Ahad, 10 September 2017

NOKIA 5, 6 & 8 - BEBERAPA PERBANDINGAN UMUM

NOKIA telah melancarkan 'flagship' yang terbaru, iaitu NOKIA 8 yang sememangnya dinanti-nantikan peminat setianya. Apabila saya menyebut peminat setia ini, saya maksudkan adalah mereka yang pernah jatuh cinta dengan NOKIA di zaman emasnya di dalam dunia 'smartphone', kemudian kecewa kerana kegagalan mereka dengan Microsoft, dan gembira semula dengan usaha kebangkitan mereka dengan HMD Global.

Sebelum NOKIA 8 dilancarkan, mereka telahpun melancarkan NOKIA 3, 5 dan 6. Di mana 7 ? Wallahua'lam. Mungkin akan dijadikan 'flagship' mereka yang terbaharu kelak. Di sini, saya cuba untuk melihat perbandingan umum di antara 3 telefon pintar NOKIA ini iaitu NOKIA 5, 6 dan 8. Saya tidak begitu mahir secara teknikal, tetapi akan cuba melihat perbandingan ini melalui beberapa aspek yang sering kita ambilkira apabila hendak membeli satu-satu telefon pintar yang ada dijual di pasaran.

Kenapa saya memilih NOKIA ? Kerana saya peminat NOKIA. Itu sahaja. Saya tidak berhasrat untuk membuat perbandingan telefon-telefon berjenama lain kelak.



NOKIA 5


NOKIA 6

NOKIA 8
Jika kita perhatikan daripada ketiga-tiga foto tersebut, rekabentuknya tidak menampilkan begitu banyak perbezaan. Tambahan pula, ramai di antara kita sekarang ini lebih suka kepada rekabentuk yang 'simple' dan lebih tertumpu kepada apa yang ia boleh 'berikan' kepada pengguna (dalam ertikata fungsi dan kelebihan).

NETWORK (RANGKAIAN)

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Dari segi faktor 'Network', secara ringkasnya ketiga-tiga smartphone ini menyokong sehingga rangkaian 4G LTE manakala paling rendah adalah rangkaian EDGE (masih ada sekiranya anda masuk ke kawasan pedalaman yang masih boleh mengesan mana-mana rangkaian telco secara terhad).

BODY (REKABENTUK DAN BERAT)

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Daripada ketiga-tiga model ini, Model NOKIA 6 memiliki saiz yang paling besar dengan ukuran 154 x 75.8 x 7.9mm (panjang x lebar x tebal) dengan berat sebanyak 169gram.

DISPLAY (PAPARAN)

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Untuk jenis paparan pula, ketiga-tiga model ini menampilkan jenis paparan yang sama iaitu IPS LCD capacitive touchscreen dengan skrin perlindungan Corning Gorilla Glass. Untuk jenis paparan ini, saya tidak begitu mahir dari segi perbezaan teknikalnya. Cuma, dapat dilihat di sini bahawa model NOKIA 8 memiliki resolusi yang paling besar iaitu 1440 x 2560.

PLATFORM & MEMORY

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Ketiga-tiga model ini menggunakan platform Android Nougat 7.1.1 di mana menurut NOKIA, platform ini menjanjikan kemaskini yang lebih kerap untuk pengoperasian sistem yang sentiasa stabil dan up-to-date. Oh ya, berbanding ketiga-tiga model ini, jelas pada kita bahawa NOKIA 8 memiliki chipset yang lebih terkini. Secara mudah, ianya akan mempengaruhi kelajuan masa respon smartphone kita terhadap apa-apa kerja yang kita lakukan di dalam smartphone tersebut. Tetapi, tidak pula saya ketahui bagaimana pula kesannya terhadap pembebasan haba yang akan mempengaruhi suhu smartphone kita (suhu yang terlampau panas boleh mempengaruhi jangka hayat komponen-komponen di dalam smartphone kita)

Untuk memori pula, NOKIA 8 memberikan saiz memori dalaman yang paling besar iaitu sebanyak 64GB. Manakala untuk NOKIA 6, ia juga memberikan kita saiz memori dalaman sebesar 64GB, tetapi hanya untuk model Arte Black. Tidak pula saya pastikan sama ada model ini ada dijual untuk pasaran Malaysia ataupun tidak.

RAM (Random Access Memory) ketiga-tiga model menyaksikan juga bahawa NOKIA 8 memberikan akses RAM yang paling besar iaitu sebanyak 4GB. Manakala untuk NOKIA 6, ianya juga terhad untuk model Arte Black. Hakikatnya, ada juga peminat-peminat NOKIA yang mempersoalkan penggunaan RAM 4GB ini kerana telah terdapat pengeluar smartphone lain yang telah memperkenalkan model mereka dengan RAM yang lebih besar iaitu sebanyak 6GB, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu. Sepatutnya untuk flagship terkini, RAM yang lebih besar sepatutnya disertakan.

Oh ya, RAM ini memainkan peranan penting untuk kepantasan masa respon semua aplikasi yang berjalan di dalam smartphone anda. Makin besar makin bagus.

CAMERA

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Bagi mereka yang suka mengambil gambar dengan smartphone mereka, kamera merupakan antara faktor utama yang akan mempengaruhi pembelian smartphone mereka.

Dalam hal ini, agak menarik apabila NOKIA 5 menawarkan kamera dengan piksel yang lebih besar iaitu sebanyak 16MP, sebaliknya NOKIA 8 hanya 13MP. Pun begitu, saiz piksel tidak mempengaruhi 100% kualiti gambar yang dihasilkan. Meskipun 13MP, NOKIA 8 menyaksikan ianya memiliki lensa optik Carl-Zeiss yang dahulunya digunakan di dalam smartphone NOKIA LUMIA, kemudian ditambah dengan fungsi OIS (Optical Image Stabilization).

Itu adalah spesifikasi untuk kamera belakang. Untuk kamera hadapan, NOKIA 8 memberikan kepada kita kamera hadapan dengan 13MP beserta fokus auto berbanding 8MP untuk NOKIA 5 dan 6. Jika saya tidak salah, NOKIA 8 juga memberikan satu fungsi menarik di dalam aplikasi fotografinya di mana kedua-dua kamera boleh berfungsi serentak untuk mengambil foto.

BATTERY

Susunan dari ke kiri ke kanan : Nokia 5, 6 & 8
Memandangkan ramai di antara pengguna sememangnya memerlukan smartphone di dalam urusan seharian, jangka hayat bateri juga memainkan peranan penting dalam pemilihan smartphone. Dalam hal ini, saya boleh katakan sepatutnya NOKIA 8 memiliki jangka hayat bateri lama. 3090mAh kalau diikutkan masih lagi rendah, sedangkan sudah ada smartphone yang memberikan penggunanya kapasiti bateri sehingga 5000mAh.

Dan, bateri untuk ketiga-tiga model ini adalah non-removable. Secara peribadi, saya tidak begitu menyukai smartphone jenis sebegini. Kerana sekiranya bateri rosak, untuk menggantinya memerlukan kita untuk menanggalkan keseluruhan bahagian belakang smartphone untuk menggantinya, dan hal ini memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi serta melibatkan kos.

Kesimpulan:

Perbandingan ini adalah secara umum sahaja dan tidaklah melibatkan cerita-cerita teknikal yang spesifik. Mungkin juga ada yang silap. Apa pun, ianya bolehlah memberikan kita sedikit gambaran sekiranya kita perlu memilih mana-mana smartphone model ini untuk dibeli kelak.

Apa yang kita boleh faham di sini ialah NOKIA sedang berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan model-model lain di pasaran. Dan, ianya juga menjadi pengajaran kepada mereka bahawa jenama yang gah belum tentu bertahan lama sekiranya gagal mengikuti perkembangan teknologi terkini. R&D mereka perlu berjalan dengan pantas dan terkehadapan.

Di bawah, saya selitkan sekali video-video 'unboxing' model-model ini.


Tiada ulasan: