Apahal baju pun nak sama ? |
Aduhai... aku tak tahulah nak cakap apa dengan Najib bodoh ni. Kau tak nampak ke permainan diorang ni bangang ???
Counter-messaging, my ass. Amerika Syarikat ni perlukan sebuah negara yang dihormati untuk diperkotak-katikkan. Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang disegani dengan dasarnya dulu yang tegas, terutamanya darihal isu Israel-palestin. Kemudian dahulu kita sangat mengutamakan kerjasama rantau Asean dan negara-negara yang tidak berkiblatkan US kerana kita mahu jadi negara yang tidak 'bergantung' pada US.
Kedudukan Malaysia semacam ini sangat molek kalau diperkotak-katikkan. Oleh itu, memandangkan PM kita sekarang ni tak ubah macam lembu (lembu pun cerdik lagi), inilah masanya yang ditunggu-tunggu, iaitu memacakkan pengaruh US dalam negara. Tumpuan diberikan kepada PM bongok kita. Sekiranya Malaysia banyak mengikut dasar US, secara tak langsung pengaruh akan kena pada negara-negara serantau yang sangat menghormati Malaysia.
TPPA, my ass.
Oh ya, Najib. Kau tak perasan ke, makin banyak kau jilat bontot US, makin menjadi-jadi cubaan mengganas di dalam negara kita ni ? Kau tak nampak lagi ke ? Ke kau butakan mata kau ???
Kau sedang cuba menjual kedaulatan negara kau, bangsat.
Oh ya, kau jangan ingat orang tak tahu, niat kau berbaik-baik dengan US ni sebenarnya untuk kepentingan kau. Kau nak kekalkan pangkat kau sebagai PM sampai PRU mendatang yang dah tentu akan mendapat sokongan US. "Najib Must Stay As A Prime Minister Of Malaysia". I can imagine the headline.
Sesiapa yang cuba menggagalkan US untuk mengekalkan baruanya, US akan menentang dengan memburukkan mereka di dalam media global. Nampak ? Maka secara tak langsung kita tahu bahawa antara yang akan diburukkan ialah Tun Mahathir yang memang tidak pernah tunduk pada US.
We shall know your real game, soon...
Shit.
Sesiapa yang cuba menggagalkan US untuk mengekalkan baruanya, US akan menentang dengan memburukkan mereka di dalam media global. Nampak ? Maka secara tak langsung kita tahu bahawa antara yang akan diburukkan ialah Tun Mahathir yang memang tidak pernah tunduk pada US.
We shall know your real game, soon...
Shit.
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Amerika Syarikat akan membantu Malaysia menubuhkan pusat ‘counter-messaging’ yang berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti antikeganasan dalam usaha menjadikan rantau ini aman dan selamat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden AS, Barack Obama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini berkata, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, terutama menentang keganasan.
“Seperti diketahui terdapat kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini yang mempunyai persamaan operasi dengan kumpulan militan negara Islam (IS) yang ideologinya berlawanan dengan Islam sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia itu di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kedua-dua negara bersetuju dengan penubuhan pusat 'counter-messaging' yang berperanan mendidik masyarakat kerana usaha menentang keganasan bukan sahaja melibatkan tindakan ketenteraan tetapi juga memenangi hati dan minda rakyat.
Najib berkata, Malaysia juga diperlukan memainkan peranan bagi menunjukkan kepada dunia bagaimana pengamalan agama Islam yang sebenar.
Menyentuh isu yang sama, Obama berkata, AS yang mempunyai hubungan erat dengan Malaysia dan rantau ini sedia membantu negara itu dalam usaha menentang keganasan dan kumpulan pengganas seperti IS.
“Dalam usaha itu, Malaysia akan menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan seperti media sosial, pendidikan akademik dan sebagainya yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama AS,” katanya.
Katanya, beliau kembali melawat negara ini dan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN kali ini kerana mempunyai hubungan rapat dengan rantau ini yang telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Beliau berkata, perbincangan yang akan membabitkan pemimpin-pemimpin utama dunia dan rantau ini di sidang kemuncak itu akan memberi fokus kepada usaha dunia memerangi IS dan juga akan menyentuh isu pertelingkahan di Laut China Selatan.
Katanya, Malaysia adalah sebahagian daripada usaha dunia menentang keganasan dan negara itu boleh memainkan peranan sangat besar dalam usaha menghalang aktiviti keganasan, termasuk perkembangan fahamannya.
Mengenai isu di Laut China Selatan, Obama berkata, walaupun AS bukan salah satu daripada negara yang terlibat dalam pertelingkahan itu tetapi beliau berharap jalan penyelesaian akan dicapai antara kesemua pihak mengikut peraturan maritim antarabangsa.
Dalam perbincangan selama 45 minit itu, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai isu-isu semasa dan ekonomi seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai dalam tempoh dua tahun lagi.
Kunjungan Obama ke Malaysia kali ini adalah kali kedua dilakukannya selepas lawatannya pada April tahun lepas.
Sumber:
Amerika bantu Malaysia, http://www.utusan.com.my/berita/nasional/amerika-bantu-malaysia-1.160712
Tiada ulasan:
Catat Ulasan