Jumaat, 22 September 2017

MERAIKAN SESUATU YANG TIDAK SESUAI DENGAN BUDAYA SETEMPAT


  • Saya percaya, segala macam pesta-pesta yang aneh dan pelik ini pengaruhnya datang dari negara barat.
  • Kebanyakan daripadanya adalah bertentangan dan tidak manis dipandang menurut kaca mata budaya setempat.
  • Pesta minum arak, perhimpunan LGBT, perhimpunan manusia-manusia tidak bertuhan dan entah apa lagi majlis-majlis pelik yang hendak dibawa dari luar ke dalam negara kita.
  • Hal ini semua sangat dibantu oleh dunia internet tanpa sempadan, termasuklah media sosial.
  • Sekiranya perkara-perkara ini dihalang, nescaya mereka akan bertempik tentang isu kebebasan hak asasi manusia. Ertinya, kalau aku seorang gay dan aku hidup dan mati kerananya, semua manusia lain mesti hormat dengan keputusan aku. Meskipun keputusannya itu melawan fitrah dari Tuhan. Kalau dia itu tidak mahu percayakan Tuhan dan mengisytiharkannya secara terang-terangan, dia mahu semua manusia lain menghormatinya sedangkan dia pula terang-terangan melanggar prinsip rukun negara Malaysia yang pertama - Kepercayaan kepada Tuhan. Kalau ada yang mahu meraikan pesta arak besar-besaran di negara ini, sedangkan ia benar-benar tidak selari dan bertepatan dengan adat resam budaya setempat, saya tak nampak di mana-mana poin untuk kita menyokongnya atas alasan kebebasan bersuara dan meraikan sesuatu.
  • Mungkin saya akan digelar sebagai seorang yang ketinggalan zaman. Mungkin juga akan ada yang menyuruh saya membiarkan saja mereka dengan aktiviti mereka.
  • Tetapi, kita semua maklum bahawa apa-apa aktiviti yang memberi mudarat yang banyak secara nyata kepada orang awam itu wajar dilupakan.
  • Ataupun, kalau ada sekalipun pesta arak yang hendak diadakan, biarlah ia diadakan di sebuah lokasi tertutup di dalam sebuah bangunan yang dikawal oleh pihak berkuasa. Perlulah dipastikan bahawa semua daripada pesertanya itu bukan dari kalangan Muslim (di sini nanti akan berlaku penentangan daripada seorang kaki botol Muslim). Untuk mengadakan pesta seperti itu di tempat terbuka, ianya tidak molek sama sekali.
  • Apa pun, fikirkanlah maslahat awam atau kepentingan awam. Kalau Mr. Bean boleh tahu bahaya atau kesan meminum arak berlebihan, kenapa kita nak tertungging-terbalik berpesta arak ?
  • Teh tarik mamak lagi layan apa...
  • Oh ya, saya tak nampak pun di mana-mana kaitan secara budaya dan sejarah Oktoberfest itu dengan negara kita. Kenapa kita selalu terikut-ikut dengan gaya hidup orang yang selalunya tidak semenggah pun ?

Tiada ulasan: