Khamis, 26 November 2015

SURAT CINTA - INTEAM


Telah ku terima suratMu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahayaMu
Menyelimuti seluruh hatiku

Telah ku terima suratMu
Yang telah kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku

Pastinya bila ku merindu PadaMu
SuratMu kan ku baca selalu


Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detikku rindu
Saat ku baca suratMu

Hiburkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimahMu
Kalimah tercinta teragung

Sungguh makna cintaMu tiada penghujung
SuratMu kan ku baca selalu...


P/s: Pada mulanya, aku sangkakan lagu ini berkisar tentang kisah dua insan bercinta melalui surat, kemudian bernikah dan hidup aman damai hingga ke penghujung usia (itukan standard kebanyakan lagu nasyid kontemporari).

Namun, ianya lain sama sekali. Surat yang dimaksudkan di sini adalah surah-surah. Di dalam bahasa Arab, surah-surah yang dijama'kan perkataannya akan menjadi surat. Cinta itu pula mewakili kasih-sayang Tuhan yang diwahyukan kepada nabi dan rasul sebagai pedoman dan petunjuk kepada manusia yang jahil.

Kiranya, Al-Quran itu adalah cinta dari Tuhan kepada hamba-hambaNya. Kita dicipta dengan kekurangan, maka pedoman dari Al-Quran adalah pedoman terbaik untuk memandu manusia ke jalan yang diredhai Tuhan.

Sabtu, 21 November 2015

AMERIKA NAK BANTU MALAYSIA KATANYA...

Apahal baju pun nak sama ? 

Aduhai... aku tak tahulah nak cakap apa dengan Najib bodoh ni. Kau tak nampak ke permainan diorang ni bangang ???

Counter-messaging, my ass. Amerika Syarikat ni perlukan sebuah negara yang dihormati untuk diperkotak-katikkan. Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang disegani dengan dasarnya dulu yang tegas, terutamanya darihal isu Israel-palestin. Kemudian dahulu kita sangat mengutamakan kerjasama rantau Asean dan negara-negara yang tidak berkiblatkan US kerana kita mahu jadi negara yang tidak 'bergantung' pada US.

Kedudukan Malaysia semacam ini sangat molek kalau diperkotak-katikkan. Oleh itu, memandangkan PM kita sekarang ni tak ubah macam lembu (lembu pun cerdik lagi), inilah masanya yang ditunggu-tunggu, iaitu memacakkan pengaruh US dalam negara. Tumpuan diberikan kepada PM bongok kita. Sekiranya Malaysia banyak mengikut dasar US, secara tak langsung pengaruh akan kena pada negara-negara serantau yang sangat menghormati Malaysia.

TPPA, my ass.

Oh ya, Najib. Kau tak perasan ke, makin banyak kau jilat bontot US, makin menjadi-jadi cubaan mengganas di dalam negara kita ni ? Kau tak nampak lagi ke ? Ke kau butakan mata kau ???

Kau sedang cuba menjual kedaulatan negara kau, bangsat.

Oh ya, kau jangan ingat orang tak tahu, niat kau berbaik-baik dengan US ni sebenarnya untuk kepentingan kau. Kau nak kekalkan pangkat kau sebagai PM sampai PRU mendatang yang dah tentu akan mendapat sokongan US. "Najib Must Stay As A Prime Minister Of Malaysia". I can imagine the headline.

Sesiapa yang cuba menggagalkan US untuk mengekalkan baruanya, US akan menentang dengan memburukkan mereka di dalam media global. Nampak ? Maka secara tak langsung kita tahu bahawa antara yang akan diburukkan ialah Tun Mahathir yang memang tidak pernah tunduk pada US.

We shall know your real game, soon...

Shit.

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Amerika Syarikat akan membantu Malaysia menubuhkan pusat ‘counter-messaging’ yang berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti antikeganasan dalam usaha menjadikan rantau ini aman dan selamat. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden AS, Barack Obama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini berkata, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, terutama menentang keganasan. 
“Seperti diketahui terdapat kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini yang mempunyai persamaan operasi dengan kumpulan militan negara Islam (IS) yang ideologinya berlawanan dengan Islam sebenar,” katanya kepada pemberita selepas me­ngadakan perbincangan dengan pemimpin dunia itu di sini hari ini. 
Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kedua-dua negara bersetuju dengan penubuhan pusat 'counter-messaging' yang berperanan mendidik masyarakat kerana usaha menentang keganasan bukan sahaja melibatkan tindakan ketenteraan tetapi juga memena­ngi hati dan minda rakyat. 
Najib berkata, Malaysia juga diperlukan memainkan peranan bagi menunjukkan kepada dunia bagaimana pengamalan agama Islam yang sebenar. 
Menyentuh isu yang sama, Obama berkata, AS yang mempunyai hubungan erat dengan Malaysia dan rantau ini sedia membantu negara itu dalam usaha menentang keganasan dan kumpulan pengganas se­perti IS. 

“Dalam usaha itu, Malaysia akan menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan seperti media sosial, pendidikan akademik dan sebagainya yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama AS,” katanya. 
Katanya, beliau kembali melawat negara ini dan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN kali ini kerana mempunyai hubungan rapat de­ngan rantau ini yang telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat. 
Beliau berkata, perbincangan yang akan membabitkan pemimpin-­pemimpin utama dunia dan rantau ini di sidang kemuncak itu akan memberi fokus kepada usa­ha dunia memerangi IS dan juga akan menyentuh isu pertelingkahan di Laut China Selatan. 
Katanya, Malaysia adalah sebahagian daripada usaha dunia menentang keganasan dan negara itu boleh memainkan peranan sangat besar dalam usaha menghalang aktiviti keganasan, termasuk perkembangan fahamannya. 
Mengenai isu di Laut China Selatan, Obama berkata, walaupun AS bukan salah satu daripada negara yang terlibat dalam pertelingkahan itu tetapi beliau berharap jalan penyelesaian akan dicapai antara kesemua pihak mengikut peraturan maritim antarabangsa. 
Dalam perbincangan selama 45 minit itu, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai isu-isu semasa dan ekonomi seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai dalam tempoh dua tahun lagi. 
Kunjungan Obama ke Malaysia kali ini adalah kali kedua dilakukannya selepas lawatannya pada April tahun lepas.

Sumber:


JAMIL KHIR DAN KE'MALU'ANNYA


Bila duit banyak depan mata, kopiah serban pun boleh hilanglah. 

KUALA LUMPUR 19 Nov. – “Saya bawa kes ini ke pentas mahkamah untuk mendapatkan keadilan sebaik-baiknya atas tuduhan yang dilemparkan terhadap saya,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas memfailkan saman fitnah terhadap seorang pemimpin PKR di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Saman tersebut berhubung dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir yang mengatakan, Jamil Khir menyalahgunakan dana tabung anak yatim dan orang miskin hasil sumbangan ramai melalui institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Jamil Khir yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 3.10 petang diwakili peguam utama, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, berkata, beliau mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya daripada dakwaan bersifat fitnah supaya perbuatan bercakap sesuka hati sebegini mesti dihentikan. (Sesuka hati ? Orang tu siap lampirkan dokuman sah, bodoh)

Beliau selaku pihak plaintif menamakan Akmal atau nama sebenarnya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir sebagai pihak defendan dalam pernyataan tuntutan yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Jamil Khir turut diwakili peguam, Adnan Seman @Abdullah.

Pihak plaintif menyatakan, Akmal secara tidak benar dan berniat jahat menerbitkan kenyataan kepada pihak media dan umum serta di laman sosial Facebook atas nama National Oversight and Whistleblowers (NOW) pada Jumaat, 13 November lalu yang didakwa berunsur fitnah. (Kau dah tak dapat beri penjelasan, tuduhlah orang memfitnah kau)

Pihak plaintif pada keesokan harinya telah menafikan sekeras-kerasnya perkataan tersebut dan menuntut Akmal memohon maaf selain menarik balik kenyataan tersebut namun dia enggan dan gagal berbuat demikian.

Menurut pihak plaintif, perkataan tersebut merujuk kepada dirinya diterbitkan tanpa mengesahkan terlebih dahulu kebenarannya sama ada daripada beliau mahupun Yapeim. (Kau ni reti ke tidak macam mana whistleblower ni bekerja ?)

Pernyataan Akmal itu, menurut Jamil Khir antaranya membawa maksud beliau seorang menteri yang tidak amanah, menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk menggunakan Yapeim bagi menyeleweng wang anak yatim atau dana yayasan tersebut untuk kepentingan peribadi dengan bersuka ria di luar negara.

Dakwaan tersebut juga bagi pihak plaintif membawa maksud, beliau seorang menteri yang korup dan tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan bukan seorang Islam yang baik.

Ekoran perkataan fitnah tersebut, Jamil Khir menyatakan, nama baik serta reputasi dan maruahnya telah terjejas teruk selain dipandang buruk oleh masyarakat memandangkan beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama.

Akibatnya dakwa pihak plaintif, beliau telah mengalami kesusahan, tekanan, kebimbangan dan malu. (Kau malu bila dah kantoi je, masa tak kantoi langsung buat dek je)

Jamil Khir turut memperincikan butiran niat jahat pihak defendan yang merupakan ahli politik PKR yang didakwa menerbitkan perkataan tersebut bagi meraih sokongan politik dan membangkitkan rasa benci orang ramai terhadapnya dan UMNO serta Barisan Nasional (BN). (Argumen yang tak matang daripada seorang ahli politik. Kalau yang bongkar tu PKR, terus jadi tak valid lah ye. Kalau dari BN, terus cop betul semata-mata ye.)

Pihak plaintif sehubungan itu antaranya menuntut perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada terus memburuk-burukkan dirinya. (Langkah si penakut paling mudah ialah melarang orang bercakap apa-apa)

Selain itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta menuntut suatu permohonan maaf dan juga suatu aku janji defendan tidak akan mengulangi fitnah tersebut pada masa akan datang. (Kalau penyumbang Yapeim minta gantirugi pulak macam mana ? Kau layan atau tidak ?)

Sumber:

Jamil Khir fail saman, tuntut keadilan, http://www.utusan.com.my/berita/politik/jamil-khir-fail-saman-tuntut-keadilan-1.160362

Isnin, 24 Ogos 2015

FILEM MENGGANGGU JIWA

Salam sejahtera.

Sesekali, saya juga suka menulis tentang filem yang saya tonton. Ada di antaranya yang sangat mengganggu jiwa dan sangat sukar untuk ditonton. Tulisan kali ini pernah saya terbitkan di 'timeline' Facebook saya. Saya kira, menulisnya semula di sini juga baik kerana di kemudian hari, ianya mungkin boleh sampai kepada khalayak pembaca yang lebih besar.

Pernah tonton filem yang mengganggu jiwa ?

'Suamiku Encik Perfect 10' bukanlah filem mengganggu jiwa. Apatah lagi 'Dua Hati Satu Jiwa'. Walaupun ada 'jiwa' di hujungnya, ianya tidaklah mengganggu jiwa, sebaliknya mungkin pengarahnya yang sakit jiwa.

Kalaupun produser filemnya Khalid Mohamad Jiwa, belum tentu filem yang dihasilkan akan mengganggu jiwa.

Hakikatnya, ada banyak filem yang telah diharamkan tayangannya (terutamanya di negara kita) kerana penceritaannya yang sangat 'mengganggu jiwa' badan penapisan filem. Berdasarkan pertimbangan moral dan budaya setempat, maka banyak filem diharamkan.

Dan.

Saya melalui rakan-rakan yang kaki filem telah dapat menonton filem-filem seperti ini. Ya, kami juga sangat terganggu jiwa raga apabila selesai menonton filem-filem ini. 

<A SERBIAN FILM, 2010>


 Diharamkan terus tanpa banyak bicara oleh lembaga penapisan filem kita, filem ini sejahat pemerintahan negaranya, Serbia. Saya tertanya-tanya, kenapa pengarahnya menamakan filemnya, A Serbian Film.

Setelah menonton dengan penuh kepayahan dan kesusahan, saya kira ada sedikit kefahaman di situ dari segi nilai moral (dah tentulah, dari mata kita, moral sudah habis ditelan lumat oleh kekejian penceritaanya). Tapi, dari pandangan rakyat Serbia sendiri, mereka menemukan sesuatu - kerajaan mereka pada hakikatnya telah meng'fucked-up' rakyat mereka sejak dari mereka dilahirkan sampailah mereka mati. Kerana itu, nama filem ini A Serbian Film.

Kita tentu masih ingat kekejaman Serbia terhadap Bosnia, begitulah jahatnya mereka, dan ada dari kalangan rakyat mereka yang waras turut sama terkena tempias kekejaman itu dengan merasakan bahawa mereka juga sedang diseksa lahir dan batin.

TETAPI.

Sudut pandang politik dan sosial ini diterjemahkan di dalam filem dengan sesuatu yang sangat keji dan salah dari segi undang-undang.

Prostitution (Pelacuran)
Necrophilia (keadaan psikologi yang terangsang untuk berhubungan seks dengan mayat)
Child Rape (rogol kanak-kanak)
Sodomy (liwat)

Kesemuanya adalah sejahat-jahat perbuatan. Tapi itulah yang dipaparkan, dengan teknik sinematografi yang sangat celaka sama sekali. Dan kesemuanya itu adalah kononnnya ingin menggambarkan kekejaman kerajaan Serbia terhadap rakyatnya.

Kisahnya mudah.

Seorang pelakon porno yang hilang punca pendapatan menerima tawaran aneh daripada seorang pengarah filem 'art' dengan bayaran yang sangat lumayan. Tetapi, si pengarah tidak memperincikan filem yang akan dilakonkannya. Tapi si pengarah berjanji, ianya berbaloi.



Janji hanyalah kata-kata manis.

Setelah si pelakon mengetahui yang si pengarah adalah seorang gila yang menghasilkan filem di luar batasan dan kewarasan manusia (apabila ditontonkan kepadanya adegan seorang manusia celaka merogol seorang bayi (nauzubillah))

Si pelakon dengan pertimbangan akalnya yang masih waras, bertindak meninggalkan tim produksi filem itu, tetapi tidak lama. Dia terlebih dahulu telah terminum air yang diisi dengan ubat berbahaya yang membuatkan dirinya hilang kawalan. 



Setelah hilang kawalan, si pengarah telah mengeksploitasi si pelakon semahu-mahunya.
Seterusnya, hanyalah kekejian demi kekejian yang berlaku. Paling malang, anak dan isterinya terheret sama ke dalam kecelakaan produksi itu yang rupa-rupanya menghasilkan 'snuff film' yang salah di sisi undang-undang.



Tapi, bagi si pengarah, undang-undang negaranya hanya untuk kepentingan pemerintah, bukan memelihara rakyat. Jadi, peduli apa dengan undang-undang. Lebih teruk lagi, adik si pelakon yang merupakan seorang polis terbabit sama (konon ingin menggambarkan bahawa pihak berkuasa juga tidak berguna sama sekali).

Di awal filem, ianya seolah-olah seperti 'family film' yang bahagia dengan sedikit babak 18sx. Hal itu konon menggambarkan bahawa dari luaran, rakyat Serbia aman di bawah pemerintahan kerajaannya. Kemudian, pertengahan filem hinggalah ke akhirnya, kecelakaan demi kecelakaan ditonjolkan dan kononnya itulah hakikat yang berlaku di sebalik 'keamanan'. Terseksa dan menderita.



Produser dan Pengarah = Kerajaan
Polis (adik pelakon), dan tim produksi filem = Pihak berkuasa
Si pelakon, isteri dan anaknya = rakyat bawahan

Ini adalah filem 'Horror' bercampur 'gore'. Bukan untuk ditonton bersama keluarga. Dan, lebih baik tak payah tonton.

<CANNIBAL HOLOCAUST, 1980>


 Saya menonton filem ini lebih awal daripada A Serbian Film. 

Secara jujurnya, filem ini secara realitinya jauh lebih keji daripada A Serbian Film. Kerana apa ? Kerana meskipun A Serbian Film itu sangat ganas dan ngeri, tapi kesemuanya adalah set dan kostum, dicampur dengan teknik sinematografi yang baik dan mencengkam.

Tetapi, di dalam Cannibal Holocaust, beberapa pembunuhan benar-benar berlaku, walaupun ianya adalah haiwan. Untuk pengetahuan, tidak ada negara dan industri filem yang membenarkan penerbit filem membunuh apa jenis haiwan sekalipun (yang dipaparkan secara nyata).



Di dalam filem ini, antara haiwan yang terbunuh ialah:

a) Monyet (Dikerat kepalanya)
b) Coatimundi (Di dalam filem disebut muskrat)
c) Kura-kura (babak yang sangat popular dan menggelikan)
d) Ular
e) Tarantula
f) Khinzir

Para pelakon yang melakonkan babak pembunuhan haiwan-haiwan ini sememangnya sedih dan menyesal selepas babak itu selesai, terutamanya khinzir dan kura-kura. Mereka adalah pelakon, bukan pemburu binatang terlatih.



Cannibal Holocaust kononnya mempersoalkan ketamadunan dan nilai-nilai murni masyarakat moden yang kian terhakis. Di sebalik dunia yang semakin maju dan moden, masih wujud manusia-manusia pribumi di tengah hutan mengamalkan kanibalisme (memakan daging manusia lainnya). Dalam hal mereka ini, selalunya apabila berlaku pergaduhan di antara puak-puak pribumi, mereka yang menang akan memakan daging yang kalah. Cara makannya sama ada dimasak ataupun dimakan mentah-mentah.


 Bagi puak pribumi ini, hal itu adalah biasa. Tetapi, yang menjadi susahnya adalah apabila manusia yang kononnya moden dan maju ini terjebak sama di dalam kanibalisme. Sifat kanibal yang kasar, keji, kejam, dan tidak berperikemanusiaan hanya tertunjuk apabila mereka benar-benar terancam, bukan sepanjang masa begitu.



Akan tetapi, di dalam filem ini, para manusia moden yang hendak menjejaki puak kanibal telah melakukan banyak perkara tidak senonoh dan kejam. Mereka malah cuba merogol salah seorang wanita daripada puak kanibal itu. Itu tidak diambil kira lagi amalan seks bebas yang diamalkan oleh mereka. Bogel sesama sendiri adalah biasa bagi si kanibal yang mundur. Tetapi apabila manusia moden berkelakuan begitu, siapa yang lebih teruk ?

Nilai-nilai moral dipersoalkan di dalam filem ini, tetapi penonjolannya pada aktiviti kanibalisme yang dijalankan. Justeru, ianya jijik dan menjelikkan.

Untuk dekad 80-an, sinematografi filem ini sangat mengagumkan pengarah filem lain ketika itu. Ianya menggemparkan dunia perfileman sehingga pengarahnya ditangkap dan didakwa atas dakwaan menghasilkan 'snuff film' (filem yang merakamkan aksi pembunuhan secara nyata).

Ini baru dua filem yang saya tonton. Masih bersepah lagi filem bercorak seperti ini yang dihasilkan di luar sana. Ada yang membawa jalan cerita yang baik, malah ada juga yang sampah tetapi cuba mengaut keuntungan daripada khalayak penggemar filem ganas dan ngeri (horror & gore).

Kesimpulannya, filem seperti ini cuba membawa mesej nilai moral yang diinjak dan dibakulsampahkan oleh manusia itu sendiri, sehingga kita terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang di luar batasan pemikiran waras manusia yang berakal. Jika dari sudut kerohanian, nyatalah jiwa manusia seperti ini telah mati daripada menerima cahaya kebenaran. Mereka sebaliknya menerima keganasan, penindasan, buas, kekejaman dan kekejian sebagai cara hidup untuk dipraktikkan. 

Sama ada dari sudut politik dan kehidupan sosial, kebanyakan daripada kita benar-benar keji.
Filem-filem seperti ini adalah interpretasi, tetapi dengan cara yang sangat memualkan. Dan, bukan semua di antara kita dapat menghadam dan menerima bahawa ianya adalah hakikat daripada sebahagian kehidupan manusia, hamba Tuhan yang banyak melampaui batas.

TERKELIRU

Wah wah wah...

Nampaknya kerajaan sekarang ini takut betul rakyat terkeliru, khususnya ahli UMNO. Contohnya, macam laporan di bawah ni:

Ahli parti UMNO yang keliru terhadap perjuangan parti pada hakikatnya membawa suara pembangkang dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akibat daripada itu, ahli UMNO yang tersasar telah lari daripada tujuan asal perjuangan, sehingga seronok melakukan pelbagai fitnah terhadap pucuk pimpinan negara, khususnya Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak. [1]

Seronok motherfucker apa seronok ? Lu punya boslah seronok sangat melahap duit negara sampai entah apa-apa jadinya ekonomi kita, tu tak campur sekali derma 'apekecibai' dia yang entah dapat dari mana tu.

Apa-apa saja laporan yang tak memihak kepada lu, lu terus dismiss sebagai fitnah. What The Fuck ? Ini perangai apa ni ? Oh ya, kita ada satu sindrom yang disebut 'denial syndrome' ataupun sindrom penafian. Dahlah lu tak kasi perjelas betul-betul pada orang awam, dengan ahli UMNO sendiri pun lu bersilat entah apa-apa kejap gitu kejap gini. 'Apekelancaunye' tu.

Lu ingat orang awam kat luar ni semuanya asshole ke ? Semuanya bitch ke ? Yo brader. Orang bijak-pandai ramailah kat luar sini. Takkan boleh lu nak sekat maklumat di internet. Yang lu boleh buat ialah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Ini transaksi bukan transaksi main-main. Bilion punya transaksi. Takkan jadi gitu je. 

Ahli UMNO dah jadi malu dengan pemimpinnya sendiri. Nak dilawan balik, apekebende isunya pun diorang susah nak jelaskan. Penyudahnya, tadah jelah telinga masing-masing kena pungpang dengan orang awam yang non-partisan.

Bila lu punya ahli dah hilang keyakinan sama lu, masa tu lu taulah langit tu tinggi ke rendah. Eh kejap, lu yakin ke sekarang ni lu punya ahli berjuta sokong lu ? Ke tinggal berapa kerat je ?

"Salahkanmu, jangan salahkanku...lalalala..." -Keliru, Nurul & Ajai-

Sumber:

Jumaat, 21 Ogos 2015

YAKIN

Salam hormat dan salam sehati sejiwa.

Itu adalah ucapan salam yang disuruh oleh pemerintah supaya diucapkan oleh para pemberita. Saya syak itu adalah propaganda psikologi untuk kita rakyat Malaysia ini tahu bahawa kabinet sekarang ini ialah kabinet yang sehati sejiwa. Artinya, tak ada lagi dah suara-suara pertikaian, semua pakat main angguk "yes boss". Well..., bila anda mengucapkan salam seperti ini di depan kakitangan anda, anda seolah-olah sedang menanam idea (macam inception) ke atas kakitangan supaya 'setialah kepadaku, jangan banyak cerita'.

Ok. Cerita pasal yakin.

Saya memang tertarik dengan orang yang yakin. Percayalah, mempunyai rasa yakin ini bukan senang ye. Dia umpama satu keberanian yang entah datang dari mana supaya kita dapat lakukan atau katakan sesuatu tanpa rasa takut mahupun gemuruh. Malahan, anda juga perlu yakin dengan orientasi seksual anda, supaya anda tidaklah menjadi seorang yang menjalani kehidupan seks songsang. Lelaki tak memasal hantam lelaki, itu adalah hasil daripada ketidakyakinan hakikat bahawa penis perlu bertemu dengan vagina, err...vagina yang original ye. Yang palsu tak diambilkira, apatah lagi anus.

Mereka yang mengamalkan seks songsang adalah mereka yang tidak yakin dengan naluri semulajadi kurniaan Tuhan. Ptuih.

Anda yakin bahawa anda seorang Muslim yang bertunjangkan keimanan kepada Tuhan yang satu. Makanya, anda yakin untuk beramal ibadah tanpa rasa takut mahupun keliru. Apabila anda telah yakin, apa saja kekeliruan yang datang, dapat ditepis dengan iman anda yang kukuh itu. Meskipun ada yang berkata iman seseorang itu boleh menjadi senipis kulit bawang, tetapi dengan keyakinan, iman anda boleh menjadi setebal kulit raksasa. Kalau kulit durian ? Owh, itu tidak elok sama sekali. Kerana kulit durian itu berduri. Makanya, saya mengumpamakan bahawa iman anda itu boleh membahayakan orang lain. Contoh, anda dengan sesuka hati menghukum orang pasti ke neraka dan diseksa seteruk-teruknya hanya kerana dia tak pakai tudung sedangkan anda pula berhijab siap tutup muka sekali. Siapa entah yang jadi Tuhan sekarang, kita pun tak tahu.

Memasak dengan panduan resipi pun cara untuk menyuburkan keyakinan

Memasak dengan keyakinan. Fuhh... ini pun sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Kerana tanpa sebuah keyakinan, hidup ini tidak bermakna. Untuk memastikan sebuah hidangan itu sedap dan lazat untuk disantap suami dan anak-anak, keyakinan terhadap sukatan bahan amatlah perlu. Garam banyak mana, gula banyak mana, serbuk kunyit banyak mana. Almaklum, orang Melayu punya stail ialah secukup rasa. Bila secukup rasa, ertinya memasak itu adalah latihan berulang tanpa henti sehinggalah kita mati. Kerana apabila anda telah mencapai tahap lejen dalam memasak, anda tak akan mengajar orang memasak dengan berkata, "Haa...masukkanlah garam sebanyak 1milimeter..." Err...garam pakai milimeter ke eh ? Nampak sangat tak pandai memasak. Huahuahua...

Manusia di Malaysia yang paling yakin bahawa ada 3 juta ahli menyokongnya dengan setia.


Manusia kedua di Malaysia yang dengan yakinnya memberi maklumbalas yang bodoh kepada awam



Keyakinan yang seterusnya ini sangatlah kritikal. Iaitu keyakinan dalam membuat pernyataan dan keputusan. Haaa..., ini selalunya melibatkan pemerintah sesebuah negara.  Seperti yang telah kita sedia maklum, untuk mentadbir sesebuah negara, kita tak bolehlah bergantung semata-mata kepada penasihat-penasihat kiri-kanan. Kerana ada masanya, mereka juga boleh menjadi punahsihat. Itu sangatlah berbahaya, terutama kepada pemerintah bangang. Justeru, pemerintah itu sendiri mestilah pandai dan berwibawa serta banyak membaca dan menganalisis. Perlu juga diingat, kebolehan menganalisis ini tidak ada pada semua orang. Ada orang main pakat redah je ikut suka. ada orang, dia akan nilai sesuatu keputusan, melihat baik dan buruknya, dan pertimbangan terhadap kesan yang bakal timbul sekiranya dibuat sesuatu keputusan akan diambil kira dengan teliti.

Dan.

Kesemuanya itu memerlukan keyakinan. Keyakinan dengan ilmu. Sebab kalau keyakinan dengan kebodohan, maka jadilah orang seperti Ahmad Maslan yang dengan yakinnya menjawab soalan wartawan dengan jawapan bodoh. Bila orang kata bodoh, marah pulak. Sudahlah yakin dengan kebodohan, muka selenge pulak tu. Ok, ini dah masuk bab mengutuk muka. Hehehe...

Kalau kita melihat keadaan pemerintah kita sekarang ini, keyakinan mereka itu amatlah tidak kena pada tempatnya. Awak tu memanglah yakin, tapi kami orang-orang awam ni bukan semudah itu hendak diyakinkan. Ini kita belum cerita tindakan-tindakan kontroversi yang engkorang ambil, kemudian suruh kami yakin yang tindakan anda itu betul tanpa dijelaskan punca dan alasannya dengan sebenar.

Kejujuran. Itu pada saya asas membina keyakinan. Jujur, bukan lurus ye... Ada bezanya. Jujur sangat pun tak boleh kerana ada kerahsiaan-kerahsiaan yang perlu dijaga. Jangan sampai mudah sangat rahsia negara diketahui negara luar. Makanya, sifat jujurlah yang perlu kita suburkan dalam diri kita, supaya kita dapat membina keyakinan orang di sekeliling kita. Kemudian, kita kena tambahkan ilmu pengetahuan pulak, sebab kalau kita jujur pun, tapi tak berilmu pun orang susah nak yakin dengan kita.


GRAND THEFT AUTO 5

Salam sejahtera kepada semua hardcore gamers di luar sana yang jari-jemari mereka menaip papan kekunci bak air hujan turun merintik dari langit. Err...apa maksudnya tu ye ? Laju dan tampak berwibawa kut...

Ok. Just a sharing.

Percaya ataupun tidak, antara faktor seseorang itu meng'upgrade' komputer mereka adalah untuk bermain game. Satu-satu game itu memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk membolehkan gama itu berjalan dengan smooth macam pasir pantai mengalir semula ke laut setelah dipukul ombak. Alangkah smoothnya...

Salah satu game yang memerlukan spesifikasi yang tinggi adalah game ini - Grand Theft Auto 5.



Kalau anda semua biasa dengan PC dan sistem-sistemnya, paling kurang anda mesti pernah dengar orang bertanya, "Pc kau ni pentium berapa ?" Itu maknanya dia bertanya tentang processor. Setakat ini, yang paling dicari-cari ialah Intel i5 dan i7. Tapi, itu belum mencukupi rupanya. Pertanyaan selanjutnya pula ialah, "RAM nya berapa ?" Setakat ini, yang saya tau RAM paling tinggi ialah DDR3 maksimum 4GB. Jadi, kalau PC itu ada 4 slot untuk memasang kad memori RAM itu, maka yang paling best ialah kesemua slot itu dipenuhkan dengan RAM 4GB. Uihhh..., tak cukup lagi rupanya. Lepas RAM dah setel, orang akan melanjutkan pertanyaan lagi, "Graphic card kau pakai apa ?" Haa... ini dah masuk bab jenama graphic card pulak. Yang paling dominan dah tentulah Nvidia dan Ati Radeon. Jika ada kompeni lain yang hendak buat graphic card, mereka tetap akan memasang cip sama ada nvidia mahupun ati radeon. Antara kompeni tersebut ialah Asus dan MSI. Kedua-duanya ni sangat popular. 

Setel bab tu, barulah kita masuk perihal gamenya pulak.

Grand Theft Auto 5 seolah-olah mengenang kembali Grand Theft Auto:San Andreas yang diterbitkan pada tahun 2004. GTA San Andreas dikenang oleh para gamers sebagai salah satu game terbaik yang pernah Rockstar hasilkan dengan konsep 'real-world' dan 'storyline' yang sangat baik. Walaupun begitu, GTA 5 (2013) telah mencapai hasil yang jauh lebih baik daripada San Andreas apabila Rockstar mengambil keputusan untuk menggunakan kembali model bandar San Andreas (bayangan San Francisco) untuk penceritaannya. Pulak tu, dia tambah pulak watak utamanya jadi 3 orang -  masing-masing dengan masalah sendiri yang akan mempengaruhi misi yang akan kita lalui. Tidak seperti GTA San Andreas, wataknya hanya seorang saja, iaitu Carl Johnson yang menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan keluarganya tanpa khabar berita sehinggalah dia tak mengetahui bahawa ibunya telahpun meninggal dunia.

Carl 'CJ' Johnson
GTA 5 pulak mengetengahkan 3 protagonis utama iaitu Franklin Clinton, Michael Townley / De Santa dan Trevor Philips.

Dari kiri: Trevor Philips, Franklin Clinton & Michael Townley
Menariknya tentang ketiga-tiga watak ini, kesemua mereka diketemukan melalui misi-misi spesifik. Sampaikan pada satu-satu masa, kita akan diminta untuk mengawal mereka bertiga dalam satu misi yang sama, terutama yang melibatkan rompakan ataupun perbuatan jenayah terancang. Ya, di dalam Grand Thef Auto, kita ada dua jenis jenayah. Yang pertama, jenayah spontan dan kedua, jenayah terancang. Jenayah spontan tu termasuklah kita menumbuk tak tentu pasal orang awam yang sedang lalu-lalang. Merempuh kereta orang lain, malah menembak orang lain tanpa niat yang lurus. Selepas jenayah seperti itu dilakukan, anda akan menerima bintang 'wanted'. Sejurus selepas itu, bermulalah episod kejar-mengejar di antara anda dan juga anggota polis. Kalau bintang anda bertambah banyak (boleh jadi 4-5 terus kalau anda bunuh polis), anda bukan saja akan dikejar dengan kereta, malah helikopter khas siap dengan penembak tepat yang akan menuju peluru maut ke kepala anda. 

Bagi jenayah terancang pula, anda akan laluinya di dalam misi-misi khas. Kebiasaannya, jenayah terancang akan cuba dijustifikasikan oleh watak di dalam game tersebut. Oleh itu, kita selaku pemain akan melihat bahawa si jahanam bertiga ini sebagai 'mulia' dan penguatkuasa pula sebagai 'celaka yang mesti dihalang'. Itu 'trademark' Grand Theft Auto. Jenayah terancang ini kebiasaannya melibatkan duit dengan jumlah yang sangat banyak, seperti merompak bank ataupun mencuri dokumen rahsia kerajaan.

GTA 5 juga cuba melihat isu korupsi dalam kalangan penguatkuasa mahupun penegak keadilan. Kerana itu, kita akan diketemukan dengan watak-watak penting yang datang dari organisasi besar US iaitu FBI (dalam game ditukar kepada FIB) yang korup dan menggunakan penjenayah untuk kerja kotor mereka dan menghapuskan bukti penyiasatan. Dalam pada itu, percayalah bahawa kita akan mula merasakan yang seolah-olah orang seperti ini ada di dalam negara kita dan sedang melakukan perkara yang sama. Apa macam ? Psiko tak ? Hehehe...

Lester The Mastermind

Kekuatan game ini pada jalan cerita, kawalan game dan juga grafik. Grafiknya memang mengancam. Kalau anda memiliki monitor PC yang bersaiz besar, ditambah pulak dengan kad grafik yang kaw-kaw punya power, memang puas hati. Cuma persoalannya sekarang, adakah anda biasa bermain game dengan corak 'third-person view' ? Kalau anda jenis suka game 'first-person view', anda mungkin akan sedikit kekok mengawal wataknya. Oleh sebab itulah, tim pembangunnya memasukkan juga pilihan untuk bermain dengan cara 'first-person view'.

Bermain dengan 'third-person view'

Bermain dengan 'first-person view'
Pengalaman saya bermain game dengan 'third-person view' ini bermula dengan game Silent Hill : Homecoming. Itupun sekitar tahun 2007. Tapi untuk 'first-person view', saya dah biasa sejak dari tahun 90-an di mana ketika itu game Wolf 3D dan Doom sedang bermaharajalela. Untuk game siri GTA pula, saya setakat ini hanya bermain dua siri, iaitu GTA San Andreas dan juga GTA 5 yang baru ini. Kedua-dua ini sajalah yang sangat saya gemari. Jadi, saya tak bolehlah tergolong sebagai peminat tegar siri GTA. Hehehe...

Kalau game ini diberi penilaian untuk tontonan, saya yakin sekali bahawa penilaian yang akan diberi ialah 18PL. Sebab apa ? Sebab game ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan seks yang tidak keterlaluan. Oleh itu, this game is definitely not for children below 18. Ini belum campur dengan perbualan antara watak yang penuh dengan carut-marut tipikal American.

Franklin Clinton
"Look homie, I don't mind dying, you feel me? But I just wanna die with something that matters."
― Franklin Clinton

Michael Townley/De Santa
"You wake up one day, and your legs, they just give. You can't run anymore."
― Michael De Santa
Trevor Philips
"This is my life's work. I mean since I was a little kid I-I dreamt big. Y'Know, I've always wanted to be an international drug dealer and... weapons trader."
―Trevor Philips 

Kesimpulannya, kalau anda ada sebuah PC yang power, bolehlah cuba meng'install' game ini dan henyak sampai habis. Saya tak boleh jamin anda akan tidur awal selepas bermula. Hihihi...

MULA SEMULA

Saya fikir, saya wajar memulakan semula entri baru di blog ini. Setelah begitu lama saya mendiamkan diri kerana faktor kesibukan, saya kira ini adalah masa yang baik untuk memulakan sesuatu. Tambahan pula, situasi politik dan ekonomi negara kita kian meruncing kerana kebodohan pemerintahnya (menggunapakai istilah yang sering digunakan media Indonesia). Maka, kebodohan mereka itu boleh kita jadikan lawak jenaka melampau bagi meredakan ketegangan.

Kita marah.
Kita sangat marah. Sebab apa ? Sebab mereka sangat tidak jujur dengan kita yang mengundi mereka ni. Kita ada kebimbangan. Dan kebimbangan kita itu sangatlah berasas. Bukan sebab kita semata-mata membaca laporan portal pro pembangkang. Apa ingat rakyat Malaysia bodoh sangat ke sampai tak tahu menilai mana yang kaca, dan mana yang intan. Ataupun, kedua-dua belah pihak sama saja. Iaitu kaca yang menusuk tapak kaki yang penat melangkah mencari rezeki.

Boo.

Engkorang semua tak boleh pakai punya manusia.

Ok. Berbalik kepada cerita mengenai Da Di Du. Blog ini, kalau saya tak salah telahpun diwujudkan sekitar tahun 2009. Di saat saya sangatlah kemaruk menulis, Maka DaDiDu adalah tempat untuk saya menaip apa saja. Tapi, sebelum itu saya telahpun mula menulis di blog Friendster, sekitar tahun 2007. Ketika itu, blog Friendster sangat mudah untuk dibaca dan saya belum begitu mahir menggunakan blogspot seperti sekarang. Namun demikian, pada tahun yang sama juga, saya cuba untuk menerbitkan satu lagi blog di blogspot sebagai cubaan pertama saya, yang saya namakan Pena Menulis.

Dalam Pena Menulis, saya menggunakan bahasa yang sangatlah skema dan penuh nilai keimanan. Dan, blog itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kebanyakan orang yang membacanya adalah orang yang sedang mencari nilai jatidiri. Cewahh. Setelah Friendster ditransformasikan menjadi medan main game yang entah apa-apa, maka kekallah saya menulis di Pena Menulis. Rasa sedih pun ada kerana segala entri yang saya tulis Friendster hilang begitu saja. Kemudian, hati saya terdetik. Boleh tak kalau saya terbitkan satu lagi blog, tetapi dengan gaya bahasa yang jauh lebih santai. Setelah berkira-kira, maka terbitlah pula DaDiDu dan linknya saya tetapkan dengan nama santaisahaja.blogspot.com. Dari situ, ianya akan mengingatkan saya supaya menulis dengan gaya bahasa yang santai.

Pun begitu, lama-kelamaan usia kita semakin meningkat. Apabila saya cuba menulis kembali dengan gaya bahasa santai yang saya gunakan dahulu (ketika masih belajar), semuanya serba tak menjadi. Saya sendiri tak suka dengan apa yang saya tulis. Maka, terpaksalah saya berhenti menulis seketika, mencari-cari kembali rentak yang hilang. The lost ryhtm, bak kata orang putih.

Kemudian, apabila saya seolah-olah mendapat ilham, saya merasakan yang saya memang tidak akan dapat menulis seperti dulu semula. Namun begitu, apa yang dapat saya lakukan ialah, mula menulis dengan cara yang matang sedikit. Sikit je. Saya tak akan mampu menulis macam Tun Mahathir yang sangat saya hormati itu. Dan, tak mungkin pula saya nak menulis macam Najib menjawab soalan. Najib punya perangai, soalan bodoh dia bagi jawapan bodoh, soalan pandai pun dia bagi jawapan bodoh. Hal ini diwarisi dengan jelas oleh anak buahnya Ahmad Maslan, kemudian disusuli pula oleh Salleh Keruak. Oh ya, seolah-olah penyakit berjangkit, ianya merebak pula kepada Zahid Hamidi.

Jadi, saya akan mencuba menulis dengan gaya saya (di mana saya yakin juga dikongsi oleh ribuan rakan blogger di luar sana) yang cuba untuk matang, tapi dengan bahasa yang santai. Kata orang, nilai kematangan itu kita boleh tengok dari segi ejaan kesemua perkataannya. Kalau 'aku' pun nak ditulis 'aq', tak tau nak cakap apalah. Karang saya komen banyak-banyak, nanti minah-minah yang blog stail gitu marah pulak kat saya.

Oh ya, ke mana semuanya entri lama saya ? Telah pun saya buang kesemuanya. Saya mahu lupakan buku yang lama, dan buka buku yang baru. Semoga yang baru ini jauh lebih baik isinya daripada yang lama.

Terima kasih dan selamat membaca.