- Tular sebuah peristiwa bodoh di mana seorang budak yang membuang buku-bukunya ke dalam sungai setelah usai menghadapi peperiksaan SPM.
- Pada masa yang sama, sekumpulan budak ditahan polis kerana merempit macam setan di jalanraya selepas menghadapi peperiksaan SPM.
- Budak-budak bodoh ini mahu tunjukkan apa kepada dunia ? Mereka telah bebas daripada 'cengkaman' sekolah ?
- Selama mereka hidup bersekolah menengah, budak-budak ini menganggap sekolah hanyalah penjara yang menyekat idea dan kekuatan liar mereka ?
- Saya berani katakan YA. Itulah sebenarnya pegangan budak-budak ini.
- Saya juga percaya, mereka merasakan bahawa selepas SPM, mereka bebas melakukan apa sahaja. Mereka bebas merokok, hisap gam, merempit, berzina, ambil dadah, keluar rumah dari malam sampai ke pagi dan banyak lagi.
- Kenapa saya samakan mereka dengan kerja-kerja celaka itu ? Kerana budak-budak yang mahukan kehidupannya jauh lebih baik selepas SPM tak akan sesekali berbuat perkara-perkara tak senonoh seperti ini.
- Budak-budak yang ambil berat tentang masa depannya akan mula mengatur langkah seterusnya untuk maju ke depan.
- Berakhirnya peperiksaan SPM memang umpama beban yang hilang seluruhnya dari kehidupan seorang budak sekolah. Dan hal itu sepatutnya disambut dengan doa kesyukuran dan doa pengharapan mudah-mudahan keputusan yang diperoleh kelak boleh membawa kita ke satu tahap yang lebih membanggakan lagi - menara gading.
- Cuma, apa yang kita wajar risaukan tentang budak-budak ini ialah bagaimana mereka menanggapi nilai sebuah pendidikan.
- Mereka mungkin datang ke sekolah kerana terpaksa memandangkan bapak masing-masing akan melibas batang tubuh mereka dengan batang paip sekiranya mereka cuba ponteng sekolah. Justeru, ke sekolah bukanlah sesuatu yang mereka relakan di dalam hati, sebaliknya umpama kursus induksi yang terpaksa dihadiri dan ia adalah membosankan.
- Lebih malang lagi kalau mereka berpegang kepada dakyah yang menyatakan bahawa tak ada SPM pun boleh berjaya. Nanti dulu, bukan semudah itu
- Mereka yang tak punya SPM ini ada dua keadaan - mereka yang tidak mampu dan mereka yang menolak kerana malas.
- Dan mereka yang mendapat keputusan teruk ini juga ada dua jenis - mereka yang telah berusaha sehabis daya dan mereka yang langsung tidak berusaha.
- Mereka yang jatuh dalam kategori kedua bagi kedua-dua keadaan yang saya nyatakan itu adalah manusia yang malang sekali hidupnya.
- Mereka terlupa, SPM itu bukan sekadar sijil yang memaparkan keputusan peperiksaan, sebaliknya ia adalah tanda usaha kita dalam dunia pendidikan. Manusia tanpa pendidikan adalah manusia yang rugi. Di luar sana, ada ramai budak-budak yang sangat mahukan pendidikan tetapi tidak berkemampuan, sebaliknya mereka yang dapat ke sekolah setiap hari memilih untuk menjadi setan dan jin bertendang.
- SPM bagi mereka adalah beban, bukan tanggungjawab yang wajib digalas dan diharungi dengan tabah.
- Percayalah, budak-budak inilah nanti yang paling banyak menyalak menyalahkan orang lain kalau mereka hidup susah. Mereka telah disumpah oleh ilmu yang mereka kufurkan itu.
- Budak yang membuang buku itu pasti dilaknat total oleh semua ilmu yang diperolehnya. Kelak nanti jiwanya mampus lebih awal daripada otaknya. Kerana itulah, kita akan nampak mereka ini nanti hilang arah dan termangu-mangu hendak mengatur corak kehidupan mereka.
- Bila hidup gagal bersaing, salahkan orang lain.
- Padankan muka.
Ahad, 7 Mac 2021
AL-KISAH BUDAK BUANG BUKU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan