Selasa, 4 April 2017

SOMBONG

Menjadi seorang yang sombong bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi mendabik dada dengan sesuatu yang kita miliki sama ada:

a) ilmu pengetahuan
b) pangkat dan kedudukan
c) harta kekayaan
d) rupa paras

Bersifat sombong dengan elemen-elemen di atas hanyalah sesuatu yang merugikan malah tidak sama sekali menguntungkan.

Kerana apa ? Kerana sedangkan pada awalnya dengan elemen-elemen tersebut kita boleh mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, sebaliknya dengan kesombongan, kita mendapat murka Tuhan.

Secara logiklah, kalau kita mendapat kemewahan daripada ayah dan ibu kita, kemudian kita menyombong dengan orang, adakah ia sesuatu yang cerdik ? Sudahlah jelas bodohnya, dikutuk orang lagi.


"Kau kaya pun bukan dengan usaha kau, tapi menumpang kaya mak bapak jugak !!!"

Begitulah hal kita dengan Tuhan.

Kesemua elemen yang disenaraikan tadi merupakan kurnia Tuhan. Oleh itu, dengan bersikap sombong dengan kurniaan Tuhan, apakah tidak mustahil kita akan mendapat murka Tuhan ?

Sekali zappp saja, kesemuanya itu boleh hilang dari genggaman kita.

Masa itu, yang tinggal dengan kita hanyalah kita dan sisa kesombongan, sedang perkara yang kita sombongkan itu Tuhan yang empunya kesemuanya.

Tiada ulasan: