Jumaat, 21 Disember 2018

'PESAN' DARI SEORANG PELAKON LUCAH



Saya sedang merayau-rayau di YouTube sebelum terjumpa dengan sebuah video yang telah dimuatnaik oleh sebuah 'channel' yang bernama 'Asian Boss'. Ianya muncul sebagai sebuah video yang 'dicadangkan' oleh YouTube secara rawak kepada akaun saya.

Tajuk videonya ialah CONFESSIONS OF A LEGENDARY JAPANESE MALE EX-PORN STAR FT. TAKA KATO.

Agak menarik kerana saya menyangkakan bahawa Taka Kato akan menceritakan sisi gelap atau rahsia-rahsia di belakang tabir industri porno di Jepun yang mewah itu.




Rupa-rupanya, ia hanyalah video di mana dia ditemuramah tentang keterlibatannya di dalam industri yang tidak semenggah itu, bermula daripada langkah pertamanya sehinggalah kepada hari persaraannya.

Ianya berlalu begitu sahaja, sehinggalah kepada satu bahagian di mana dia menceritakan tentang sesuatu di mana rakyat kita masih taboo terhadapnya - pendidikan seks.

Saya abaikan seketika 'pekerjaan' lalunya sebagai pelakon porno untuk menjustifikasikan kata-katanya.

"There are many people with SEXUAL FETISHES. In order to stop people like that, we have to educate them properly. If not, they might express their SEXUAL FRUSTATION in weird ways, or even commit a crime." 
"It's easy to say what's wrong and unacceptable, but it's time to discuss how to prevent people from committing these crimes, especially sex crimes."

Hahaha.

Saya kira ianya tersangatlah kontra dengan kerjaya lalunya. Industri yang diceburinya itulah salah satu punca wujudnya 'kecenderungan seksual' yang aneh ini, dan ianya menjarah dan merebak dengan teruk ke dalam kehidupan anak-anak muda tanpa ada bimbingan dan pencegahan.

Saya kira kalau Taka Kato ini mahu 'menebus' masa lalunya sebagai pelakon porno, dia sendiri perlu terlibat dengan aktif di negaranya bagi memberi kesedaran kepada anak muda tentang pendidikan seks.

Kalau di negara kita ini, ada seorang aktivis yang sangat aktif melibatkan diri dalam membantu anak muda yang terlajak perbuatan seperti itu. Namanya ialah Syed Azmi. Pernah dikecam kerana memegang anjing, beliau masih bersungguh-sungguh mahukan pendidikan seks ini diterima di negara kita sebagai bukan lagi taboo, tetapi sebaliknya keperluan dalam memberi pendedahan kepada anak muda tentang 'dunia' yang tersembunyi dan memberi kesan besar kepada kehidupan kita itu.

Baginya, pendidikan seks bukan mengenai cara-cara melakukan hubungan seks, sebaliknya memberi kefahaman tentang emosi, kecenderungan, alat-alat sulit yang sensitif, penyakit bawaan seks, kehamilan, undang-undang dan jenayah berkaitan seks.

Siapa boleh dan sanggup terima pesan Taka Kato si pelakon lucah itu ? Kah kah kah.

Tiada ulasan: