Ahad, 10 September 2017

AUDREY HEPBURN - SI KURUS YANG BERPENGARUH WALAUPUN SELEPAS MATI

Saja saya menulis sesuatu yang tidak ada dasarnya. Ertinya tidak menepati mana-mana isu yang terkini mahupun yang terhangat. Terlalu mengikut arus juga bukanlah sesuatu yang menarik untuk diamalkan.

Saya ingin bercerita ringkas tentang seorang gadis manis yang terkenal di Hollywood pada era 60-an. Namanya Audrey Hepburn. Saya beberapa kali menemukan namanya di internet, terutama di YouTube. Namun, tidak tertarik untuk mengambil tahu tentangnya, sehinggalah pada suatu hari saat saya tiba-tiba tergerak hati untuk mendengar lagu-lagu malar segar Inggeris. Dan, saya menemukan beliau yang menyanyikan sebuah lagu yang sangat menarik. Malahan, beliau menyanyikannya sendiri. 

 
Lagu tersebut berjudul Moonriver.




Berjaya memenangi lagu asal terbaik di Anugerah Oscar, lagu ini merupakan ciptaan Henry Mancini. Kenal beliau ? Tidak ?


Baik.

Tahu kartun The Pink Panther ?
Tahu kan ?

Henry Mancini

Kartun yang juga popular di negara kita satu ketika dahulu. Kalau anda tahu kartunnya, pastilah anda tahu juga muzik latarnya yang sangat 'catchy' itu. Ya, muzik itu adalah ciptaan komposer yang sama, iaitu Henry Mancini.


Henry Mancini dalam kenyataannya menyatakan bahawa Audrey Hepburn memberikan kepadanya sebuah inspirasi untuk menggubah lagu latar bagi keseluruhan filem lakonannya, iaitu Breakfast At Tiffany's yang memuatkan lagu Moonriver tersebut. Kerana menurut beliau, kebiasaan bagi mana-mana komposer adalah untuk menonton satu-satu filem itu sehingga tamat, kemudian barulah mereka dapat merangka atau menyusun muzik latar yang akan dimuatkan di dalam filem tersebut. Tetapi lakonan Audrey Hepburn di dalam filem tersebut memberikan kepadanya 'rasa' yang berbeza, justeru tercetuslah melodi Moonriver ini dan ia melatari hampir keseluruhan filem tersebut.



Daripada lagu Moonriver ini, saya menonton pula keseluruhan filemnya. Dan nyatalah bahawa Audrey Hepburn memiliki elegan seorang wanita yang sangat menarik sekali. Meskipun di dalam filem tersebut beliau dilihat banyak cakapnya, tetapi hakikatnya di luar beliau merupakan seorang yang pendiam. Justeru, ada sedikit kesukaran pada awalnya untuk beliau melakonkan wataknya di dalam filem Breakfast At Tiffany's.


Saya telusuri pula perjalanan hidupnya sebagai model, pelakon dan juga aktivis. Sejarah hidupnya yang pernah berada di dalam kancah Perang Dunia ke-2 menyaksikan beliau semakin di penghujung hayatnya lebih suka berkerja dalam misi-misi kemanusiaan di UNICEF (United Nation Children's Fund) berbanding terus mengabdikan diri di dalam industri hiburan.



Di samping itu semua, beliau yang juga pernah bekerja sebagai model telah meninggalkan namanya sebagai salah satu jenama yang sangat berpengaruh. Menggayakan fesyennya tersendiri dengan tubuh badannya yang kurus telah meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri fesyen di zamannya.

 Malahan, selepas beliau meninggal dunia, fesyennya malah semakin dihargai dan digilai serta banyak dirujuk dalam dunia peragaan. Meskipun begitu, beliau di dalam kehidupan sehariannya tidak pula mementingkan fesyen, sebaliknya lebih selesa berpakaian kasual. Di dalam satu kenyataannya beliau berkata,



"you can even say that I hated myself at certain periods. I was too fat, or maybe too tall, or maybe just plain too ugly... you can say my definiteness stems from underlying feelings of insecurity and inferiority. I couldn't conquer these feelings by acting indecisive. I found the only way to get the better of them was by adopting a forceful, concentrated drive."
Di mata saya pula, saya melihat Hepburn sebagai seorang wanita yang elegan serta tidak perlu kelihatan terlalu seksi untuk dilihat cantik dan menawan. Dan kalau kita berjumpa dengannya di jalanan, kita akan merasai aura elegannya tanpa berpura-pura.

Tiada ulasan: