari 2016.

Jumaat, 21 Ogos 2015

GRAND THEFT AUTO 5

Salam sejahtera kepada semua hardcore gamers di luar sana yang jari-jemari mereka menaip papan kekunci bak air hujan turun merintik dari langit. Err...apa maksudnya tu ye ? Laju dan tampak berwibawa kut...

Ok. Just a sharing.

Percaya ataupun tidak, antara faktor seseorang itu meng'upgrade' komputer mereka adalah untuk bermain game. Satu-satu game itu memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk membolehkan gama itu berjalan dengan smooth macam pasir pantai mengalir semula ke laut setelah dipukul ombak. Alangkah smoothnya...

Salah satu game yang memerlukan spesifikasi yang tinggi adalah game ini - Grand Theft Auto 5.



Kalau anda semua biasa dengan PC dan sistem-sistemnya, paling kurang anda mesti pernah dengar orang bertanya, "Pc kau ni pentium berapa ?" Itu maknanya dia bertanya tentang processor. Setakat ini, yang paling dicari-cari ialah Intel i5 dan i7. Tapi, itu belum mencukupi rupanya. Pertanyaan selanjutnya pula ialah, "RAM nya berapa ?" Setakat ini, yang saya tau RAM paling tinggi ialah DDR3 maksimum 4GB. Jadi, kalau PC itu ada 4 slot untuk memasang kad memori RAM itu, maka yang paling best ialah kesemua slot itu dipenuhkan dengan RAM 4GB. Uihhh..., tak cukup lagi rupanya. Lepas RAM dah setel, orang akan melanjutkan pertanyaan lagi, "Graphic card kau pakai apa ?" Haa... ini dah masuk bab jenama graphic card pulak. Yang paling dominan dah tentulah Nvidia dan Ati Radeon. Jika ada kompeni lain yang hendak buat graphic card, mereka tetap akan memasang cip sama ada nvidia mahupun ati radeon. Antara kompeni tersebut ialah Asus dan MSI. Kedua-duanya ni sangat popular. 

Setel bab tu, barulah kita masuk perihal gamenya pulak.

Grand Theft Auto 5 seolah-olah mengenang kembali Grand Theft Auto:San Andreas yang diterbitkan pada tahun 2004. GTA San Andreas dikenang oleh para gamers sebagai salah satu game terbaik yang pernah Rockstar hasilkan dengan konsep 'real-world' dan 'storyline' yang sangat baik. Walaupun begitu, GTA 5 (2013) telah mencapai hasil yang jauh lebih baik daripada San Andreas apabila Rockstar mengambil keputusan untuk menggunakan kembali model bandar San Andreas (bayangan San Francisco) untuk penceritaannya. Pulak tu, dia tambah pulak watak utamanya jadi 3 orang -  masing-masing dengan masalah sendiri yang akan mempengaruhi misi yang akan kita lalui. Tidak seperti GTA San Andreas, wataknya hanya seorang saja, iaitu Carl Johnson yang menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan keluarganya tanpa khabar berita sehinggalah dia tak mengetahui bahawa ibunya telahpun meninggal dunia.

Carl 'CJ' Johnson
GTA 5 pulak mengetengahkan 3 protagonis utama iaitu Franklin Clinton, Michael Townley / De Santa dan Trevor Philips.

Dari kiri: Trevor Philips, Franklin Clinton & Michael Townley
Menariknya tentang ketiga-tiga watak ini, kesemua mereka diketemukan melalui misi-misi spesifik. Sampaikan pada satu-satu masa, kita akan diminta untuk mengawal mereka bertiga dalam satu misi yang sama, terutama yang melibatkan rompakan ataupun perbuatan jenayah terancang. Ya, di dalam Grand Thef Auto, kita ada dua jenis jenayah. Yang pertama, jenayah spontan dan kedua, jenayah terancang. Jenayah spontan tu termasuklah kita menumbuk tak tentu pasal orang awam yang sedang lalu-lalang. Merempuh kereta orang lain, malah menembak orang lain tanpa niat yang lurus. Selepas jenayah seperti itu dilakukan, anda akan menerima bintang 'wanted'. Sejurus selepas itu, bermulalah episod kejar-mengejar di antara anda dan juga anggota polis. Kalau bintang anda bertambah banyak (boleh jadi 4-5 terus kalau anda bunuh polis), anda bukan saja akan dikejar dengan kereta, malah helikopter khas siap dengan penembak tepat yang akan menuju peluru maut ke kepala anda. 

Bagi jenayah terancang pula, anda akan laluinya di dalam misi-misi khas. Kebiasaannya, jenayah terancang akan cuba dijustifikasikan oleh watak di dalam game tersebut. Oleh itu, kita selaku pemain akan melihat bahawa si jahanam bertiga ini sebagai 'mulia' dan penguatkuasa pula sebagai 'celaka yang mesti dihalang'. Itu 'trademark' Grand Theft Auto. Jenayah terancang ini kebiasaannya melibatkan duit dengan jumlah yang sangat banyak, seperti merompak bank ataupun mencuri dokumen rahsia kerajaan.

GTA 5 juga cuba melihat isu korupsi dalam kalangan penguatkuasa mahupun penegak keadilan. Kerana itu, kita akan diketemukan dengan watak-watak penting yang datang dari organisasi besar US iaitu FBI (dalam game ditukar kepada FIB) yang korup dan menggunakan penjenayah untuk kerja kotor mereka dan menghapuskan bukti penyiasatan. Dalam pada itu, percayalah bahawa kita akan mula merasakan yang seolah-olah orang seperti ini ada di dalam negara kita dan sedang melakukan perkara yang sama. Apa macam ? Psiko tak ? Hehehe...

Lester The Mastermind

Kekuatan game ini pada jalan cerita, kawalan game dan juga grafik. Grafiknya memang mengancam. Kalau anda memiliki monitor PC yang bersaiz besar, ditambah pulak dengan kad grafik yang kaw-kaw punya power, memang puas hati. Cuma persoalannya sekarang, adakah anda biasa bermain game dengan corak 'third-person view' ? Kalau anda jenis suka game 'first-person view', anda mungkin akan sedikit kekok mengawal wataknya. Oleh sebab itulah, tim pembangunnya memasukkan juga pilihan untuk bermain dengan cara 'first-person view'.

Bermain dengan 'third-person view'

Bermain dengan 'first-person view'
Pengalaman saya bermain game dengan 'third-person view' ini bermula dengan game Silent Hill : Homecoming. Itupun sekitar tahun 2007. Tapi untuk 'first-person view', saya dah biasa sejak dari tahun 90-an di mana ketika itu game Wolf 3D dan Doom sedang bermaharajalela. Untuk game siri GTA pula, saya setakat ini hanya bermain dua siri, iaitu GTA San Andreas dan juga GTA 5 yang baru ini. Kedua-dua ini sajalah yang sangat saya gemari. Jadi, saya tak bolehlah tergolong sebagai peminat tegar siri GTA. Hehehe...

Kalau game ini diberi penilaian untuk tontonan, saya yakin sekali bahawa penilaian yang akan diberi ialah 18PL. Sebab apa ? Sebab game ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan seks yang tidak keterlaluan. Oleh itu, this game is definitely not for children below 18. Ini belum campur dengan perbualan antara watak yang penuh dengan carut-marut tipikal American.

Franklin Clinton
"Look homie, I don't mind dying, you feel me? But I just wanna die with something that matters."
― Franklin Clinton

Michael Townley/De Santa
"You wake up one day, and your legs, they just give. You can't run anymore."
― Michael De Santa
Trevor Philips
"This is my life's work. I mean since I was a little kid I-I dreamt big. Y'Know, I've always wanted to be an international drug dealer and... weapons trader."
―Trevor Philips 

Kesimpulannya, kalau anda ada sebuah PC yang power, bolehlah cuba meng'install' game ini dan henyak sampai habis. Saya tak boleh jamin anda akan tidur awal selepas bermula. Hihihi...