Jumaat, 15 September 2017

KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

Insiden yang menggemparkan itu tidak sekadar berakhir di situ. Sebaliknya, ia membuka lebih banyak persoalan dan pertikaian.




KUALA LUMPUR: The Darul Quran Ittifaqiyah Tahfiz Centre in Datuk Keramat, which was destroyed in a morning blaze today killing at least 23 students and 2 wardens, did not have a fire exit, said Kuala Lumpur Fire and Rescue Department Deputy director Abu Obaidat Mohamad Saithalimat. 
He said they are investigating whether the school had obtained a license to operate.Meanwhile, Abu Obaidat said the fire is believed to have started at the main door of the school, and all the charred remains of victims were found elsewhere in the building. 
“All bodies were found (near the) windows at the left and right, on the second floor.'But tragically, all the windows had (grilles on them)," Abu Obaidat said. 
He added that most of the bodies were piled on top of each other. 
The final death count is still being determined, but the Department suspects that a short circuit may have triggered the blaze. 
All bodies were sent to the Kuala Lumpur Hospital. 
A press conference with the Kuala Lumpur Fire Rescue Department chief is expected soon.[1]



  • Macam mana sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan boleh beroperasi kepada umum sedangkan spesifikasi keselamatannya langsung gagal ?
  • Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyarankan kesemua pusat tahfiz berdaftar dengan mereka. Apa jadi ? Ada ataupun tidak penekanan dari masa ke semasa ?
  • Sekiranya pusat tahfiz ini beroperasi tanpa kebenaran, adakah pihak berkuasa langsung tidak perasan ?
  • Siapa yang memantau projek pembinaan tersebut ? Adakah lebih bersifat 'asal siap sudah' ?
  • Adakah kebakaran berpunca daripada kecuaian pengurusan pusat tahfiz sendiri ?
  • Bagaimana pihak berkuasa hendak bertanggungjawab dalam hal semacam ini ? Tuding jari sesama sendirikah ?
  • Adakah terdapat alat pemadam kebakaran di pusat tahfiz ini (yang mana kita semua tahu ianya wajib ada ?
Kalau anda semua perasan, kesemuanya ini akan berbalik semula kepada sang penegak peraturan yang mengabaikan sendiri peraturan yang dibuat.

Bila sudah ditimpa bencana yang melibatkan kematian, barulah nak siasat itu-ini. Sampaikan datang pula spekulasi konon ianya perbuatan khianat.

Perkara-perkara ini dah tentu membuahkan kemarahan orang awam. Tak dapatlah kita jangkakan bagaimana luluhnya hati ibu bapa yang mengetahui anaknya terkorban dalam keadaan sedemikian rupa (dalam keadaan perkara tersebut boleh diusahakan untuk tidak berlaku sebegitu serius).

Kita memang menerima takdir Tuhan. Namun, berserah kepada takdir tanpa cuba mencari kebenaran bukanlah suatu perbuatan yang bijak.

Kebenaran wajib dicari untuk memberi pembelaan ke atas kematian anak-anak ini. Sekiranya ada pihak yang cuai, mereka wajar didakwa di atas kecuaian mereka.

P/s: Dikhabarkan ada rakaman video ketika peristiwa malang itu berlaku. Saya tak sanggup nak tengok...

Sumber:
[1] Tahfiz did not have fire exit; bodies found piled on top of each otherhttps://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/279565/tahfiz-did-not-have-fire-exit-bodies-found-piled-top-each-other

Tiada ulasan: