Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2018

DJANGO UNCHAINED, SEBUAH LAGU DAN CERITERA PEMBEBASAN JIWA

Saya bukan peminat filem Quentin Tarantino. Tetapi saya selalu mendengarkan orang bercakap tentang filemnya yang satu ini (iaitu Django Unchained), bersama-sama dengan Pulp Fiction serta Inglourious Basterds. Pulp Fiction kerana dua watak utamanya yang aneh. Manakala Inglourious Basterds dan Django Unchained pula adalah kerana pelakon pembantunya iaitu Christoph Waltz yang cemerlang dengan wataknya lalu melayakkan dirinya memenangi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk kedua-dua filem tersebut.


Ianya mengenai kisah seorang hamba kulit hitam yang 'dibebaskan' oleh seorang 'bounty hunter' yang sedang mencari sekumpulan lelaki yang dikehendaki dengan tawaran wang. Memandangkan si kulit hitam yang bernama Django itu tahu tentang kumpulan lelaki tersebut kerana mereka pernah menjadi tuannya, maka 'bounty hunter' yang bernama Dr. King Schultz (Christoph Waltz) menyelamatkannya daripada dijual kepada tuan lain dan membawanya bersama untuk mencari kumpulan lelaki tersebut.

Saya tak berhajat hendak berpanjang lebar tentang ceriteranya, tetapi saya mahu berkongsi sebuah lagu latar yang menghiasi satu babak di dalam filemnya. Lagu tersebut berjudul 'I Got A Name'. Ianya dinyanyikan oleh Jim Croce.


Isnin, 30 Julai 2018

NAK DARA RINDU

Nah, saya mahu santai-santai sahaja.

Kalau kita biasa menonton filem P.Ramlee, kita pasti pernah menonton salah sebuah filemnya yang sangat terkenal, iaitu Bujang Lapok.



Merupakan cubaan pertama P.Ramlee dalam mengarah filem bercorak komedi, dan tuah menyebelahinya. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sekaligus mengangkat beliau sebagai pengarah filem serba boleh.

Menariknya lagi, lagu-lagu yang menghiasi perjalanan filem ini dicipta oleh beliau. Namun, 'arrangement' oleh gurunya Yusof B. Lirik pula ditulis oleh S. Sudarmadji.

Antara lagu yang dikenang ramai adalah Nak Dara Rindu. Oh, apa yang tidak romantiknya. Duduk di jendela bersaksikan bulan mengambang sambil mengalun senandung cinta seperti itu. Ditambah pula dengan diperhatikan oleh seseorang yang dalam diam telah jatuh hati kepada kita.

Sempurna.
Lagu yang sempurna.

P.Ramlee



Video di atas adalah lagu asal Nak Dara Rindu yang dirakam untuk tayangan filem. Kemudian, ia dirakam semula dalam bentuk piring hitam. 



Pada pendapat saya, versi rakaman filem jauh lebih lunak dan merdu berbanding rakaman piring hitam. Kemudian, judul Nak Dara Rindu ini tidak tamat pada P.Ramlee sahaja. Malah, ia dinyanyikan pula oleh penyanyi lagu tradisional era 80-an yang terkenal, iaitu Andre Goh. Hah, Andre Goh bukan penyanyi Melayu ya, sebaliknya penyanyi Cina.

Kalau sekarang, lebih kurang macam Elizabeth Tan. Cuma, beliau menyanyikan lagu moden dan sering menyanyikan semula lagu orang dalam bentuk dan gayanya sendiri.

Andre Goh


Suara Andre Goh yang lembut dan merdu itu berjaya menaikkan lagi semangat atau roh lagu Nak Dara Rindu, sekaligus membuktikan bahawa lagu tersebut berupaya merentas zaman dan terus diminati orang.

Namun begitu, ada juga penyanyi lain yang mendendangkan lagu Nak Dara Rindu. Tetapi, bukan lagu yang sama. Cuma judulnya sahaja yang serupa. Penyanyi tersebut ialah Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Haisy, siapa yang tak kenal Ahmad Jais. Setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri, lagunya pasti berkumandang di radio.

Nah, ini versi beliau. Dan kalau anda tidak jatuh cinta dengan lagu ini, anda bukan Melayu sejati.

Ahmad Jais



Saya tak ketemukan maklumat pencipta lagu Nak Dara Rindu versi Ahmad Jais ini. Boleh jadi Ahmad Nawab, S. Atan, atau Kassim Masdor.

Apa yang saya boleh katakan, komposer terdahulu telah meninggalkan khazanah lagu-lagu klasik yang tidak bergalang ganti. Liriknya tersusun indah dan tidak merapu-merepek serta melanggar hukum-hakam tatabahasa Melayu seperti yang berlaku terhadap lagu-lagu moden.

'Untuk' menjadi 'tuk' jadah apa.

Ahad, 10 September 2017

AUDREY HEPBURN - SI KURUS YANG BERPENGARUH WALAUPUN SELEPAS MATI

Saja saya menulis sesuatu yang tidak ada dasarnya. Ertinya tidak menepati mana-mana isu yang terkini mahupun yang terhangat. Terlalu mengikut arus juga bukanlah sesuatu yang menarik untuk diamalkan.

Saya ingin bercerita ringkas tentang seorang gadis manis yang terkenal di Hollywood pada era 60-an. Namanya Audrey Hepburn. Saya beberapa kali menemukan namanya di internet, terutama di YouTube. Namun, tidak tertarik untuk mengambil tahu tentangnya, sehinggalah pada suatu hari saat saya tiba-tiba tergerak hati untuk mendengar lagu-lagu malar segar Inggeris. Dan, saya menemukan beliau yang menyanyikan sebuah lagu yang sangat menarik. Malahan, beliau menyanyikannya sendiri. 

 
Lagu tersebut berjudul Moonriver.




Berjaya memenangi lagu asal terbaik di Anugerah Oscar, lagu ini merupakan ciptaan Henry Mancini. Kenal beliau ? Tidak ?

Isnin, 24 Ogos 2015

FILEM MENGGANGGU JIWA

Salam sejahtera.

Sesekali, saya juga suka menulis tentang filem yang saya tonton. Ada di antaranya yang sangat mengganggu jiwa dan sangat sukar untuk ditonton. Tulisan kali ini pernah saya terbitkan di 'timeline' Facebook saya. Saya kira, menulisnya semula di sini juga baik kerana di kemudian hari, ianya mungkin boleh sampai kepada khalayak pembaca yang lebih besar.

Pernah tonton filem yang mengganggu jiwa ?

'Suamiku Encik Perfect 10' bukanlah filem mengganggu jiwa. Apatah lagi 'Dua Hati Satu Jiwa'. Walaupun ada 'jiwa' di hujungnya, ianya tidaklah mengganggu jiwa, sebaliknya mungkin pengarahnya yang sakit jiwa.

Kalaupun produser filemnya Khalid Mohamad Jiwa, belum tentu filem yang dihasilkan akan mengganggu jiwa.

Hakikatnya, ada banyak filem yang telah diharamkan tayangannya (terutamanya di negara kita) kerana penceritaannya yang sangat 'mengganggu jiwa' badan penapisan filem. Berdasarkan pertimbangan moral dan budaya setempat, maka banyak filem diharamkan.

Dan.

Saya melalui rakan-rakan yang kaki filem telah dapat menonton filem-filem seperti ini. Ya, kami juga sangat terganggu jiwa raga apabila selesai menonton filem-filem ini. 

<A SERBIAN FILM, 2010>


 Diharamkan terus tanpa banyak bicara oleh lembaga penapisan filem kita, filem ini sejahat pemerintahan negaranya, Serbia. Saya tertanya-tanya, kenapa pengarahnya menamakan filemnya, A Serbian Film.

Setelah menonton dengan penuh kepayahan dan kesusahan, saya kira ada sedikit kefahaman di situ dari segi nilai moral (dah tentulah, dari mata kita, moral sudah habis ditelan lumat oleh kekejian penceritaanya). Tapi, dari pandangan rakyat Serbia sendiri, mereka menemukan sesuatu - kerajaan mereka pada hakikatnya telah meng'fucked-up' rakyat mereka sejak dari mereka dilahirkan sampailah mereka mati. Kerana itu, nama filem ini A Serbian Film.

Kita tentu masih ingat kekejaman Serbia terhadap Bosnia, begitulah jahatnya mereka, dan ada dari kalangan rakyat mereka yang waras turut sama terkena tempias kekejaman itu dengan merasakan bahawa mereka juga sedang diseksa lahir dan batin.

TETAPI.

Sudut pandang politik dan sosial ini diterjemahkan di dalam filem dengan sesuatu yang sangat keji dan salah dari segi undang-undang.

Prostitution (Pelacuran)
Necrophilia (keadaan psikologi yang terangsang untuk berhubungan seks dengan mayat)
Child Rape (rogol kanak-kanak)
Sodomy (liwat)

Kesemuanya adalah sejahat-jahat perbuatan. Tapi itulah yang dipaparkan, dengan teknik sinematografi yang sangat celaka sama sekali. Dan kesemuanya itu adalah kononnnya ingin menggambarkan kekejaman kerajaan Serbia terhadap rakyatnya.

Kisahnya mudah.

Seorang pelakon porno yang hilang punca pendapatan menerima tawaran aneh daripada seorang pengarah filem 'art' dengan bayaran yang sangat lumayan. Tetapi, si pengarah tidak memperincikan filem yang akan dilakonkannya. Tapi si pengarah berjanji, ianya berbaloi.



Janji hanyalah kata-kata manis.

Setelah si pelakon mengetahui yang si pengarah adalah seorang gila yang menghasilkan filem di luar batasan dan kewarasan manusia (apabila ditontonkan kepadanya adegan seorang manusia celaka merogol seorang bayi (nauzubillah))

Si pelakon dengan pertimbangan akalnya yang masih waras, bertindak meninggalkan tim produksi filem itu, tetapi tidak lama. Dia terlebih dahulu telah terminum air yang diisi dengan ubat berbahaya yang membuatkan dirinya hilang kawalan. 



Setelah hilang kawalan, si pengarah telah mengeksploitasi si pelakon semahu-mahunya.
Seterusnya, hanyalah kekejian demi kekejian yang berlaku. Paling malang, anak dan isterinya terheret sama ke dalam kecelakaan produksi itu yang rupa-rupanya menghasilkan 'snuff film' yang salah di sisi undang-undang.



Tapi, bagi si pengarah, undang-undang negaranya hanya untuk kepentingan pemerintah, bukan memelihara rakyat. Jadi, peduli apa dengan undang-undang. Lebih teruk lagi, adik si pelakon yang merupakan seorang polis terbabit sama (konon ingin menggambarkan bahawa pihak berkuasa juga tidak berguna sama sekali).

Di awal filem, ianya seolah-olah seperti 'family film' yang bahagia dengan sedikit babak 18sx. Hal itu konon menggambarkan bahawa dari luaran, rakyat Serbia aman di bawah pemerintahan kerajaannya. Kemudian, pertengahan filem hinggalah ke akhirnya, kecelakaan demi kecelakaan ditonjolkan dan kononnya itulah hakikat yang berlaku di sebalik 'keamanan'. Terseksa dan menderita.



Produser dan Pengarah = Kerajaan
Polis (adik pelakon), dan tim produksi filem = Pihak berkuasa
Si pelakon, isteri dan anaknya = rakyat bawahan

Ini adalah filem 'Horror' bercampur 'gore'. Bukan untuk ditonton bersama keluarga. Dan, lebih baik tak payah tonton.

<CANNIBAL HOLOCAUST, 1980>


 Saya menonton filem ini lebih awal daripada A Serbian Film. 

Secara jujurnya, filem ini secara realitinya jauh lebih keji daripada A Serbian Film. Kerana apa ? Kerana meskipun A Serbian Film itu sangat ganas dan ngeri, tapi kesemuanya adalah set dan kostum, dicampur dengan teknik sinematografi yang baik dan mencengkam.

Tetapi, di dalam Cannibal Holocaust, beberapa pembunuhan benar-benar berlaku, walaupun ianya adalah haiwan. Untuk pengetahuan, tidak ada negara dan industri filem yang membenarkan penerbit filem membunuh apa jenis haiwan sekalipun (yang dipaparkan secara nyata).



Di dalam filem ini, antara haiwan yang terbunuh ialah:

a) Monyet (Dikerat kepalanya)
b) Coatimundi (Di dalam filem disebut muskrat)
c) Kura-kura (babak yang sangat popular dan menggelikan)
d) Ular
e) Tarantula
f) Khinzir

Para pelakon yang melakonkan babak pembunuhan haiwan-haiwan ini sememangnya sedih dan menyesal selepas babak itu selesai, terutamanya khinzir dan kura-kura. Mereka adalah pelakon, bukan pemburu binatang terlatih.



Cannibal Holocaust kononnya mempersoalkan ketamadunan dan nilai-nilai murni masyarakat moden yang kian terhakis. Di sebalik dunia yang semakin maju dan moden, masih wujud manusia-manusia pribumi di tengah hutan mengamalkan kanibalisme (memakan daging manusia lainnya). Dalam hal mereka ini, selalunya apabila berlaku pergaduhan di antara puak-puak pribumi, mereka yang menang akan memakan daging yang kalah. Cara makannya sama ada dimasak ataupun dimakan mentah-mentah.


 Bagi puak pribumi ini, hal itu adalah biasa. Tetapi, yang menjadi susahnya adalah apabila manusia yang kononnya moden dan maju ini terjebak sama di dalam kanibalisme. Sifat kanibal yang kasar, keji, kejam, dan tidak berperikemanusiaan hanya tertunjuk apabila mereka benar-benar terancam, bukan sepanjang masa begitu.



Akan tetapi, di dalam filem ini, para manusia moden yang hendak menjejaki puak kanibal telah melakukan banyak perkara tidak senonoh dan kejam. Mereka malah cuba merogol salah seorang wanita daripada puak kanibal itu. Itu tidak diambil kira lagi amalan seks bebas yang diamalkan oleh mereka. Bogel sesama sendiri adalah biasa bagi si kanibal yang mundur. Tetapi apabila manusia moden berkelakuan begitu, siapa yang lebih teruk ?

Nilai-nilai moral dipersoalkan di dalam filem ini, tetapi penonjolannya pada aktiviti kanibalisme yang dijalankan. Justeru, ianya jijik dan menjelikkan.

Untuk dekad 80-an, sinematografi filem ini sangat mengagumkan pengarah filem lain ketika itu. Ianya menggemparkan dunia perfileman sehingga pengarahnya ditangkap dan didakwa atas dakwaan menghasilkan 'snuff film' (filem yang merakamkan aksi pembunuhan secara nyata).

Ini baru dua filem yang saya tonton. Masih bersepah lagi filem bercorak seperti ini yang dihasilkan di luar sana. Ada yang membawa jalan cerita yang baik, malah ada juga yang sampah tetapi cuba mengaut keuntungan daripada khalayak penggemar filem ganas dan ngeri (horror & gore).

Kesimpulannya, filem seperti ini cuba membawa mesej nilai moral yang diinjak dan dibakulsampahkan oleh manusia itu sendiri, sehingga kita terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang di luar batasan pemikiran waras manusia yang berakal. Jika dari sudut kerohanian, nyatalah jiwa manusia seperti ini telah mati daripada menerima cahaya kebenaran. Mereka sebaliknya menerima keganasan, penindasan, buas, kekejaman dan kekejian sebagai cara hidup untuk dipraktikkan. 

Sama ada dari sudut politik dan kehidupan sosial, kebanyakan daripada kita benar-benar keji.
Filem-filem seperti ini adalah interpretasi, tetapi dengan cara yang sangat memualkan. Dan, bukan semua di antara kita dapat menghadam dan menerima bahawa ianya adalah hakikat daripada sebahagian kehidupan manusia, hamba Tuhan yang banyak melampaui batas.