Rabu, 22 Mac 2017

KANDUNGAN RACUN DALAM KOSMETIK


Alahhh...
Benda ni dah banyak kali diuar-uarkan.
Isu nasionallah, kalau nak diambilkira.


Kalau kita dengar siaran radio, kita akan disajikan dengan puluhan iklan produk kosmetik yang bermacam-macam jenis dan jenama. Itu ditambah lagi dengan daya promosi gedik nak mampus konon dialog ibu-anaklah, kawan-kawanlah, adik-kakaklah dan entah apa lagi. Semuanya menjurus kepada yang seorang cemburu dengan yang seorang lagi.

Anda semua perasan ataupun tidak bahawa kita disajikan dengan iklan berbentuk doktrin. Doktrin apa ? Doktrin menyatakan bahawa bila cantik ramai kawan, bila cantik lebih yakin, dan bila cantik itu lebih berjaya. 


Contoh, cuba tengok iklan si Datuk Alif itu. 





Nah, jelas kan ?
Siapa berani cakap yang iklan semacam ini tak akan beri sebarang pengaruh terhadap mana-mana gadis di luar sana yang memiliki masalah keyakinan diri dengan alasan 'tak cantik' ?

Jangan main-main dengan pengaruh iklan ok.


TAPI.


Ada tapinya.

Seharusnya sebagai pengguna, kita patut bertanya kepada kepada para penjual produk kosmetik ini,

"Apa kandungan produk awak ?"

"Adakah ia selamat dan telah diuji secara klinikal ?"

"Adakah ia berdaftar secara rasmi dengan KKM ?"


Dengan pertanyaan ini, sedikit sebanyak ianya boleh menyelamatkan kita daripada membeli produk yang bakal menjahanamkan tubuh badan kita.

Sudahlah tak jadi 'lebih cantik', kulit muka kita jahanam dimakan produk beracun.


Tak ke haru dibuatnya.


Laporan ini daripada Berita Harian ini perlu kita ambil perhatian:


a) Kementerian Kesihatan mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan.


b) produk kosmetik itu Moleek Day Cream; Adel Miracle Flawless Serum; Ah Beauty Night Cream; NDZ UV Whitening; Snow Cream Normal; Snow Cream Sensitif; Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream.


c) produk kosmetik itu mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.
d) Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.


e) Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

f) Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari. 


g) Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, " katanya.

Tiada ulasan: