Isnin, 30 Julai 2018

NAK DARA RINDU

Nah, saya mahu santai-santai sahaja.

Kalau kita biasa menonton filem P.Ramlee, kita pasti pernah menonton salah sebuah filemnya yang sangat terkenal, iaitu Bujang Lapok.



Merupakan cubaan pertama P.Ramlee dalam mengarah filem bercorak komedi, dan tuah menyebelahinya. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sekaligus mengangkat beliau sebagai pengarah filem serba boleh.

Menariknya lagi, lagu-lagu yang menghiasi perjalanan filem ini dicipta oleh beliau. Namun, 'arrangement' oleh gurunya Yusof B. Lirik pula ditulis oleh S. Sudarmadji.

Antara lagu yang dikenang ramai adalah Nak Dara Rindu. Oh, apa yang tidak romantiknya. Duduk di jendela bersaksikan bulan mengambang sambil mengalun senandung cinta seperti itu. Ditambah pula dengan diperhatikan oleh seseorang yang dalam diam telah jatuh hati kepada kita.

Sempurna.
Lagu yang sempurna.

P.Ramlee



Video di atas adalah lagu asal Nak Dara Rindu yang dirakam untuk tayangan filem. Kemudian, ia dirakam semula dalam bentuk piring hitam. 



Pada pendapat saya, versi rakaman filem jauh lebih lunak dan merdu berbanding rakaman piring hitam. Kemudian, judul Nak Dara Rindu ini tidak tamat pada P.Ramlee sahaja. Malah, ia dinyanyikan pula oleh penyanyi lagu tradisional era 80-an yang terkenal, iaitu Andre Goh. Hah, Andre Goh bukan penyanyi Melayu ya, sebaliknya penyanyi Cina.

Kalau sekarang, lebih kurang macam Elizabeth Tan. Cuma, beliau menyanyikan lagu moden dan sering menyanyikan semula lagu orang dalam bentuk dan gayanya sendiri.

Andre Goh


Suara Andre Goh yang lembut dan merdu itu berjaya menaikkan lagi semangat atau roh lagu Nak Dara Rindu, sekaligus membuktikan bahawa lagu tersebut berupaya merentas zaman dan terus diminati orang.

Namun begitu, ada juga penyanyi lain yang mendendangkan lagu Nak Dara Rindu. Tetapi, bukan lagu yang sama. Cuma judulnya sahaja yang serupa. Penyanyi tersebut ialah Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Haisy, siapa yang tak kenal Ahmad Jais. Setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri, lagunya pasti berkumandang di radio.

Nah, ini versi beliau. Dan kalau anda tidak jatuh cinta dengan lagu ini, anda bukan Melayu sejati.

Ahmad Jais



Saya tak ketemukan maklumat pencipta lagu Nak Dara Rindu versi Ahmad Jais ini. Boleh jadi Ahmad Nawab, S. Atan, atau Kassim Masdor.

Apa yang saya boleh katakan, komposer terdahulu telah meninggalkan khazanah lagu-lagu klasik yang tidak bergalang ganti. Liriknya tersusun indah dan tidak merapu-merepek serta melanggar hukum-hakam tatabahasa Melayu seperti yang berlaku terhadap lagu-lagu moden.

'Untuk' menjadi 'tuk' jadah apa.

KOMUNIS

Cubalah sesiapa yang cerdik pandai itu mengubah atau menulis semula sejarah di negara China konon ketika Jepun menjajah negara mereka itu, hakikatnya bukanlah penjajahan, sebaliknya ingin menyelamatkan China daripada penjajahan orang putih.

Kau tengoklah apa jadi.

Mungkin Medan Tiananmen berdarah lagi.

Samalah ceritanya dengan orang yang cuba atau ingin menulis semula sejarah konon komunis laknat itu penyelamat bangsa dan tanah air daripada penjajahan British.

Keadilan sosial tak berjalan dengan kezaliman.

Orang-orang Melayu yang mati dibunuh itu apa cerita ? Apakah itu kerja orang yang mahu menegakkan keadilan sosial ?

Puih.