Rabu, 22 Julai 2020

MENCONTENG MURAL DAN SEBUAH HARGA DIRI

Ketika sebuah penghargaan dari marhaen kepada pemimpin disampaikan dengan cara yang sangat indah, kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia masih punya harga diri dalam menghargai jasa dan pengorbanan. Kerana itu, sebuah mural agam diabadikan pada sebuah dinding untuk diperkenalkan kepada dunia, bahawa mereka bersama kita ketika kita buntu dan keliru.

Ya, untuk seketika, saya persetankan sahaja ceritera politik yang tidak berkesudahan. Penggila kuasa dan kedudukan ada di mana-mana, dan mereka tidak terpakai dalam usaha untuk mengekang sebuah wabak. Penjawat awamlah yang bertungkus-lumus membanting tulang menggerakkan segala kerja. Oleh itu, pada mural agam itu terpaparlah wajah Ketua Pengarah Kesihatan kita yang dikasihi bersekali dengan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan beberapa orang lagi pemimpin kerajaan.

Everything looks good, bak kata orang putih. Agong datang, KP Kesihatan pun datang, orang ramai memuji dan semuanya nampak cantik pada awalnya. Sehinggalah datang laporan berita di mana mural agam itu telah diconteng oleh manusia-manusia puaka.


Kalaulah mural itu merupakan kata-kata hikmat umum seperti di sekolah, mungkin ceritanya lain. Ini adalah mural yang memaparkan wajah pemimpin negara, terutama YDPA. Apabila diconteng dengan perkataan-perkataan keji, kita tahulah bahawa sama ada orang yang menconteng itu gila, kekurangan nutrisi perkembangan otak, terlebih dos ubat batuk,  atau sangap politik sampai tak reti beza tempat untuk melepas rasa. Kenapa kau tak kencingkan saja dinding tu ? Sekurang-kurangnya yang tinggal bau hancing saja, tak adalah tulisan-tulisan karut tersebut.

Oh, saya terlupa, awak yang menconteng itu perempuan rupanya. Mana ada hos nak ditala ke dinding itu, ye tak ? Kalau tak ada hos, apa kata awak berak dekat dinding itu, lepas itu, angkat tahi itu dengan kedua-dua tangan awak dan sapukan tahi itu ke dinding, baru betul pelaku vandalisme sejati. Perempuan penconteng mural, di mana mereka letakkan harga diri mereka sebagai manusia matang ? Tak ada bezanya mereka berdua itu dengan lelaki-lelaki gila yang menconteng gambar tetak dan vagina di dalam tandas lelaki sambil meninggalkan nombor telefon mereka dengan harapan akan ada perempuan yang menelefon dan menawarkan kedua-dua benda itu kepada mereka. Kau tu conteng dekat tandas lelaki, bangang! Perempuan mana yang hendak tengok benda tu semua melainkan yang masuk itu perempuan jadi-jadian. Ok, saya sedikit tersasar.


Mungkin kalau mereka berani buat kenyataan, mereka akan mempertikaikan beberapa individu di dalam mural tersebut yang sering digelar oleh musuh politik mereka sebagai 'orang kerajaan tebuk atap'. Pun begitu, ada ceritanya pada Ketua Pengarah Kesihatan ? Dia mana ada kena-mengena dalam hal politik ? Selama ini dia elok saja bekerja dengan jawatannya. 

Sebelum beliau diangkat menjadi hero negara dek kerana wibawa dan ketenangan beliau dalam menyampaikan kemaskini maklumat tentang penularan COVID-19 dan langkah-langkah yang diambil KKM, sudah banyak kali beliau bersuara di laman sosial menasihati rakyat Malaysia supaya tidak tertipu dengan produk yang menawarkan keajaiban penyembuhan kepada pembeli. Begitu juga darihal suntikan vaksin yang sering di'yahudi'kan oleh segolongan manusia yang entah dari mana asal-muasalnya. KP Kesihatan sudah lama bekerja. Lama sebelum cerita politik 'aneh' melanda negara kita. Kenapa gambar beliau juga turut jadi mangsa ?

YDPA. Kenapa dengan YDPA ? Kau ingat YDPA itu ketua cawangan parti politik jilatan kau ke ? Itu raja, tahu ? Raja Melayu. Raja Melayu melampaui sebarang jawatan politik. Segala pesan-pesan adalah untuk semua ahli politik. Kalau awak menconteng mural Agong kerana dendam politik, bererti awak bodoh kalah lembu. 

Mungkin, saya kata mungkin ya, bahawa pelaku vandalisme ini kurang kasih sayang mak bapak. Apabila kurang kasih sayang mak bapak, mereka mahukan perhatian dengan cara yang aneh. Cuma perempuan berdua ini penakut sebab conteng di waktu malam. Kalau kau anak jantan (?) conteng waktu sianglah. 

Ptuih.

Kita harapkan agar mereka berdua dapat ditangkap dengan segera dan kasi tayang muka masing-masing sebab kalau kau orang berani conteng muka arang, apa salahnya conteng arang ke muka sendiri, kan?

Tiada ulasan: