Khamis, 4 Mac 2021

KELUAR DARI FITRAH

  • Agama Islam itu agama fitrah.
  • Ia hanya bersama-sama fitrah yang azali. Lelaki itu lelaki. Perempuan itu perempuan. Khunsa itu pula dilihat pada kecenderungan pertumbuhan kemaluannya. Kalau ketara yang lelaki, maka lelakilah dia, bukan perempuan. Hal itu berlaku kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, kalau kita mahu ingat-ingatkan.
  • Dengar-dengarnya, ada seorang 'usahawan kosmetik' yang azalinya lelaki tetapi secara jelas menukar jantinanya kepada perempuan dan hidup sebagai perempuan. Lebih menarik lagi, dikhabarkan dia juga mahu berkahwin dengan seorang lelaki luar negara. Wahh... sungguh berani 'selera' lelaki itu. Tapi yalah, sudah diubahsuai kepada perempuan, mahu dikenang apa pada jantina asalnya, ye tak ?
  • Ceritanya yang penuh kontroversi dah lama. Dia punya kemuncak adalah ketika dia berpergian ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sebagai seorang PEREMPUAN. Wah, macam mana ini ? Diikutkan hukum, dia mesti datang sebagai apa ? Lelaki ke perempuan ? Jantina yang asallah, lelaki. Lebih menarik lagi, undang-undang kita tidak membenarkan penukaran jantina di dalam kad pengenalan dek kerana pembedahan, sekaligus passport kita juga begitu. Macam mana gamaknya dia ke pejabat imigresen nak buat passport tu ya ? Hmmm... Saya terfikir macam mana dia hendak memakai ihram dengan payudaranya yang memang sebiji seperti perempuan. Kenalah pakai telekung, ye tak ? Mungkin begitulah pertimbangan akalnya.
  • Apabila pihak Arab Saudi dapat tahu perkara ini, hal sudah jadi kelam-kabut. Dia pula tunjuklah pada dunia yang Tuhan pun tak melaknat dia di tanah suci. Siap pegang Kaabah lagi. Awak ingat ini majalah Mastika ke ? Tuhan itu Maha Mengatur juga. Kalau Dia mahu ajar awak untuk sedar kedudukan awak, tunggulah masanya (di mana kita semua percaya sekaranglah masanya).
  • Setelah melalui beberapa isu yang melibatkan bidang kuasa jabatan agama, isu terbaru ialah dia menghilangkan diri sesudah waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir ke mahkamah. Dan lebih 'menarik', dia telah mengeluarkan sebuah video di laman instagramnya yang memberi bayangan jelas tentang niatnya untuk keluar dari agama Islam atas alasan layanan yang diberikan kepadanya sangat teruk.
  • Dalam erti kata yang lain, dia menyalahkan tugas mereka yang menguatkuasakan undang-undang syariah yang dilihat keras dan kejam.
  • Videonya itu juga seolah-olah mempersoalkan, 'Tidak adakah rahmat kasih sayang agama terhadap orang sepertinya ?'
  • Aih awak pun. Punyalah senang-lenang hidup awak dilimpahi kekayaan, itu bukan rahmat ? Tuhan tak minta awak tukar jantina pun hanya kerana hati awak merasakan yang awak itu perempuan. Tuhan mahu awak BERSABAR. Tapi awak tak sabar. Awak tukar juga.
  • Lebih teruk lagi, awak memperolok-olokkan undang-undang. Itu yang menjadi soalnya. Eh setahu saya, di luar sana orang seperti awak sangat ramai, tetapi mereka tak kayalah seperti awak dan menunjuk di sana-sini berbangga dengan pilihan mereka. Jadi mereka tidaklah terpalit dengan semua ini.
  • Seingat saya juga, bekas mufti WP dahulu pernah menyantuni golongan seperti awak dan mereka diraikan dengan kasih sayang. Kenapa awak tak bersama mereka dan meminta nasihat ?
  • Isu awak ke Makkah dulu tu berat tau. Awak lupa ke hukum-hakam batas pergaulan dan saf solat di antara jantina yang jelas ? Nama Malaysia terpalit sama bila awak buat macam tu, siapa yang tak marah ?
  • Kalau kita cerita tentang niat awak itu untuk murtad, dan niat itu memang kuat, awak sebut sahaja nak keluar dari Islam, maka sahlah keluarnya awak dari agama ini.
  • Kalau ikutkan, undang-undang syariah ini malas nak melayan awak. Tapi disebabkan awak menunjuk-tunjuk dan mencabar, mereka sahutlah 'cabaran' awak. Undang-undang ditegakkan. Rasminya awak murtad, semua orang boleh berlepas diri dari menegur, menasihat dan membimbing awak, sebab awak sudah tak ada kaitan lagi dengan agama ini. Tapi kesan jangka panjangnya ? Awak boleh menyebabkan orang lain mengikut awak dengan mudah, dan hal itu tidak boleh sama sekali dibiarkan. Kenalah ada tindakannya.
  • Jadi, apa kata awak jadi lelaki sejati (eh, perempuan sejati) dan serahlah diri awak kepada pihak berkuasa. Selebihnya, awak laluilah dengan berani dan semangat yang tinggi. Saya percaya, ramai di luar sana yang menyokong awak. Jadi apa hal yang menghilangkan diri ?

Tiada ulasan: