Isnin, 17 April 2017

TAWARAN DARI SIAPA ?



Ok.
Kepada mana-mana individu yang sedang kesempitan wang, apa 'first impression' mereka apabila terjumpa iklan seperti ini ?


Kita boleh jangkakan - teruja.

Bila sebut pendapatan pasif atau 'passive income' ni, memang ramai orang yang berminat, terutamanya kepada mereka yang ada pekerjaan tetap namun pendapatan masih lagi tercekik-cekik di pertengahan setiap bulan.

RM1000 - RM3000 beb. Pendapatan pasif kalau dapat sebanyak itu memanglah hebat. Tapi adakah ianya betul sebegitu ?

Cuba perhatikan kenyataan di dalam iklan itu.


'Bergantung kepada kerajinan dan hasil'


Itu adalah ayat untuk berlepas diri daripada sebarang pertikaian daripada 'pekerja' yang tidak mendapat hasil seperti yang diuar-uarkan.


Dari situ sahaja, anda yang baru teruja wajib berhati-hati.

Sekalipun tawaran ini jujur dan benar, kita sebagai orang awam perlu ambil tahu beberapa perkara.

a) Nama syarikat / orang perseorangan


Wow wow wow. Cuba perhatikan semula iklan tersebut. Ada tertulis di mana-mana nama syarikat ? Tak ada ? Kenapa tak ada ? Syarikatnya tak wujud ke atau bukan mana-mana syarikat yang menawarkan peluang sebaliknya orang perseorangan ? Kalau orang perseorangan, siapa pula namanya ? Kita semua sedia maklum mana-mana perniagaan perlu didaftarkan. 


b) Pemilik syarikat


Baiklah. Misal katalah ada dicatatkan nama syarikat (dalam hal ini tak ada pun nama syarikat itu), perlu kita tahu siapa pemilik syarikat tersebut. Adakah seorang yang terkenal ? Kalau terkenal, adakah terkenal kerana telah beberapa kali kantoi menipu orang awam atau terkenal kerana kejayaan perniagaannya yang diiktiraf patuh kepada undang-undang ?


c) Produk / perkhidmatan yang diniagakan


Apabila ditawarkan gaji/upah, mesti ada kerjanya. Jika ada kerjanya, pasti melibatkan sesuatu sama ada produk atau perkhidmatan. Kalau produk, kita semua tahulah kan apa kriterianya. Ada bendanya, ada namanya, ada bekasnya dan ada isinya. Kalau perkhidmatan, kita tahulah ia mestilah merangkumi apa yang ditawarkan, kepada siapa ia ditawarkan, jenis perkhidmatan yang ditawarkan, dan apa untung kepada kumpulan sasaran terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. 


Kalau anda dapat sahkan perkara-perkara ini, silakan untuk meyakininya. Itu hak anda. Cuma kalau ada hal-hal berbangkit, perlu diteliti juga kerana penipu sangat ramai sekarang, terutama untuk satu-satu peluang yang memerlukan anda membayar dahulu sebelum dapat untung.


Oh ya, dalam iklan tersebut, kenyataannya bahawa KWSP mengiktirafnya sebagai majikan terbaik 2016 kerana telah membayar 1.3 juta orang. Kita nak tahu dalam majlis apa ia dianugerahkan dan bila tarikhnya. 

Kesimpulannya, saya bukan suka-suka nak kacau perniagaan orang. Kalau perniagaannya memang betul, benar dan jujur, dah tentulah tak ada masalah. Dengan sendirinya orang akan sertai. Yang menjadi masalahnya adalah perniagaan yang menipu orang lain. Janji bulan-bintang sesiapa pun boleh buat. 

Tiada ulasan: