Isnin, 17 Disember 2018

MUHAMMAD ADIB - PERGI KERANA TANGAN-TANGAN SI CELAKA

Selalu kita dengar atau baca laporan tentang anggota polis mahupun tentera yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Namun, deria kita tidak 'begitu mesra' dengan berita terkorbannya seorang anggota bomba. Sekalipun ada, itupun kerana mereka menjalankan tugas mereka dan ditakdirkan, mereka terkorban.

Muhammad Adib

Kisah Allahyarham Muhammad Adib ini pula lain ceriteranya. Dia tewas dengan kecederaannya yang berpunca daripada rusuhan. Orang yang merusuh. Dia terperangkap di dalam kancah pergaduhan yang tidak punya erti dan makna.

Sedangkan dia datang bersama rakan seanggotanya demi untuk memadamkan kebakaran yang dipuncakan daripada tangan-tangan si celaka. Dan, tangan-tangan si celaka ini mengerjakan dia pula yang berada di tempat kejadian.

Sewajarnya Muhammad Adib pergi sebegini ?
Tidak.
Tuhan tidak mentakdirkan sesuatu itu tanpa ada asbabnya.

Tuhan mahu kita tahu, bahawa di luar sana, ada musuh-musuh kita yang sedang berselindung di sebalik yang namanya agama dan bangsa keturunan. Dan mereka tidak akan teragak-agak untuk mempergunakannya dan mencetuskan huru-hara.

Mereka tidak peduli siapa akan menjadi mangsa.
Mereka tidak peduli siapa yang akan merana.
Kerana mereka selesa mengaut untung daripada sebuah huru dan hara.

Muhammad Adib ini adalah salah seorang daripada mangsanya, yang tidak punya kaitan apa-apa.

Semoga keadilan yang kita junjung di dalam negara ini tidak akan melepaskan si celaka yang meratah batang tubuh Muhammad Adib sesuka hatinya.

Doa kesejahteraan untuk Allahyarham Muhammad Adib. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Tiada ulasan: