Rabu, 19 Disember 2018

BUTA (BACA: BODOH) HUBUNGAN ANTARABANGSA

Sesekali, atau banyak kali, Malaysia memberi respon atau pendirian terhadap satu-satu isu yang menimpa negara-negara lain.

Bagi mereka yang buta tentang ilmu hubungan antarabangsa, terutamanya rakyat kita ini, ramai daripada kita menyangka bahawa Malaysia cuba nak menyibuk hal negara lain.

Ada beza ya antara menyibuk dan mengambil berat.

Kalau ada sesiapa dari negara luar yang menyuruh kita menyokong satu-satu parti untuk PRU kita, itu baru dinamakan menyibuk.

Tetapi, sekiranya kita memberi komen terhadap isu-isu yang dilihat tidak kena di mata antarabangsa (lebih-lebih lagi yang melibatkan hak asasi manusia), itu namanya ambil berat.

Negara kita juga banyak mengecam ketidakadilan sosial di banyak negara. Antara yang paling popular sudah tentulah Palestin dan Myanmar. Lama dahulu, kita juga jaguh dalam menentang dasar Apartheid yang dijalankan di Afrika dahulu. Dek kerana besarnya pengaruh kita dahulu. Afrika terhutang budi dengan kita.

Palestin ? Lagi tak usah cerita. Yasser Arafat sehingga ke akhir hayatnya tak berhenti berterima kasih dengan Tun Dr. Mahathir atas ketegasan suaranya menghentam Israel. Sedang Arab Saudi pun tak berbunyi, kita pula berani berdiri.

Hal-hal seperti ini seolah-olah tidak jelas pada pengetahuan masyarakat kita masakini. Mereka kata Malaysia menyibuk hal orang sedangkan hal sendiri tidak terjaga.

Ini kenyataan bodoh. Kita ada kementerian yang menguruskan hal-hal spesifik di dalam negara. Apa yang tidak terjaganya ? Untuk isu-isu antarabangsa, kita ada Kementerian Luar Negeri Malaysia (Minister of Foreign Affairs Malaysia). Kementerian inilah yang akan memberi dan menerima respon kepada negara-negara luar terhadap banyak isu sesama kita.

Jadi, kalau anda kata Malaysia suka menyibuk hal orang, anda bodoh.

Kau ingat menjaga negara tu macam jaga rumah kau ke ?

Tiada ulasan: