Sabtu, 6 Mac 2021

CERITA TENTANG ETNIK

 


  • Saya tak begitu mengikuti perkembangan berita berkaitan etnik Uighur di China ini. Namun, ambil tahu jugalah memandangkan ia mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam. 
  • Dalam dunia ini, hanya ada dua kedaaan - awak adalah pemangsa, atau awak adalah mangsa. Berkawan ? Itu untuk keuntungan politik sahaja. 
  • Kita tidak benar-benar mengasihi di antara satu sama lain. Eh, kita hidup berjiran pun lebih banyak berpura-pura membalas senyuman berbanding hati benar-benar kasih. Kerana apa ? Kerana hendak menjaga kepentingan diri masing-masing. Kita semua punya kepentingan peribadi dalam setiap urusan kehidupan. 
  • Berbalik kepada cerita China ini, yalah sudah tentulah dalam apa keadaan, laporan seperti ini akan dinafikan. Mereka menyatakan bahawa tidak ada perkara seperti itu, contohnya kem tahanan yang didakwa ada tetapi mereka menafikannya. Mereka berulang-ulang kali menyatakan bahawa mereka sedang membasmi ekstremis agama di dalam negara mereka. Namun, segala tindak-tanduk mereka dilaporkan dilihat lebih kepada penindasan etnik. Mungkin bagi China, orang-orang Uighur 'tidak cukup Cina' pada mereka. Mereka perlu di'cina'kan secara total. Bila semua sama, senanglah nak mengawalnya. Mungkin begitulah hal mereka itu.
  • Setahu saya, cerita tentang penindasan hidup beragama, orang tak peduli sangat. Tapi kalau kau bercakap tentang penindasan etnik, boom! Satu dunia peduli woh. Cuma yang agak melucukan, negara-negara besar yang menentang penindasan etnik bagai nak rak, di negara mereka jugalah ada banyak laporan tentang pihak berkuasa yang jelas nyata bersikap pilih kasih terhadap etnik tertentu, terutamanya yang berkulit hitam. Keh keh keh.
  • Di dalam laporan yang saya lampirkan, dinyatakan tentang etnik Uighur yang diambil kerja jauh dari penempatan asal mereka. Di kejauhan dan menjadi minoriti, mereka akan jadi lebih mudah untuk 'dijinakkan' dan profil etnik mereka boleh diubah sehingga mereka hilang identiti asal. Lebih kurang macam cara haluslah untuk menghapuskan satu-satu etnik. Bawa jauh, asingkan, letakkan di tengah-tengah sistem masyarakat yang lain, dan sedikit demi sedikit, identitinya akan hilang setelah kebiasaan untuk mengadaptasi berlaku.
  • Negara luar ambil berat tentang ini atas faktor rantaian bekalan. 'Outsourcing' adalah biasa di seuruh dunia. Sekiranya kilang tempat etnik ini bekerja ada membekalkan bahan-bahan tertentu kepada negara luar, secara tidak langsung kelihatan negara-negara luar ini tidak punya masalah bersekongkol dengan tindakan China itu. 
  • Hal ini macam tak ada kena-mengena. Tapi dari segi imej sebuah negara, ya ia punya kaitan. Samalah macam kes di mana US melarang sebarang import produk kelapa sawit dari negara kita atas alasan keterlibatan syarikat dari negara kita dengan pekerja buruh paksa. Haaa ? Bila pula ? Rangkaian syarikat Malaysia yang menguruskan kelapa sawit menjangkau hingga ke negara jiwan, mungkin di sanalah berlaku perkara seperti ini memandangkan menurut Malaysia, siasatan sudah dijalankan dan tidak berlaku perkara seperti itu di sini. Barangkali.
  • Baiklah, dalam keadaan sekarang, mengapa kita mengambil peduli akan nasib etnik Uighur sama seperti kita peduli dengan orang-orang Palestin ? Kerana anutan agamanya. Cuma agak 'menarik' apabila sentimen kita di sini (orang Malaysia) berbeza apabila bercakap tentang Rohingya yang majoritinya Muslim di mana kita lebih 'selesa' menolak mereka berbanding menerima kerana banyak isu yang melibatkan pergaulan dan percanggahan budaya yang ketara. Nampak tak ? Kita hakikatnya kalau bercakap tentang kasih sayang sesama iman sekalipun, kita akan punya kepentingan untuk memilih. Itulah kita, manusia.
  • Kalaulah China itu punya alasan yang kukuh untuk melakukan apa yang mereka didakwa sekarang ini terhadap etnik Uighur, kita menolaknya mentah-mentah kerana kita beranggapan tindakan mereka menyalahi nilai kemanusiaan. Agaknya kalau perkara yang sama mereka lakukan kepada Rohingya dan mereka berjaya 'menyedarkan' diri orang Rohingya siapa diri mereka itu kalau di tempat orang, adakah kita berkemungkinan akan 'menyokong' China ?
  • Entahlah, kita ini semuanya keliru. Kita tidak tahu dengan siapa kita perlu kasih dan dengan siapa kita perlu benci.
  • Sebab itulah kerja nabi kita dahulu dalam menyatupadukan umat Islam amat payah, kerana resam manusia itu memang suka berpuak-puak, bersuku-suku dan saling menyangka buruk sesama kita. Kita semua sedang melakukannya. 

Tiada ulasan: