Khamis, 27 Disember 2018

DJANGO UNCHAINED, SEBUAH LAGU DAN CERITERA PEMBEBASAN JIWA

Saya bukan peminat filem Quentin Tarantino. Tetapi saya selalu mendengarkan orang bercakap tentang filemnya yang satu ini (iaitu Django Unchained), bersama-sama dengan Pulp Fiction serta Inglourious Basterds. Pulp Fiction kerana dua watak utamanya yang aneh. Manakala Inglourious Basterds dan Django Unchained pula adalah kerana pelakon pembantunya iaitu Christoph Waltz yang cemerlang dengan wataknya lalu melayakkan dirinya memenangi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk kedua-dua filem tersebut.


Ianya mengenai kisah seorang hamba kulit hitam yang 'dibebaskan' oleh seorang 'bounty hunter' yang sedang mencari sekumpulan lelaki yang dikehendaki dengan tawaran wang. Memandangkan si kulit hitam yang bernama Django itu tahu tentang kumpulan lelaki tersebut kerana mereka pernah menjadi tuannya, maka 'bounty hunter' yang bernama Dr. King Schultz (Christoph Waltz) menyelamatkannya daripada dijual kepada tuan lain dan membawanya bersama untuk mencari kumpulan lelaki tersebut.

Saya tak berhajat hendak berpanjang lebar tentang ceriteranya, tetapi saya mahu berkongsi sebuah lagu latar yang menghiasi satu babak di dalam filemnya. Lagu tersebut berjudul 'I Got A Name'. Ianya dinyanyikan oleh Jim Croce.





James Croce






Ini adalah liriknya:

Like the pine trees lining the winding road,
I've got a name,
I've got a name.
Like the singing bird and the croaking toad,
I've got a name,
I've got a name.
And I carry it with me like my daddy did,
But I'm living the dream - that he kept hid.
Moving me down the highway,
Rolling me down the highway,
Moving ahead so life won't pass me by.

Like the North wind whistling down the sky,
I've got a song,
I've got a song.
Like the whip-poor-will and the babies crying,
I've got a song,
I've got a song.
And I carry it with me and I sing it proud,
If it gets me nowhere, I'll go there proud.
Moving me down the highway,
Rolling me down the highway,
Moving ahead so life won't pass me by.

And I'm gonna go there free.

Like the fool I am and I'll always be,
I've got a dream,
I've got a dream.
They can change their minds but they can't change me,
I've got a dream,
I've got a dream.
I know I could share it if you want me to.
If you're going my way - I'll go with you.
Moving me down the highway,
Rolling me down the highway,
Moving ahead so life won't pass me by.

Moving me down the highway,
Rolling me down the highway,
Moving ahead so life won't.... pass me by.

Saya meneka lagu tersebut berentak 'country' yang sering disesuaikan dengan latar suasana barat Amerika.

Saya cuba menyantuni liriknya dan ianya cukup indah untuk dipadankan dengan babak Django yang sedang 'dibebaskan' dari belenggu perhambaan secara tidak dijangkakan. Saatnya bermula dengan agak janggal bagi Django apabila dibenarkan untuk memilih pakaiannya sendiri, dan dia memilih pakaian yang aneh namun menonjol sebagai salah satu simbolik dirinya yang cuba membuang imej hamba abdi kulit hitam di tengah masyarakat kulit putih dan juga hitam yang agak hairan melihat penampilannya.

Beberapa ketika kemudian, dia memilih pakaian koboi yang tepat dan menonjolkan kemegahan dirinya sebagai seorang lelaki bermaruah, dan membuatkan Dr. King tersenyum bangga.



Dan ketika lagu ini dimainkan di dalam filem, Django telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Dr. King Schultz untuk memburu penjenayah yang berkeliaran, sekaligus melatih dirinya sendiri untuk bermain senjata api di bawah didikan Dr. King.

Ketika ini, Django hampir mencapai kebebesan total daripada imej perhambaan, namun emosinya masih terganggu dengan imej isterinya yang seolah-olah sedang menunggu dirinya untuk datang dan membebaskannya daripada dimiliki tuan orang putih yang kejam.

Buruan pertama Django sedang diatur

Ketika lagu ini dimainkan juga, beliau mendapat keuntungan hasil kerjasamanya dengan Dr. King memburu penjenayah dan beroleh wang ganjaran, justeru ianya juga adalah simbolik pembebasan apabila Django dibenarkan memiliki wang, seperti mana orang-orang bebas yang lain.

Beberapa komen mengatakan bahawa Quentin Tarantino sebagai pengarah selalu dapat menyesuaikan lagu latar dan babak filemnya dengan tepat. Saya kira kalau saya mahu memberi komen untuk filem ini, ianya memang tepat dan berjaya. Seolah-olah ianya menjadi garis pemisah yang ketara di antara kehidupan Django sebelumnya sebagai hamba abdi dan jalan hidupnya selepas itu sebagai seorang yang bebas serta sedang dalam usaha untuk menentang orang-orang yang menjadikan perhambaan sebagai sesuatu yang menguntungkan poket masing-masing.

Lagu ini akan saya kenang sebagai salah satu lagu latar yang berjaya, dan harapnya begitu juga buat anda yang sedang mencari jatidiri sebagai seorang manusia sejati yang punya harga diri.

Tiada ulasan: