Memaparkan catatan dengan label pedoman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pedoman. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mei 2026

MASIH TAK NAMPAK ?

Membawa bantuan kemanusiaan itu pasti. Tapi, ada satu perkara lagi yang kebanyakan orang kita masih tidak dapat tangkap, iaitu 'break the silence'.

Sudah berapa lama Israel menafikan kesialannya dalam mengurus tahanan ? Yalah, orang-orang Palestin memang tak mampu nak menyampaikan apa-apa kepada dunia kerana semuanya dulu disekat. Bahkan wartawan asing pun ada yang mati dibunuh Israel laknatullah.

Jadinya, 'break the silence' ini adalah salah satu cara untuk kita secara strategik menyebarkan kejahatan mereka kepada dunia. Lihatlah dunia bagaimana mereka melayan rakyat dari negaramu yang berniat untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Bantuan kemanusiaan ya, bukan ketenteraan. Tidak ada langsung senjata berbahaya yang dibawa bersama, melainkan sebuah idea dan semangat yang jitu.

Masanya sudah tiba untuk kita menghinakan Israel dan seluruh warganya di segenap ceruk rantau dunia ini. Kalau mereka ke Thailand, mereka akan dibenci (lebih seronok kalau dibantai ladyboy). Kalau mereka ke Eropah, Eropah meludah mereka. Berikan mereka tanggapan ampuh bahawa sesungguhnya mereka kini benar-benar dibenci. Biar mereka rasa seakan-akan bayangan Hitler sedang mengejar mereka.


Orang-orang yang pergi membahayakan nyawa mereka itu bukan melakukan sesuatu yang sia-sia. Seperti Sultan Melaka cuba menawan semula negerinya dari Portugis. Secara teorinya, memang tak akan menang dengan kubu sekukuh itu yang dibina Portugis. Tetapi dengan beberapa kali serangan dicuba, kubu yang kuat itu pun kian melemah dan berlaku banyak kerosakan. Sehingga Sultan Melaka mangkat, Melaka tetap gagal dikuasai semula, tetapi usahanya memberikan kesan besar kepada pertahanan Melaka. Begitulah lebih kurang perumpamaan buat mereka yang menyertai GSF ini.

Jadi, atas sebab apa sesetengah rakyat Malaysia yang masih lagi melihat usaha mereka ini sebagai sia-sia dan tak bermakna ? Adakah warga negara lain juga dikatakan begitu ? Sia-sia ? Atau kau hanya bertempik dan tunjuk lagak dengan warga sendiri sahaja?

Bantuan itu mungkin sahaja tidak akan sampai kepada rakyat Palestin. Tetapi sesuatu yang pasti buat mereka, kita memberi mereka harapan, meskipun jalan keluarnya masih jauh.

Selasa, 12 Mei 2026

SAHABAT NABI

Bukan perkara baru sebenarnya mereka yang berada di dalam PAS berkata sesuatu hal agama yang meminta untuk dikecam, yang kita tahu sedang hangat sekarang iaitu mengaitkan sahabat nabi (dalam kes ini Abu Bakar r.a. dan Umar al-Khattab r.a.) Dengan cerita-cerita buruk dan tidak semenggah sama sekali.

Di dalam tradisi Sunni, kita maklum bahawa sebarang bentuk ceritera yang berbaur celaan dan penghinaan kepada para sahabat nabi adalah dilarang, sementelah pula ada hadis nabi yang melarang kita untuk mencela sahabat-sahabat. Oleh itu, ulama sunni mengambil langkah untuk memelihara ceritara sahabat nabi daripada elemen-elemen celaan. Pun begitu, bukan tidak ada kisah para sahabat yang melakukan sesuatu yang menyebabkan turunnya wahyu Allah untuk memperbetulkan apa yang sewajarnya. Dalam kes Abu Bakar r.a. sendiri, beliau pernah dek kerana marah atas fitnah yang berlaku kepada anakandanya, beliau bersumpah tidak mahu membantu lagi Mistah bin Uthathah dek kerana terbabit sama dengan hal fitnah tersebut, memandangkan Mistah adalah dari keluarganya sendiri. Masakan keluarga sendiri menyebarkan fitnah yang membabitkan keluarganya.

Dek kerana sumpah Abu Bakar r.a., turunlah wahyu Allah swt yang melarang orang-orang berharta daripada bersumpah tidak mahu menghulurkan bantuan kepada kaum kerabatnya.

TAPI. 

Di sinilah bezanya di antara celaan dan iktibar.

Kisah ini langsung tidak mencacatkan kredibiliti Abu Bakar r.a. sebagai sahabat nabi, tetapi datang pula kepada kita satu pengajaran yang besar, bahkan munasabah kerana beliau juga manusia biasa yang turut membuat pertimbangan berdasarkan nilai-nilai manusiawi yang normal. 

Masalah kita sekarang, kita mencari cerita-cerita buruk begitu untuk apa ? Punya banyak contoh yang baik boleh diberi, yang buruk juga kita canang. Dan lebih malang lagi, saya percaya kalau orang seperti itu (yang sedang hangat menerima kecaman itu) bercerita tentang kisah di atas ini, kaedah pembawaan ceritanya juga akan menjadi buruk dan terlihat seperti Abu Bakar r.a. itu buruk lakunya.

Ahad, 16 Jun 2024

MENANGGAPI HIDUP - SESAL YANG TIDAK BERPENGHUJUNG

 "He is Sparta's general, but he is also made of flesh and blood. Life cannot be lived without some regrets." 

-Stentor, Assasin's Creed Odyssey, 2018

 



Saya sedang bermalas-malas sambil menonton permainan video di Youtube. Assasin's Creed Odyssey, saya rasa mungkin ada di antara anda tahu benar tentang permainan ini. Sedang karakter-karakter di dalam permaian itu bercakap di dalam satu misi, keluar lontaran dialog yang saya petik di atas ini oleh salah seorang wataknya bernama Stentor, seorang pahlawan Sparta. 

Saya tertarik dengan apa yang dikatakannya itu. Ketika itu wataknya sedang berbicara tentang watak general Sparta yang kuat dan gagah. Namun, katanya meskipun gagah, sesekali pandangannya kosong dan punya maksud kesedihan yang tak terungkap, atau mungkin juga yang tidak dapat ditebus dengan apa pun.

"Life cannot be lived without some regrets"

Secara literalnya mungkin bermaksud begini, "Kehidupan tidak dapat dijalani tanpa sedikit penyesalan." Ertinya, tidak mungkin kita jalani hidup ini tanpa sebarang penyesalan dalam apa jua peristiwa yang telah kita alami.

Saya kira itu tepat, bukan ?


Betapa banyak kekesalan yang kita tanggung dan tidak tertebus. Kita hanya mampu berdamai tanpa melunaskan 'hutang perasaan' yang tidak 'berbayar'.

Pada diri saya sendiri bahkan begitu banyak kekesalan. Ada yang terubat di peredaran masa. Namun, ada yang kekal menjadi 'kenapa aku berbuat begitu?' dalam hidup saya.

Pelajaran.

Pekerjaan.

Hubungan kekeluargaan.

Hubungan cinta.

Keputusan kemajuan hidup. 

Setiap satu daripada perkara ini ada kekesalan yang saya tanggung dan tidak mampu saya tebus. Saya tahu sebagai Muslim, nabi kita telah mengajar supaya jangan berkalau-kalau dengan takdir, kerana ia boleh mendatangkan rasa putus asa dengan rahmat Tuhan. Namun, sebagai manusia biasa yang penuh dengan kekurangan, ia tidak dapat dielakkan. Kerana itu, apa yang tinggal hanyalah memohon ampun kepada Tuhan atas perasaan yang tidak terluah itu.

Hidup dengan penyesalan ini sekurang-kurangnya membuatkan kita sedar akan satu perkara - jiwa kita ini hakikatnya juga dalam jagaan Tuhan. Dia Maha Mengetahui akan segala yang kita kalutkan. Beruntung juga kita punya suatu yang tidak terbayar dengan apa pun harta dunia iaitu iman. Kerana iman, meski kita punya kekesalan namun kita masih waras dalam menanggapi hidup ini. Kita mungkin mencari salah, tetapi tidaklah sampai menyalahkan Tuhan.

Kita tahu bahawa Tuhan menetapkan takdir bukan ikut suka nafsu kita, tetapi atas kebijaksanaanNya. Tuhan tidak akan membawa kita ke lembah kehancuran melainkan kita punya 'free will' untuk menentukan. Dengan 'free will' inilah kita memerlukan iman supaya kita tidak memilih sesuatu yang bersalahan dengan hukum Tuhan. Namun, Tuhan beri juga pada kita suatu yang namanya nafsu. Kebanyakan manusia menjadi hamba kepada nafsunya kerana dia gagal mengurus nafsunya sendiri menurut apa yang Tuhan mahu. Kerana itu, adanya taubat dan penyesalan.

Nafsu itu perlu untuk keterujaan dan semangat dalam menjalani kehidupan. Hatta beribadah juga perlukan nafsu supaya semangat beribadah sentiasa ada. Namun, ia perlu dipandu dengan iman supaya kita tidak melampaui batas normal dalam apa jua keadaan.

Akhir kata, kita semua punya penyesalan. Ada kalanya kita menyesal dahulu. Ada ketikanya kita menyesal kemudian. Kesemuanya itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Maka hadapilah ia dengan penuh rasa kehambaan. Barulah kita tidak meletak ego sebagai pilihan untuk menghadapi hari kemudian. Ego akan membentuk kesombongan dan kita tidak akan dapat memaafkan sesiapa pun, bahkan diri kita sendiri. Sebelum hati kita mati dengan kesombongan, eloklah segera dibuang dan diganti dengan nilai keredhaan kepada takdir Tuhan...


HADIS, SALAM BAITULLAH DAN SEORANG USTAZ

Saya bukan ahli hadis, pakar hadis mahupun pelajar jurusan ilmu hadis di mana-mana universiti tempatan mahupun luar negara. Namun, saya tahu satu hakikat - Merujuk hadis bukan satu kerja yang mudah. Dulu-dulu, saya rajin juga berkongsi hadis itu-ini di dalam blog saya untuk saya gunakan sebagai hujah. Namun, pembacaan demi pembacaan serta penerangan demi penerangan dari orang yang alim dalam ilmu hadis, saya jadi takut dan cukup berhati-hati dalam hal yang melibatkan hadis. Hal ini kerana kalau saya tersalah petik dan saya gunakan sebagai hujah untuk perkara berkaitan agama, haru-biru jadinya. Dan perkara inilah yang menimpa seorang pendakwah selebriti (saya gunakan perkataan selebriti di sini kerana beliau membawa pendekatan popular dari sudut penampilan dan cara berhubung dengan masyarakat) iaitu Don Daniyal Don Biyajid.

Gambar hakmilik Harian Metro

Kalau yang baru ikut perkembangan Ustaz Don kita, isu yang paling popular sekarang ini ialah mengenai beliau yang bercerita tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. dan seorang wanita bernama Ummu Hani. Kerana bertubi-tubi asakan orang yang meminta beliau kemukakan kitab yang beliau rujuk namun beliau enggan, beliau terpaksa direhatkan sementara daripada program kendaliannya yang sedang hangat iaitu Salam Baitullah kerana RTM tidak mahu terjebak sama dalam pertembungan fikrah yang mengundang kontroversi. Namun begitu, pihak RTM dan JAKIM tetap berjumpa dengan beliau dan beberapa perbincangan telah memuktamadkan persefahaman di antara beliau dan pihak penerbitan, jadi tugas beliau disambung semula. Rasanya selesai dah ni. 

Namun, lagi sekali beliau mengundang kontroversi apabila beliau memetik satu kata-kata yang bagi saya semacam satu bentuk 'ganjaran yang dinyatakan secara berlebih-lebihan'. Dan hal itu adalah salah satu cara yang digariskan ulama dalam usaha hendak mengenal hadis palsu iaitu berlebih-lebihan dalam menghukum dosa dan berlebih-lebihan pula dalam mengganjari pahala untuk amal yang secara relatifnya ciput je impaknya kepada diri. Hal ini sebagai panduan, tapi kalau memang hadis tersebut sememangnya terbukti sahih, maka sahihlah ia tanpa keraguan lagi.

Kesan daripada kata-kata beliau di dalam program Salam Baitullah itu buat kali kedua, beliau akhirnya direhatkan terus daripada program tersebut. Penerbit Salam Baitullah pada hemat saya tentulah berpegang kepada pisang takkan berbuah dua kali. Jadi keputusan itu diambil. Dan percayalah, perkara ini akan berpanjangan sampai hujung tahun ini. Hehehehe.


Salam Baitullah ni asalnya program biasa-biasa sahaja yang diterbitkan RTM untuk mengiringi bulan Zulhijah sebagai pengisian untuk kita mengetahui tentang pergerakan jemaah haji di tanah suci serta perkongsian ilmu oleh para asatizah yang dijemput untuk menghurai atau menjawab salah faham tentang ibadah haji. Lama dah program ni. Tak ramai orang peduli pun. Namun, reformasi yang dijalankan oleh pihak RTM dengan penajaan yang mantap menjadikan program ini semakin berseri, ditambah pula dengan kehadiran pengacaranya yang saya boleh katakan sangat popular lantaran penglibatan beliau di dalam program Hijrah Berselawat di TV Al-Hijrah yang menampilkan kumpulan nasyid yang bernasyid dan berqasidah. Sebelum itu, beliau pun dah terkenal melalui program 30 Minit Bersama Ustaz Don (ada pula netizen yang ketemukan satu kajian tenang isi kandungan rancangan ini yang menggunakan hadis lemah sebagai dalil). Jadi, tak hairanlah 'rating' program ini mencanak naik untuk beberapa tahun ini. Pengaruhnya tak dapat dinafikan. Jadi, saya boleh andaikan yang Ustaz Don juga seronok dan 'excited' kerana pengaruhnya digunakan dengan baik untuk sebuah program yang suam-suam kuku pada asalnya. Kita beri kredit jugalah pada beliau atas perkara itu.



Pun begitu, RTM ada garis panduan. Dimaklumkan bahawa beliau telah dinasihati supaya tumpukan pada tugas sebagai pengacara dengan sedaya upaya mencungkil info atau maklumat tentang ibadah haji daripada asatizah yang dijemput. Dalam erti kata lain, jangan berpanjang lebar mengalahkan ustaz yang dijemput pulak. Itu yang terkeluar kata-kata melihat wajah guru lebih utama tu. Hal ini berlaku selepas peringatan pertama diberikan kepada beliau. 

Mungkin anda menempelak RTM yang 'menyingkirkan' Ustaz Don. Tapi dalam beberapa keadaan, RTM juga perlu praktikal dan menjaga statusnya untuk tidak terjebak dalam 'pertelingkahan' yang melibatkan urusan agama, lebih-lebih lagi pengajian hadis. Dan Ustaz Don bukan kakitangan RTM, jadi tak ada isu RTM jahat ke apa. Mana-mana pihak yang gagal ikut garis panduan yang ditetapkan, anda kenalah berundur diri. Buatlah podcast sendiri dan ceritalah apa yang anda nak cerita, dan tunggulah orang datang untuk menghentam atau menyokong anda. Itulah realiti dunia penyiaran zaman sekarang.

Dan, agak malang jugalah di negara kita ini kerana yang lebih sudu dari kuah itu adalah penyokongnya, bukan tuan punya badan pun. 

Jadi, kepada anda yang belum sempat menonton Salam Baitullah, tontonlah. Jawab kuiz, mana tahu boleh dapat tajaan umrah. Hihihi...

P/s: Kalau orang yang berpendidikan agama juga boleh melakukan kesilapan seperti ini, inikan pula kita orang-orang awam. Jadi jangan poyo sangat dan rasa kita tahu semua benda. Ambil iktibar dan carilah ilmu dari yang hak.



Rabu, 10 Mac 2021

LEBIH RELA MATI DARI VAKSIN

  • Saya rasa tak perlulah berahsia tentang mamat seorang ini, iaitu Suhaimi Saad atau lebih popular dengan kependekan MOSUS. 
  • Menikah dengan bekas tunang Mawi, dia telah menjadi tumpuan semasa dek kerana pendapat dan komennya yang terkeluar dari kebiasaan umum.
  • Yalah, untuk mendapat perhatian umum, mestilah buat kenyataan yang luar biasa dari pendapat umum. Itukan biasa.
  • Daripada kisah mesin basuh, 'homeschooling' dan beberapa perkara lain, COVID-19 ini membuatkan dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia membuat kenyataan bahawa dia lebih rela mati daripada menerima vaksin sekaligus menjaga agama Allah.
  • Kadang-kadang hairan ya, ramai orang macam ini memang bercakap sesuatu yang bertentangan.
  • Dia kata dia lebih rela mati daripada melihat agama Allah diperbodohkan.
  • Habis perbuatan dia yang membuat kenyataan seperti itu tidak menyebabkan orang melihat agama Islam ni bodoh ke ? Oh ya, agaknya saya tersalah. Orang macam ni dia tak peduli pandangan orang lain, terutama yang bukan Islam. Dia tertakluk pada pandangan dia sahaja. Ataupun, pandangan orang yang selari dengan pandangan dia.
  • Tapi, katanya dia mengikut al-quran dan hadis. Ok lah, dia nyatakan bersama dalil untuk menguatkan pegangannya. Cuma, kan lebih baik adab kau pada kedua-dua hujah tu seandainya kau nyatakan surah apa yang kau petik dan hadis apa yang kau tulis ? Orang-orang yang mahir kedua-dua ilmu itu bolehlah menyemak apakah sesuai dalil itu dan asbabun nuzulnya dengan pegangan kau dan juga hadis itu benarkah sesuai untuk apa yang kau amalkan dan adakah ia bersifat universal atau terhad kepada satu-satu amalan khusus ? Tulis macam itu saja mana adab kau ? Kata tak mahu agama Allah diperbodohkan ?
  • Katanya lagi, apa pun hujah orang takkan mudah mengubah pendiriannya ? Katakanlah pendiriannya selama ini salah. Dan beratus orang dikirim Tuhan untuk menegurnya tapi dia tak mahu menerima, bukankah itu sifat iblis iaitu sombong ?
  • Masalah sebenar orang macam ini ialah sombong. Sombong yang dipakaikan pada hujahan berunsur agama adalah kesialan yang nyata. 
  • Orang macam ini sebenarnya dari awal sudah salah langkahnya. Kalau dia mahu tolak semua ini, diam-diam sahaja sudahlah. Tak payah bising. Tak payah sembang banyak sangat sebab Tuhan tak perlukan awak pun untuk jaga agamanya kan ? 
  • Lebih rela mati. Hmmm... bunyinya macam hebat kan ? Kih kih kih.
Boleh baca artikel asal di sini:

Ahad, 7 Mac 2021

AL-KISAH BUDAK BUANG BUKU

  • Tular sebuah peristiwa bodoh di mana seorang budak yang membuang buku-bukunya ke dalam sungai setelah usai menghadapi peperiksaan SPM.
  • Pada masa yang sama, sekumpulan budak ditahan polis kerana merempit macam setan di jalanraya selepas menghadapi peperiksaan SPM.
  • Budak-budak bodoh ini mahu tunjukkan apa kepada dunia ? Mereka telah bebas daripada 'cengkaman' sekolah ?
  • Selama mereka hidup bersekolah menengah, budak-budak ini menganggap sekolah hanyalah penjara yang menyekat idea dan kekuatan liar mereka ?
  • Saya berani katakan YA. Itulah sebenarnya pegangan budak-budak ini.

Khamis, 4 Mac 2021

KELUAR DARI FITRAH

  • Agama Islam itu agama fitrah.
  • Ia hanya bersama-sama fitrah yang azali. Lelaki itu lelaki. Perempuan itu perempuan. Khunsa itu pula dilihat pada kecenderungan pertumbuhan kemaluannya. Kalau ketara yang lelaki, maka lelakilah dia, bukan perempuan. Hal itu berlaku kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, kalau kita mahu ingat-ingatkan.
  • Dengar-dengarnya, ada seorang 'usahawan kosmetik' yang azalinya lelaki tetapi secara jelas menukar jantinanya kepada perempuan dan hidup sebagai perempuan. Lebih menarik lagi, dikhabarkan dia juga mahu berkahwin dengan seorang lelaki luar negara. Wahh... sungguh berani 'selera' lelaki itu. Tapi yalah, sudah diubahsuai kepada perempuan, mahu dikenang apa pada jantina asalnya, ye tak ?

Rabu, 22 Julai 2020

MENCONTENG MURAL DAN SEBUAH HARGA DIRI

Ketika sebuah penghargaan dari marhaen kepada pemimpin disampaikan dengan cara yang sangat indah, kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia masih punya harga diri dalam menghargai jasa dan pengorbanan. Kerana itu, sebuah mural agam diabadikan pada sebuah dinding untuk diperkenalkan kepada dunia, bahawa mereka bersama kita ketika kita buntu dan keliru.

Ya, untuk seketika, saya persetankan sahaja ceritera politik yang tidak berkesudahan. Penggila kuasa dan kedudukan ada di mana-mana, dan mereka tidak terpakai dalam usaha untuk mengekang sebuah wabak. Penjawat awamlah yang bertungkus-lumus membanting tulang menggerakkan segala kerja. Oleh itu, pada mural agam itu terpaparlah wajah Ketua Pengarah Kesihatan kita yang dikasihi bersekali dengan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan beberapa orang lagi pemimpin kerajaan.

Everything looks good, bak kata orang putih. Agong datang, KP Kesihatan pun datang, orang ramai memuji dan semuanya nampak cantik pada awalnya. Sehinggalah datang laporan berita di mana mural agam itu telah diconteng oleh manusia-manusia puaka.


Kalaulah mural itu merupakan kata-kata hikmat umum seperti di sekolah, mungkin ceritanya lain. Ini adalah mural yang memaparkan wajah pemimpin negara, terutama YDPA. Apabila diconteng dengan perkataan-perkataan keji, kita tahulah bahawa sama ada orang yang menconteng itu gila, kekurangan nutrisi perkembangan otak, terlebih dos ubat batuk,  atau sangap politik sampai tak reti beza tempat untuk melepas rasa. Kenapa kau tak kencingkan saja dinding tu ? Sekurang-kurangnya yang tinggal bau hancing saja, tak adalah tulisan-tulisan karut tersebut.

Oh, saya terlupa, awak yang menconteng itu perempuan rupanya. Mana ada hos nak ditala ke dinding itu, ye tak ? Kalau tak ada hos, apa kata awak berak dekat dinding itu, lepas itu, angkat tahi itu dengan kedua-dua tangan awak dan sapukan tahi itu ke dinding, baru betul pelaku vandalisme sejati. Perempuan penconteng mural, di mana mereka letakkan harga diri mereka sebagai manusia matang ? Tak ada bezanya mereka berdua itu dengan lelaki-lelaki gila yang menconteng gambar tetak dan vagina di dalam tandas lelaki sambil meninggalkan nombor telefon mereka dengan harapan akan ada perempuan yang menelefon dan menawarkan kedua-dua benda itu kepada mereka. Kau tu conteng dekat tandas lelaki, bangang! Perempuan mana yang hendak tengok benda tu semua melainkan yang masuk itu perempuan jadi-jadian. Ok, saya sedikit tersasar.


Mungkin kalau mereka berani buat kenyataan, mereka akan mempertikaikan beberapa individu di dalam mural tersebut yang sering digelar oleh musuh politik mereka sebagai 'orang kerajaan tebuk atap'. Pun begitu, ada ceritanya pada Ketua Pengarah Kesihatan ? Dia mana ada kena-mengena dalam hal politik ? Selama ini dia elok saja bekerja dengan jawatannya. 

Sebelum beliau diangkat menjadi hero negara dek kerana wibawa dan ketenangan beliau dalam menyampaikan kemaskini maklumat tentang penularan COVID-19 dan langkah-langkah yang diambil KKM, sudah banyak kali beliau bersuara di laman sosial menasihati rakyat Malaysia supaya tidak tertipu dengan produk yang menawarkan keajaiban penyembuhan kepada pembeli. Begitu juga darihal suntikan vaksin yang sering di'yahudi'kan oleh segolongan manusia yang entah dari mana asal-muasalnya. KP Kesihatan sudah lama bekerja. Lama sebelum cerita politik 'aneh' melanda negara kita. Kenapa gambar beliau juga turut jadi mangsa ?

YDPA. Kenapa dengan YDPA ? Kau ingat YDPA itu ketua cawangan parti politik jilatan kau ke ? Itu raja, tahu ? Raja Melayu. Raja Melayu melampaui sebarang jawatan politik. Segala pesan-pesan adalah untuk semua ahli politik. Kalau awak menconteng mural Agong kerana dendam politik, bererti awak bodoh kalah lembu. 

Mungkin, saya kata mungkin ya, bahawa pelaku vandalisme ini kurang kasih sayang mak bapak. Apabila kurang kasih sayang mak bapak, mereka mahukan perhatian dengan cara yang aneh. Cuma perempuan berdua ini penakut sebab conteng di waktu malam. Kalau kau anak jantan (?) conteng waktu sianglah. 

Ptuih.

Kita harapkan agar mereka berdua dapat ditangkap dengan segera dan kasi tayang muka masing-masing sebab kalau kau orang berani conteng muka arang, apa salahnya conteng arang ke muka sendiri, kan?

Selasa, 21 Julai 2020

ALKISAH POMPUAN KAYANGAN MINTA TOPENG MUKA PERCUMA

Dari kumbahan mana kau keluar kak long ?

Aku yang tak berapa nak senang dan kaya pun reti cara gaya hidup baharu dengan sentiasa membawa topeng muka (Oklah, yang sebenarnya isteri aku yang sentiasa ingatkan).

IKEA tu tempat orang cerdik. Orang yang tahu adab. Orang yang tahu norma baru. Orang yang tahu sediakan payung sebelum hujan.

Bukan orang yang bodoh macam kau dok ingat IKEA tu nak sediakan topeng muka percuma untuk kau weh.

Add caption

Ini agaknya jenis pompuan masa kecik dulu tak dapat mainan dekat Gedung Harian dia berguling-guling macam budak tak cukup oksigen sampailah mak bapak dia terpaksa belikan juga. 

Kau tak malu ke orang lain berikan topeng pada kau ? Kau ingat dia beri tu sebab kesian ke ? Woi sedar dirilah. Orang yang beri tu tak sanggup tengok beruk dengan ungka memekik depan orang bertamadun macam pengawal tu. Faham tak ? Ptuih.

Dengar kabor CEO ya ? CEO jenis apa ni ? 

Isnin, 20 Julai 2020

MAKAN DUIT HARAM ???

Owh, ada satu laporan berkaitan penjawat awam yang didakwa memakan duit haram:



Itu nasihat seorang Hakim Mahkamah Sesyen di sini ketika prosiding hukuman terhadap seorang penolong kanan pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhubung pertuduhan salah guna kuasa, hari ini.

Hakim, Jamaludin Mat menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM89,600 terhadap tertuduh, Fazrul En Hassan, 41, selepas didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa membabitkan kerja-kerja pembekalan kerusi dan meja simen berjumlah RM17,920.

Selain itu, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada Syarikat Bari Bina Enterprise bagi kerja-kerja pembekalan 14 set kerusi dan meja simen berjumlah RM17,920 pada April 2018 di Pusat Pengajian Sains dan Asas UMT di Kuala Nerus.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad. [1]

 

Desakan hidup ? Ah hakim itu saja berbasa-basi dengan orang semacam ini. Jawatan yang dipegangnya itu bukan kecil anak. Pendaftar Kanan. Gajinya boleh tahan besar. Melainkan dia berhutang 3 buah kereta dan rumah masih ada ansuran rumah selama 10 tahun, dia tidak layak berhadapan dengan 'desakan hidup'. 

Meskipun, bak kata hakim itu sendiri, kalau hidupnya terdesak, itu bukan alasan untuk makan duit haram. Duit haram itulah yang akan menghilangkan rasa banyak gaji yang engkau dapat itu. Dengan cara apa ? Berkat yang ditarik. Sebab itulah kau makin rasa tak cukup.

Orang yang meminta suapan ini adalah jenis di mana temboloknya penuh dengan tahi duniawi dan hatinya diselaput karat cintakan dunia

Sumber:


Isnin, 4 September 2017

YA RABBI YA - 'CATCHY' YANG MENJADI

Dalam keadaan sempadan muzik semakin menipis dan menghilang, terlalu banyak elemen muzik yang aneh dan mengujakan menerobos masuk ke dalam negara seraya menentukan trend-trend terkini muzik di negara kita.

Sedangkan pada tahun 80-an dahulu pun kita dapat saksikan betapa elemen muzik dari luar sangat mempengaruhi industri muzik negara kita, inikan pula pasca tahun 2000. Tentulah jauh lebih besar dan hebat.

Melihat kepada situasi, saya kira pendekatan Kumpulan Inteam dalam penghasilan lagu berunsur ketuhanan dengan pendekatan muzik moden sangat kena pada tempatnya. Ya, kita tak akan dapat lari daripada cakap-cakap yang tidak habis membicarakan tentang elemen muzik yang dibenarkan di dalam agama. Namun, adalah jauh lebih teruk jika kita membiarkan anak-anak muda kita tersasar dengan muzik yang tidak berhala tuju dan mengarut. Tengoklah budak-budak Raver, nak ke mana joget sotong bangangnya itu ? Karut, bukan ?

KISAH PAMPERS ANAK DAN RUMAH ORANG



Ya. Ini adalah salah satu 'common sense' yang sangat jarang dipupuk, diterap dan dilatih - membuang pampers anak dengan tertib.

Saya juga ingin bercerita pengalaman saya berhadapan dengan situasi sebegini, di mana adalah kaum kerabat saya bertandang ke rumah saya untuk beraya. Dibawalah sekali anak kecilnya itu yang berumur sekitar 7-8 bulan. Dijadikan cerita, anaknya itu buang air besar. Lalu dia pun mintalah izin untuk mencuci anaknya di bilik air.

Setelah dicuci, pampers anaknya itu dibungkus dan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah. Kebetulan, emak saya perasan akan perbuatannya itu, lalu dia pun menegur.
"Lain kali kalau nak buang pampers anak ke dalam tong sampah sekalipun, basuh dulu taiknya dari pampers itu, barulah dibuang ke dalam tong sampah. Kalau tidak, berbau taik rumah orang kalau awak menumpang cuci punggung anak awak. Tak kiralah rumah saudara sendiri atau rumah kawan-kawan."

Ya, itulah dia perbuatan yang sepatutnya. Kalau nak tumpang buang di rumah orang, cuci dahulu pampersnya dari sebarang kotoran, barulah dibuang. Ataupun jauh lebih baik, bungkus pampers itu, buang di rumah sendiri. Siapkan surat khabar lama dan plastik-plastik yang tidak digunakan di dalam kereta. Itu jauh lebih baik.

Benda-benda kecil seperti ini selalu kita tidak perasan, sehinggalah ia menjadi bual bicara orang di belakang kita. Penyudahnya, kita pula yang sakit hati. Sedangkan, dari awal lagi kita sepatutnya ambil maklum dan latih diri untuk memperelokkan perbuatan.

Kisah ini sewajarnya dijadikan panduan dan pedoman kita dalam menjalani kehidupan beranak kecil. Semoga perbuatan kita tidak menyusahkan orang lain, sekalipun dengan adik-beradik kita sendiri.

Wallahua'lam.

Sumber screenshot:

[1] "Dosa Pampers Anak" Semoga Perkongsian Ini Membuka Mata Kita Semua, https://sinar.fm/zon-interaktif/gaya-hidup/inspirasi/dosa-pampers-anak