Jumaat, 21 Ogos 2015

GRAND THEFT AUTO 5

Salam sejahtera kepada semua hardcore gamers di luar sana yang jari-jemari mereka menaip papan kekunci bak air hujan turun merintik dari langit. Err...apa maksudnya tu ye ? Laju dan tampak berwibawa kut...

Ok. Just a sharing.

Percaya ataupun tidak, antara faktor seseorang itu meng'upgrade' komputer mereka adalah untuk bermain game. Satu-satu game itu memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk membolehkan gama itu berjalan dengan smooth macam pasir pantai mengalir semula ke laut setelah dipukul ombak. Alangkah smoothnya...

Salah satu game yang memerlukan spesifikasi yang tinggi adalah game ini - Grand Theft Auto 5.



Kalau anda semua biasa dengan PC dan sistem-sistemnya, paling kurang anda mesti pernah dengar orang bertanya, "Pc kau ni pentium berapa ?" Itu maknanya dia bertanya tentang processor. Setakat ini, yang paling dicari-cari ialah Intel i5 dan i7. Tapi, itu belum mencukupi rupanya. Pertanyaan selanjutnya pula ialah, "RAM nya berapa ?" Setakat ini, yang saya tau RAM paling tinggi ialah DDR3 maksimum 4GB. Jadi, kalau PC itu ada 4 slot untuk memasang kad memori RAM itu, maka yang paling best ialah kesemua slot itu dipenuhkan dengan RAM 4GB. Uihhh..., tak cukup lagi rupanya. Lepas RAM dah setel, orang akan melanjutkan pertanyaan lagi, "Graphic card kau pakai apa ?" Haa... ini dah masuk bab jenama graphic card pulak. Yang paling dominan dah tentulah Nvidia dan Ati Radeon. Jika ada kompeni lain yang hendak buat graphic card, mereka tetap akan memasang cip sama ada nvidia mahupun ati radeon. Antara kompeni tersebut ialah Asus dan MSI. Kedua-duanya ni sangat popular. 

Setel bab tu, barulah kita masuk perihal gamenya pulak.

Grand Theft Auto 5 seolah-olah mengenang kembali Grand Theft Auto:San Andreas yang diterbitkan pada tahun 2004. GTA San Andreas dikenang oleh para gamers sebagai salah satu game terbaik yang pernah Rockstar hasilkan dengan konsep 'real-world' dan 'storyline' yang sangat baik. Walaupun begitu, GTA 5 (2013) telah mencapai hasil yang jauh lebih baik daripada San Andreas apabila Rockstar mengambil keputusan untuk menggunakan kembali model bandar San Andreas (bayangan San Francisco) untuk penceritaannya. Pulak tu, dia tambah pulak watak utamanya jadi 3 orang -  masing-masing dengan masalah sendiri yang akan mempengaruhi misi yang akan kita lalui. Tidak seperti GTA San Andreas, wataknya hanya seorang saja, iaitu Carl Johnson yang menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan keluarganya tanpa khabar berita sehinggalah dia tak mengetahui bahawa ibunya telahpun meninggal dunia.

Carl 'CJ' Johnson
GTA 5 pulak mengetengahkan 3 protagonis utama iaitu Franklin Clinton, Michael Townley / De Santa dan Trevor Philips.

Dari kiri: Trevor Philips, Franklin Clinton & Michael Townley
Menariknya tentang ketiga-tiga watak ini, kesemua mereka diketemukan melalui misi-misi spesifik. Sampaikan pada satu-satu masa, kita akan diminta untuk mengawal mereka bertiga dalam satu misi yang sama, terutama yang melibatkan rompakan ataupun perbuatan jenayah terancang. Ya, di dalam Grand Thef Auto, kita ada dua jenis jenayah. Yang pertama, jenayah spontan dan kedua, jenayah terancang. Jenayah spontan tu termasuklah kita menumbuk tak tentu pasal orang awam yang sedang lalu-lalang. Merempuh kereta orang lain, malah menembak orang lain tanpa niat yang lurus. Selepas jenayah seperti itu dilakukan, anda akan menerima bintang 'wanted'. Sejurus selepas itu, bermulalah episod kejar-mengejar di antara anda dan juga anggota polis. Kalau bintang anda bertambah banyak (boleh jadi 4-5 terus kalau anda bunuh polis), anda bukan saja akan dikejar dengan kereta, malah helikopter khas siap dengan penembak tepat yang akan menuju peluru maut ke kepala anda. 

Bagi jenayah terancang pula, anda akan laluinya di dalam misi-misi khas. Kebiasaannya, jenayah terancang akan cuba dijustifikasikan oleh watak di dalam game tersebut. Oleh itu, kita selaku pemain akan melihat bahawa si jahanam bertiga ini sebagai 'mulia' dan penguatkuasa pula sebagai 'celaka yang mesti dihalang'. Itu 'trademark' Grand Theft Auto. Jenayah terancang ini kebiasaannya melibatkan duit dengan jumlah yang sangat banyak, seperti merompak bank ataupun mencuri dokumen rahsia kerajaan.

GTA 5 juga cuba melihat isu korupsi dalam kalangan penguatkuasa mahupun penegak keadilan. Kerana itu, kita akan diketemukan dengan watak-watak penting yang datang dari organisasi besar US iaitu FBI (dalam game ditukar kepada FIB) yang korup dan menggunakan penjenayah untuk kerja kotor mereka dan menghapuskan bukti penyiasatan. Dalam pada itu, percayalah bahawa kita akan mula merasakan yang seolah-olah orang seperti ini ada di dalam negara kita dan sedang melakukan perkara yang sama. Apa macam ? Psiko tak ? Hehehe...

Lester The Mastermind

Kekuatan game ini pada jalan cerita, kawalan game dan juga grafik. Grafiknya memang mengancam. Kalau anda memiliki monitor PC yang bersaiz besar, ditambah pulak dengan kad grafik yang kaw-kaw punya power, memang puas hati. Cuma persoalannya sekarang, adakah anda biasa bermain game dengan corak 'third-person view' ? Kalau anda jenis suka game 'first-person view', anda mungkin akan sedikit kekok mengawal wataknya. Oleh sebab itulah, tim pembangunnya memasukkan juga pilihan untuk bermain dengan cara 'first-person view'.

Bermain dengan 'third-person view'

Bermain dengan 'first-person view'
Pengalaman saya bermain game dengan 'third-person view' ini bermula dengan game Silent Hill : Homecoming. Itupun sekitar tahun 2007. Tapi untuk 'first-person view', saya dah biasa sejak dari tahun 90-an di mana ketika itu game Wolf 3D dan Doom sedang bermaharajalela. Untuk game siri GTA pula, saya setakat ini hanya bermain dua siri, iaitu GTA San Andreas dan juga GTA 5 yang baru ini. Kedua-dua ini sajalah yang sangat saya gemari. Jadi, saya tak bolehlah tergolong sebagai peminat tegar siri GTA. Hehehe...

Kalau game ini diberi penilaian untuk tontonan, saya yakin sekali bahawa penilaian yang akan diberi ialah 18PL. Sebab apa ? Sebab game ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan seks yang tidak keterlaluan. Oleh itu, this game is definitely not for children below 18. Ini belum campur dengan perbualan antara watak yang penuh dengan carut-marut tipikal American.

Franklin Clinton
"Look homie, I don't mind dying, you feel me? But I just wanna die with something that matters."
― Franklin Clinton

Michael Townley/De Santa
"You wake up one day, and your legs, they just give. You can't run anymore."
― Michael De Santa
Trevor Philips
"This is my life's work. I mean since I was a little kid I-I dreamt big. Y'Know, I've always wanted to be an international drug dealer and... weapons trader."
―Trevor Philips 

Kesimpulannya, kalau anda ada sebuah PC yang power, bolehlah cuba meng'install' game ini dan henyak sampai habis. Saya tak boleh jamin anda akan tidur awal selepas bermula. Hihihi...

Tiada ulasan: