Jumaat, 3 Ogos 2018

#SAYANGI MALAYSIAKU


  • SAYANGI MALAYSIAKU
  • Ini adalah tema bulan kemerdekaan kita pada tahun ini. Sebenarnya, ia bukan sekadar tema kemerdekaan. Sepatutnya, ia menjadi slogan yang sentiasa disebut dan disemat di dalam hati. Dengan harapan kita dapat merasa bagaimana bertuahnya kita hidup di dalam sebuah negara yang aman dan makmur.
  • Ada beza di antara menyayangi NEGARA dan menyayangi KERAJAAN.
  • Negara adalah tanah tumpah darah kita. Tempat kita berlindung dan meneruskan kehidupan Dan jika ditakdirkan Tuhan, di dalam tanahnya juga kita akan disemadikan. Menyayangi negara itu kalau diikutkan sudah mencapat harkat wajib buat kita kerana tanpa kerakyatan sesebuah negara, kita akan hidup terumbang-ambing tanpa perlindungan dan keadilan sosial.
  • Pendek kata, menjadi warganegara sesebuah negara adalah kurnia daripada Tuhan buat hambaNya. Cuba kita lihat manusia-manusia yang tidak bernegara atau bernegara tetapi tidak mahu diterima kerakyatannya (ambil contoh Rohingya). Alangkah hinanya mereka di pandangan kita.
  • Menyayangi kerajaan itu lain pula ceritanya. Perlu diperhati. Perlu diperhalusi. Perlu sentiasa dinilai. Perlu sentiasa dihisab. Kerana apa ? Kerana kerajaan itu terdiri daripada para manusia yang dipilih rakyat untuk memimpin mereka dan memastikan urus tadbir sesebuah negara itu berjalan dengan baik.
  • Ada masa dan ketikanya, pemimpin yang kita pilih itu mengkhianati kita rakyat jelata ini. Mereka menjarah harta negara untuk tembolok mereka dan keluarga mereka sendiri.
  • Kesan daripada perkara itu, ada di antara kita memilih untuk membenci.
  • Kalau ada seseorang itu berkata bahawa dia benci negaranya (ramai dari kalangan warganegara Malaysia bersikap begini), hakikatnya mereka itu bukan bencikan negaranya, tetapi bencikan kerajaannya. Oleh itu, kalau nak benci, cakap 'saya benci kerajaan saya, tetapi saya sangat sayangkan negara saya'.
  • Jangan jadi macam beberapa kumpulan warganegara kita yang berani mengisytiharkan diri mereka sebagai bukan lagi warganegara Malaysia dan mengoyakkan passport Malaysia. Setelah beberapa ketika berada di negara orang, nah mula meminta bantuan orang tertentu untuk membawa mereka pulang ke tanah air. Apa cerita ? 
  • Oleh itu, kita perlu sayang kepada negara kita. Dan apabila kita sayang itu, kita perlu pastikan pula bahawa tidak ada seorang pun si jahanam atau si celaka yang sewenang-wenangnya menghina kedaulatan negara kita, terutamanya YDPA kita yang merupakan raja-raja Melayu yang menaungi rakyatnya.
  • Berdasarkan hakikat itu, sebenarnya slogan SAYANGI MALAYSIAKU bukanlah sekadar baru direkacipta, sebaliknya ianya merupakan penegasan dan peringatan untuk penghayatan rasa cinta.
  • Nilai patriotisme itu perlu ada dalam diri kita semua. Kita yang sebenarnya memilih sama ada mahu membawa negara kita ke arah kemajuan ataupun memilih untuk terus dibelenggu kemunduran.
  • Selamat menyambut hari kemerdekaan, dan berdoa serta berusahalah kita ke arah kebaikan.

Tiada ulasan: