Khamis, 23 Julai 2020

BUKAN ANAK ZAHID YANG PAKAI TAG MERAH

Beberapa hari yang lepas kita di'bengang'kan dengan laporan viral di mana ada seorang perempuan berstatus mak cik keluar minum dengan senang hatinya sedangkan di pergelangan tangannya terdapat tag rasmi yang menyatakan bahawa mak cik ini sedang menjalani kuarantin WAJIB. 
WAJIB tau. Bukan HARUS. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia telah terkena jangkitan ketika berada di luar negara.


Dan YA !!! Dia terkena jangkitan. Jadi apa sial batang tubuh kau tu sudah WAJIB dikuarantin tetapi kau galak minum teh tarik di kedai makan. Sangap teh tarik ke ? Buat sendiri di rumahlah woi.

Oh ya.

Dalam pada orang awam bengang dengan mak cik tersebut, secara tiba-tiba tak ada angin dan ribut seorang yang sesekali kita boleh katakan dia adalah mangkok hayon berbasa-basi di laman IG dengan tulisan seperti berikut:



Lu sembang apa, minah ??? Macam tak ada otak ja bila menulis tu. Menulis sambil makan kuaci ke ? Mesti seketul kuaci tu tersedut ke kepala otak kau sampai jadi tak berapa cerdik menulis. 

Orang tu sedang terima rawatan, bingai. Nak dakwa apanya. Lepas dia sembuh dan dibenarkan keluarlah baru dia didakwa.

Kau pun itu hari siap ada peguam segala bagai bila didakwa tau. Penyudah kena RM800 sebab peguam kau 'cerdik' pakai hujah kau 'dijemput', bukan datang tak diundang. Orang awam yang kena tahan tu semuanya telan bulat-bulat RM1000 yang dihenyak ke atas diorang. Panjang-panjangkanlah akal awak tu bila nak berbunyi ya.

Kau pun. Agaknya kau berdendam ya dengan netizen sebab itu hari kena taji sebab langgar PKP. Kah kah kah. 

Buat malu 'binti ahmad zahid'lah kau ni minah. 

Nanti bila mak cik tu mula didakwa, kau bayarkanlah khidmat peguam untuk mak cik tu. Baru sama-sama masuk geng langgar perintah kerajaan. Ke guane ? Puih.


BACA JUGA:

IPOH - Lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya di sini terkesan berikutan penularan gambar seorang wanita memakai gelang pengesanan kuarantin koronavirus (Covid-19) berwarna merah jambu sejak dua hari lalu apabila jumlah pelanggan ke premis mereka semakin berkurangan.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.

Menurutnya, bukan itu sahaja, jumlah pengunjung ke Bandar Meru Raya juga dilihat semakin menyusut dipercayai akibat kebimbangan orang ramai dengan berita mengenai kehadiran 'mak cik gelang pink' itu.

"Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya netizen yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini semalam.

Nizam berkata, pemilik premis tidak harus dipersalahkan di atas sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang enggan mematuhi arahan kuarantin ditetapkan.

Mengulas lanjut katanya, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut kerana perbuatannya menjejaskan perniagaan di sekitar Bandar Meru Raya sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, pihak kelab bersama-sama pemilik kedai terlibat mendapatkan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai terbabit.

Semalam, seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. [1]

Sumber:

[1] 100 peniaga terjejas gara-gara 'mak cik gelang pink'

 

Tiada ulasan: