- Baru-baru ini, heboh kisah mengenai 779 guru di Johor yang menolak suntikan vaksin.
- Perkara ini sedikit-sebanyak memberi gambaran negatif terhadap penjawat awam yang terpengaruh dengan dakyah anti-vaksin.
- Saya kira tentu kerajaan berada di dalam dilema sama ada ingin mewajibkan suntikan vaksin ke atas penjawat awam ataupun tidak.
- Sebelum ini, kerajaan secara jelas menyatakan pengambilan vaksin adalah hak individu. Ertinya, kita boleh untuk tidak mengambil vaksin.
- Tetapi, pendirian sebegitu tentulah akan melambatkan proses imuniti berkelompok yang diharap-harapkan dapat dicapai sekitar bulan Oktober.
- Kita fahamlah kaedah itu - tak mengapa kalau ada sekumpulan manusia di Malaysia ini yang menolak vaksin seandainya imuniti berkelompok tetap dapat dicapai.
- Cuma, kelompok itu juga saya kira ada pembahagiannya. Kelompok perkhidmatan awam adalah sangat kritikal dan mereka memerlukan perlindungan yang paling maksimum daripada jangkitan Covid-19 ini. Bayangkan satu bangunan kerajaan perlu ditutup daripada beroperasi dek kerana jangkitan tersebut, dan segala urusan tergendala. Bukankah susah ? Lebih teruk lagi, dalam bangunan tersebut ada geng menolak vaksin tegar. Apa jadi kalau mereka dijangkiti dan mendapat simptom yang teruk ? Pulak tu, dialah orang yang sangat penting di dalam satu-satu unit tersebut ? Adakah perkara seperti ini difikirkan atau diambilkira ?
- Sebab itulah salah seorang anggota TDM tempoh hari ditamatkan daripada perkhidmatan kerana tidak ahu divaksin, sedangkan anggota TDM wajib divaksin.
- Kita perlu tengok dan renung semula perkara yang sering kita sebut sebagai hak asasi itu. Dalam keadaan pandemik berleluasa, ada beberapa perkara yang melibatkan kepentingan satu-dua pihak perlu diketepikan dan kepentingan masyarakat wajib diutamakan.
- Saya harap kerajaan tidak beri muka terhadap mereka yang membahayakan keselamatan umum seperti ini. Teruskan saja syarat-syarat wajib vaksin untuk hidup bermasyarakat semula.
- Dia pandai menolak kepakaran orang kan ? Dah tentulah dia tak punya masalah untuk hidup cara dia.
- Cuma, jangan terlampau kurang ajar dan sanggup menipu dengan memalsukan sijil vaksin pula. Apa sial kau orang semua tak mahu vaksin tapi menipu sijil vaksin ? Bukankah itu perbuatan sebangang-bangang manusia ?
Selasa, 24 Ogos 2021
PENJAWAT AWAM MENOLAK VAKSIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan