Itu adalah ucapan salam yang disuruh oleh pemerintah supaya diucapkan oleh para pemberita. Saya syak itu adalah propaganda psikologi untuk kita rakyat Malaysia ini tahu bahawa kabinet sekarang ini ialah kabinet yang sehati sejiwa. Artinya, tak ada lagi dah suara-suara pertikaian, semua pakat main angguk "yes boss". Well..., bila anda mengucapkan salam seperti ini di depan kakitangan anda, anda seolah-olah sedang menanam idea (macam inception) ke atas kakitangan supaya 'setialah kepadaku, jangan banyak cerita'.
Ok. Cerita pasal yakin.
Saya memang tertarik dengan orang yang yakin. Percayalah, mempunyai rasa yakin ini bukan senang ye. Dia umpama satu keberanian yang entah datang dari mana supaya kita dapat lakukan atau katakan sesuatu tanpa rasa takut mahupun gemuruh. Malahan, anda juga perlu yakin dengan orientasi seksual anda, supaya anda tidaklah menjadi seorang yang menjalani kehidupan seks songsang. Lelaki tak memasal hantam lelaki, itu adalah hasil daripada ketidakyakinan hakikat bahawa penis perlu bertemu dengan vagina, err...vagina yang original ye. Yang palsu tak diambilkira, apatah lagi anus.
Mereka yang mengamalkan seks songsang adalah mereka yang tidak yakin dengan naluri semulajadi kurniaan Tuhan. Ptuih. |
Anda yakin bahawa anda seorang Muslim yang bertunjangkan keimanan kepada Tuhan yang satu. Makanya, anda yakin untuk beramal ibadah tanpa rasa takut mahupun keliru. Apabila anda telah yakin, apa saja kekeliruan yang datang, dapat ditepis dengan iman anda yang kukuh itu. Meskipun ada yang berkata iman seseorang itu boleh menjadi senipis kulit bawang, tetapi dengan keyakinan, iman anda boleh menjadi setebal kulit raksasa. Kalau kulit durian ? Owh, itu tidak elok sama sekali. Kerana kulit durian itu berduri. Makanya, saya mengumpamakan bahawa iman anda itu boleh membahayakan orang lain. Contoh, anda dengan sesuka hati menghukum orang pasti ke neraka dan diseksa seteruk-teruknya hanya kerana dia tak pakai tudung sedangkan anda pula berhijab siap tutup muka sekali. Siapa entah yang jadi Tuhan sekarang, kita pun tak tahu.
Memasak dengan panduan resipi pun cara untuk menyuburkan keyakinan |
Memasak dengan keyakinan. Fuhh... ini pun sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Kerana tanpa sebuah keyakinan, hidup ini tidak bermakna. Untuk memastikan sebuah hidangan itu sedap dan lazat untuk disantap suami dan anak-anak, keyakinan terhadap sukatan bahan amatlah perlu. Garam banyak mana, gula banyak mana, serbuk kunyit banyak mana. Almaklum, orang Melayu punya stail ialah secukup rasa. Bila secukup rasa, ertinya memasak itu adalah latihan berulang tanpa henti sehinggalah kita mati. Kerana apabila anda telah mencapai tahap lejen dalam memasak, anda tak akan mengajar orang memasak dengan berkata, "Haa...masukkanlah garam sebanyak 1milimeter..." Err...garam pakai milimeter ke eh ? Nampak sangat tak pandai memasak. Huahuahua...
Manusia di Malaysia yang paling yakin bahawa ada 3 juta ahli menyokongnya dengan setia. |
Manusia kedua di Malaysia yang dengan yakinnya memberi maklumbalas yang bodoh kepada awam |
Keyakinan yang seterusnya ini sangatlah kritikal. Iaitu keyakinan dalam membuat pernyataan dan keputusan. Haaa..., ini selalunya melibatkan pemerintah sesebuah negara. Seperti yang telah kita sedia maklum, untuk mentadbir sesebuah negara, kita tak bolehlah bergantung semata-mata kepada penasihat-penasihat kiri-kanan. Kerana ada masanya, mereka juga boleh menjadi punahsihat. Itu sangatlah berbahaya, terutama kepada pemerintah bangang. Justeru, pemerintah itu sendiri mestilah pandai dan berwibawa serta banyak membaca dan menganalisis. Perlu juga diingat, kebolehan menganalisis ini tidak ada pada semua orang. Ada orang main pakat redah je ikut suka. ada orang, dia akan nilai sesuatu keputusan, melihat baik dan buruknya, dan pertimbangan terhadap kesan yang bakal timbul sekiranya dibuat sesuatu keputusan akan diambil kira dengan teliti.
Dan.
Kesemuanya itu memerlukan keyakinan. Keyakinan dengan ilmu. Sebab kalau keyakinan dengan kebodohan, maka jadilah orang seperti Ahmad Maslan yang dengan yakinnya menjawab soalan wartawan dengan jawapan bodoh. Bila orang kata bodoh, marah pulak. Sudahlah yakin dengan kebodohan, muka selenge pulak tu. Ok, ini dah masuk bab mengutuk muka. Hehehe...
Kalau kita melihat keadaan pemerintah kita sekarang ini, keyakinan mereka itu amatlah tidak kena pada tempatnya. Awak tu memanglah yakin, tapi kami orang-orang awam ni bukan semudah itu hendak diyakinkan. Ini kita belum cerita tindakan-tindakan kontroversi yang engkorang ambil, kemudian suruh kami yakin yang tindakan anda itu betul tanpa dijelaskan punca dan alasannya dengan sebenar.
Kejujuran. Itu pada saya asas membina keyakinan. Jujur, bukan lurus ye... Ada bezanya. Jujur sangat pun tak boleh kerana ada kerahsiaan-kerahsiaan yang perlu dijaga. Jangan sampai mudah sangat rahsia negara diketahui negara luar. Makanya, sifat jujurlah yang perlu kita suburkan dalam diri kita, supaya kita dapat membina keyakinan orang di sekeliling kita. Kemudian, kita kena tambahkan ilmu pengetahuan pulak, sebab kalau kita jujur pun, tapi tak berilmu pun orang susah nak yakin dengan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan