Saman tersebut berhubung dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir yang mengatakan, Jamil Khir menyalahgunakan dana tabung anak yatim dan orang miskin hasil sumbangan ramai melalui institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Jamil Khir yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 3.10 petang diwakili peguam utama, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, berkata, beliau mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya daripada dakwaan bersifat fitnah supaya perbuatan bercakap sesuka hati sebegini mesti dihentikan. (Sesuka hati ? Orang tu siap lampirkan dokuman sah, bodoh)

Beliau selaku pihak plaintif menamakan Akmal atau nama sebenarnya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir sebagai pihak defendan dalam pernyataan tuntutan yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Jamil Khir turut diwakili peguam, Adnan Seman @Abdullah.

Pihak plaintif menyatakan, Akmal secara tidak benar dan berniat jahat menerbitkan kenyataan kepada pihak media dan umum serta di laman sosial Facebook atas nama National Oversight and Whistleblowers (NOW) pada Jumaat, 13 November lalu yang didakwa berunsur fitnah. (Kau dah tak dapat beri penjelasan, tuduhlah orang memfitnah kau)

Pihak plaintif pada keesokan harinya telah menafikan sekeras-kerasnya perkataan tersebut dan menuntut Akmal memohon maaf selain menarik balik kenyataan tersebut namun dia enggan dan gagal berbuat demikian.

Menurut pihak plaintif, perkataan tersebut merujuk kepada dirinya diterbitkan tanpa mengesahkan terlebih dahulu kebenarannya sama ada daripada beliau mahupun Yapeim. (Kau ni reti ke tidak macam mana whistleblower ni bekerja ?)

Pernyataan Akmal itu, menurut Jamil Khir antaranya membawa maksud beliau seorang menteri yang tidak amanah, menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk menggunakan Yapeim bagi menyeleweng wang anak yatim atau dana yayasan tersebut untuk kepentingan peribadi dengan bersuka ria di luar negara.

Dakwaan tersebut juga bagi pihak plaintif membawa maksud, beliau seorang menteri yang korup dan tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan bukan seorang Islam yang baik.

Ekoran perkataan fitnah tersebut, Jamil Khir menyatakan, nama baik serta reputasi dan maruahnya telah terjejas teruk selain dipandang buruk oleh masyarakat memandangkan beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama.

Akibatnya dakwa pihak plaintif, beliau telah mengalami kesusahan, tekanan, kebimbangan dan malu. (Kau malu bila dah kantoi je, masa tak kantoi langsung buat dek je)

Jamil Khir turut memperincikan butiran niat jahat pihak defendan yang merupakan ahli politik PKR yang didakwa menerbitkan perkataan tersebut bagi meraih sokongan politik dan membangkitkan rasa benci orang ramai terhadapnya dan UMNO serta Barisan Nasional (BN). (Argumen yang tak matang daripada seorang ahli politik. Kalau yang bongkar tu PKR, terus jadi tak valid lah ye. Kalau dari BN, terus cop betul semata-mata ye.)

Pihak plaintif sehubungan itu antaranya menuntut perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada terus memburuk-burukkan dirinya. (Langkah si penakut paling mudah ialah melarang orang bercakap apa-apa)

Selain itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta menuntut suatu permohonan maaf dan juga suatu aku janji defendan tidak akan mengulangi fitnah tersebut pada masa akan datang. (Kalau penyumbang Yapeim minta gantirugi pulak macam mana ? Kau layan atau tidak ?)