Saya bukan peminat filem Quentin Tarantino. Tetapi saya selalu mendengarkan orang bercakap tentang filemnya yang satu ini (iaitu Django Unchained), bersama-sama dengan Pulp Fiction serta Inglourious Basterds. Pulp Fiction kerana dua watak utamanya yang aneh. Manakala Inglourious Basterds dan Django Unchained pula adalah kerana pelakon pembantunya iaitu Christoph Waltz yang cemerlang dengan wataknya lalu melayakkan dirinya memenangi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk kedua-dua filem tersebut.
Ianya mengenai kisah seorang hamba kulit hitam yang 'dibebaskan' oleh seorang 'bounty hunter' yang sedang mencari sekumpulan lelaki yang dikehendaki dengan tawaran wang. Memandangkan si kulit hitam yang bernama Django itu tahu tentang kumpulan lelaki tersebut kerana mereka pernah menjadi tuannya, maka 'bounty hunter' yang bernama Dr. King Schultz (Christoph Waltz) menyelamatkannya daripada dijual kepada tuan lain dan membawanya bersama untuk mencari kumpulan lelaki tersebut.
Saya tak berhajat hendak berpanjang lebar tentang ceriteranya, tetapi saya mahu berkongsi sebuah lagu latar yang menghiasi satu babak di dalam filemnya. Lagu tersebut berjudul 'I Got A Name'. Ianya dinyanyikan oleh Jim Croce.