Salam sejahtera.
Sesekali, saya juga suka menulis tentang filem yang saya tonton. Ada di antaranya yang sangat mengganggu jiwa dan sangat sukar untuk ditonton. Tulisan kali ini pernah saya terbitkan di 'timeline' Facebook saya. Saya kira, menulisnya semula di sini juga baik kerana di kemudian hari, ianya mungkin boleh sampai kepada khalayak pembaca yang lebih besar.
Pernah tonton filem yang mengganggu jiwa ?
'Suamiku Encik
Perfect 10' bukanlah filem mengganggu jiwa. Apatah lagi 'Dua Hati Satu
Jiwa'. Walaupun ada 'jiwa' di hujungnya, ianya tidaklah mengganggu jiwa,
sebaliknya mungkin pengarahnya yang sakit jiwa.
Kalaupun produser filemnya Khalid Mohamad Jiwa, belum tentu filem yang dihasilkan akan mengganggu jiwa.
Hakikatnya, ada banyak filem yang telah diharamkan tayangannya
(terutamanya di negara kita) kerana penceritaannya yang sangat
'mengganggu jiwa' badan penapisan filem. Berdasarkan pertimbangan moral
dan budaya setempat, maka banyak filem diharamkan.
Dan.
Saya melalui rakan-rakan yang kaki filem telah dapat menonton
filem-filem seperti ini. Ya, kami juga sangat terganggu jiwa raga
apabila selesai menonton filem-filem ini.
<A SERBIAN FILM, 2010>
Diharamkan terus tanpa banyak bicara oleh lembaga penapisan filem kita,
filem ini sejahat pemerintahan negaranya, Serbia. Saya tertanya-tanya,
kenapa pengarahnya menamakan filemnya, A Serbian Film.
Setelah
menonton dengan penuh kepayahan dan kesusahan, saya kira ada sedikit
kefahaman di situ dari segi nilai moral (dah tentulah, dari mata kita,
moral sudah habis ditelan lumat oleh kekejian penceritaanya). Tapi, dari
pandangan rakyat Serbia sendiri, mereka menemukan sesuatu - kerajaan
mereka pada hakikatnya telah meng'fucked-up' rakyat mereka sejak dari
mereka dilahirkan sampailah mereka mati. Kerana itu, nama filem ini A
Serbian Film.
Kita tentu masih ingat kekejaman Serbia terhadap
Bosnia, begitulah jahatnya mereka, dan ada dari kalangan rakyat mereka
yang waras turut sama terkena tempias kekejaman itu dengan merasakan
bahawa mereka juga sedang diseksa lahir dan batin.
TETAPI.
Sudut pandang politik dan sosial ini diterjemahkan di dalam filem
dengan sesuatu yang sangat keji dan salah dari segi undang-undang.
Prostitution (Pelacuran)
Necrophilia (keadaan psikologi yang terangsang untuk berhubungan seks dengan mayat)
Child Rape (rogol kanak-kanak)
Sodomy (liwat)
Necrophilia (keadaan psikologi yang terangsang untuk berhubungan seks dengan mayat)
Child Rape (rogol kanak-kanak)
Sodomy (liwat)
Kesemuanya adalah sejahat-jahat perbuatan. Tapi itulah yang dipaparkan,
dengan teknik sinematografi yang sangat celaka sama sekali. Dan
kesemuanya itu adalah kononnnya ingin menggambarkan kekejaman kerajaan
Serbia terhadap rakyatnya.
Kisahnya mudah.
Seorang pelakon porno yang hilang punca pendapatan menerima tawaran aneh daripada seorang pengarah filem 'art' dengan bayaran yang sangat lumayan. Tetapi, si pengarah tidak memperincikan filem yang akan dilakonkannya. Tapi si pengarah berjanji, ianya berbaloi.
Janji hanyalah kata-kata manis.
Setelah si pelakon mengetahui yang si pengarah adalah seorang gila yang menghasilkan filem di luar batasan dan kewarasan manusia (apabila ditontonkan kepadanya adegan seorang manusia celaka merogol seorang bayi (nauzubillah))
Si pelakon dengan pertimbangan akalnya yang masih
waras, bertindak meninggalkan tim produksi filem itu, tetapi tidak
lama. Dia terlebih dahulu telah terminum air yang diisi dengan ubat
berbahaya yang membuatkan dirinya hilang kawalan.
Setelah hilang kawalan, si pengarah telah mengeksploitasi si pelakon semahu-mahunya.
Seterusnya, hanyalah kekejian demi kekejian yang berlaku. Paling
malang, anak dan isterinya terheret sama ke dalam kecelakaan produksi
itu yang rupa-rupanya menghasilkan 'snuff film' yang salah di sisi
undang-undang.
Tapi, bagi si pengarah, undang-undang negaranya
hanya untuk kepentingan pemerintah, bukan memelihara rakyat. Jadi,
peduli apa dengan undang-undang. Lebih teruk lagi, adik si pelakon yang
merupakan seorang polis terbabit sama (konon ingin menggambarkan bahawa
pihak berkuasa juga tidak berguna sama sekali).
Di awal filem,
ianya seolah-olah seperti 'family film' yang bahagia dengan sedikit
babak 18sx. Hal itu konon menggambarkan bahawa dari luaran, rakyat
Serbia aman di bawah pemerintahan kerajaannya. Kemudian, pertengahan
filem hinggalah ke akhirnya, kecelakaan demi kecelakaan ditonjolkan dan
kononnya itulah hakikat yang berlaku di sebalik 'keamanan'. Terseksa dan
menderita.
Produser dan Pengarah = Kerajaan
Polis (adik pelakon), dan tim produksi filem = Pihak berkuasa
Si pelakon, isteri dan anaknya = rakyat bawahan
Polis (adik pelakon), dan tim produksi filem = Pihak berkuasa
Si pelakon, isteri dan anaknya = rakyat bawahan
Ini adalah filem 'Horror' bercampur 'gore'. Bukan untuk ditonton bersama keluarga. Dan, lebih baik tak payah tonton.
<CANNIBAL HOLOCAUST, 1980>
Saya menonton filem ini lebih awal daripada A Serbian Film.
Secara jujurnya, filem ini secara realitinya jauh lebih keji daripada A
Serbian Film. Kerana apa ? Kerana meskipun A Serbian Film itu sangat
ganas dan ngeri, tapi kesemuanya adalah set dan kostum, dicampur dengan
teknik sinematografi yang baik dan mencengkam.
Tetapi, di dalam
Cannibal Holocaust, beberapa pembunuhan benar-benar berlaku, walaupun
ianya adalah haiwan. Untuk pengetahuan, tidak ada negara dan industri
filem yang membenarkan penerbit filem membunuh apa jenis haiwan
sekalipun (yang dipaparkan secara nyata).
Di dalam filem ini, antara haiwan yang terbunuh ialah:
a) Monyet (Dikerat kepalanya)
b) Coatimundi (Di dalam filem disebut muskrat)
c) Kura-kura (babak yang sangat popular dan menggelikan)
d) Ular
e) Tarantula
f) Khinzir
b) Coatimundi (Di dalam filem disebut muskrat)
c) Kura-kura (babak yang sangat popular dan menggelikan)
d) Ular
e) Tarantula
f) Khinzir
Para pelakon yang melakonkan babak pembunuhan haiwan-haiwan ini
sememangnya sedih dan menyesal selepas babak itu selesai, terutamanya
khinzir dan kura-kura. Mereka adalah pelakon, bukan pemburu binatang
terlatih.
Cannibal Holocaust kononnya mempersoalkan ketamadunan
dan nilai-nilai murni masyarakat moden yang kian terhakis. Di sebalik
dunia yang semakin maju dan moden, masih wujud manusia-manusia pribumi
di tengah hutan mengamalkan kanibalisme (memakan daging manusia
lainnya). Dalam hal mereka ini, selalunya apabila berlaku pergaduhan di
antara puak-puak pribumi, mereka yang menang akan memakan daging yang
kalah. Cara makannya sama ada dimasak ataupun dimakan mentah-mentah.
Bagi puak pribumi ini, hal itu adalah biasa. Tetapi, yang menjadi
susahnya adalah apabila manusia yang kononnya moden dan maju ini
terjebak sama di dalam kanibalisme. Sifat kanibal yang kasar, keji,
kejam, dan tidak berperikemanusiaan hanya tertunjuk apabila mereka
benar-benar terancam, bukan sepanjang masa begitu.
Akan tetapi,
di dalam filem ini, para manusia moden yang hendak menjejaki puak
kanibal telah melakukan banyak perkara tidak senonoh dan kejam. Mereka
malah cuba merogol salah seorang wanita daripada puak kanibal itu. Itu
tidak diambil kira lagi amalan seks bebas yang diamalkan oleh mereka.
Bogel sesama sendiri adalah biasa bagi si kanibal yang mundur. Tetapi
apabila manusia moden berkelakuan begitu, siapa yang lebih teruk ?
Nilai-nilai moral dipersoalkan di dalam filem ini, tetapi penonjolannya
pada aktiviti kanibalisme yang dijalankan. Justeru, ianya jijik dan
menjelikkan.
Untuk dekad 80-an, sinematografi filem ini sangat
mengagumkan pengarah filem lain ketika itu. Ianya menggemparkan dunia
perfileman sehingga pengarahnya ditangkap dan didakwa atas dakwaan
menghasilkan 'snuff film' (filem yang merakamkan aksi pembunuhan secara
nyata).
Ini baru dua filem yang saya tonton. Masih bersepah lagi
filem bercorak seperti ini yang dihasilkan di luar sana. Ada yang
membawa jalan cerita yang baik, malah ada juga yang sampah tetapi cuba
mengaut keuntungan daripada khalayak penggemar filem ganas dan ngeri
(horror & gore).
Kesimpulannya, filem seperti ini cuba
membawa mesej nilai moral yang diinjak dan dibakulsampahkan oleh manusia
itu sendiri, sehingga kita terdorong untuk melakukan perkara-perkara
yang di luar batasan pemikiran waras manusia yang berakal. Jika dari
sudut kerohanian, nyatalah jiwa manusia seperti ini telah mati daripada
menerima cahaya kebenaran. Mereka sebaliknya menerima keganasan,
penindasan, buas, kekejaman dan kekejian sebagai cara hidup untuk
dipraktikkan.
Sama ada dari sudut politik dan kehidupan sosial, kebanyakan daripada kita benar-benar keji.
Filem-filem seperti ini adalah interpretasi, tetapi dengan cara yang
sangat memualkan. Dan, bukan semua di antara kita dapat menghadam dan
menerima bahawa ianya adalah hakikat daripada sebahagian kehidupan
manusia, hamba Tuhan yang banyak melampaui batas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan