Ahad, 26 Mac 2017

FACEBOOK DAN SEBUAH PERTIMBANGAN PERASAAN

Ada orang baru kongsi perihal dirinya yang baru lepas makan di sebuah restoran steamboat terkenal dari Korea.

Sangat 'class'.
Sangat gembira.

Tetapi.
Ada orang yang melihat perkongsiannya itu sedang berkira-kira duitnya untuk sarapan pagi.
Ada rasa cemburu.

Ada rasa iri hati.

Ada orang baru kongsi perihal dirinya yang baru lepas pulang dari bercuti di sebuah pulau indah di Thailand.

Sangat seronok.
Sangat gembira.
Bergambar ketawa ceria.


Tetapi.
Ada orang yang melihat perkongsiannya itu teringin sekali pergi berjalan-jalan dengan keluarganya namun rezekinya terhambat.
Ada rasa sedih.
Ada rasa kecewa.

Ada orang baru berkongsi perihal dirinya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada usia yang sangat muda.

Sangat indah.
Sangat bahagia.

Sangat ceria.
Cinta dua insan bersatu sudah.


Tetapi.
Ada orang yang melihat perkongsiannya itu baru sahaja kecewa dan sengsara dengan perhubungannya.

Ada orang yang melihat perkongsiannya itu belum ketemu jodohnya sedang usia semakin berkurangan.
Ada rasa cemburu.
Ada rasa sengsara.
Ada rasa sunyi.

Contoh-contoh di atas hanyalah sebahagian.

Namun, itulah hakikat kehidupan di laman sosial.



Kita tidak dapat lari daripada melihat orang lain bercerita, berkisah, bergambar malah mengagung-agungkan kebahagiaan yang sedang mereka alami.

Bagi setiap insan, dinding sosial tempat mereka 'menampal' apa sahaja peristiwa kehidupan mereka itu adalah hak mereka. Tak ada orang lain yang berhak mempertikaikannya (kecuali yang benar-benar menyalahi undang-undang negara).

Namun begitu, jarang-jarang kita dapat ingat dengan baik, bahawa apabila dinding-dinding kehidupan peribadi itu sudah dipanggil 'sosial', maka secara tidak langsung dapatlah orang mengetahuinya, membacanya lalu mempersembahkan perasaan masing-masing terhadap kehidupan peribadi.

Kadangkala, apa yang kita kongsikan itu sangat bertentangan dengan perasaan orang yang mengetahuinya.

Kita berasa sangat bahagia dengan sesuatu peristiwa, sedangkan ada pula orang yang sedang berdukacita dengan peristiwa yang hampir sama.

Kita jarang berfikir akan perkara ini.

Rezeki kita sememangnya tidak menjadi salah untuk dizahirkan kerana itu rahmat Tuhan.
Namun, pertimbangkanlah baik-baik tentangnya apabila ianya hendak masuk ke dalam laman sosial.


Kerana tidak semua orang bersama kegembiraan kita.

Ataupun, mungkin kita seharusnya sama-sama berfikir dan bersetuju untuk tidak menghebahkan semua perkara kepada dunia maya.

Dunia maya bukan sebuah tempat untuk kita serahkan segala peristiwa kehidupan.

Rabu, 22 Mac 2017

KANDUNGAN RACUN DALAM KOSMETIK


Alahhh...
Benda ni dah banyak kali diuar-uarkan.
Isu nasionallah, kalau nak diambilkira.


Kalau kita dengar siaran radio, kita akan disajikan dengan puluhan iklan produk kosmetik yang bermacam-macam jenis dan jenama. Itu ditambah lagi dengan daya promosi gedik nak mampus konon dialog ibu-anaklah, kawan-kawanlah, adik-kakaklah dan entah apa lagi. Semuanya menjurus kepada yang seorang cemburu dengan yang seorang lagi.

Anda semua perasan ataupun tidak bahawa kita disajikan dengan iklan berbentuk doktrin. Doktrin apa ? Doktrin menyatakan bahawa bila cantik ramai kawan, bila cantik lebih yakin, dan bila cantik itu lebih berjaya. 


Contoh, cuba tengok iklan si Datuk Alif itu. 





Nah, jelas kan ?
Siapa berani cakap yang iklan semacam ini tak akan beri sebarang pengaruh terhadap mana-mana gadis di luar sana yang memiliki masalah keyakinan diri dengan alasan 'tak cantik' ?

Jangan main-main dengan pengaruh iklan ok.


TAPI.


Ada tapinya.

Seharusnya sebagai pengguna, kita patut bertanya kepada kepada para penjual produk kosmetik ini,

"Apa kandungan produk awak ?"

"Adakah ia selamat dan telah diuji secara klinikal ?"

"Adakah ia berdaftar secara rasmi dengan KKM ?"


Dengan pertanyaan ini, sedikit sebanyak ianya boleh menyelamatkan kita daripada membeli produk yang bakal menjahanamkan tubuh badan kita.

Sudahlah tak jadi 'lebih cantik', kulit muka kita jahanam dimakan produk beracun.


Tak ke haru dibuatnya.


Laporan ini daripada Berita Harian ini perlu kita ambil perhatian:


a) Kementerian Kesihatan mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan.


b) produk kosmetik itu Moleek Day Cream; Adel Miracle Flawless Serum; Ah Beauty Night Cream; NDZ UV Whitening; Snow Cream Normal; Snow Cream Sensitif; Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream.


c) produk kosmetik itu mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.
d) Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.


e) Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

f) Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari. 


g) Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, " katanya.

Jumaat, 3 Mac 2017

THE TIME OF YOUR LIFE

Berdasarkan pengalaman, saya percaya kita akan lebih untuk bersederhana dalam kehidupan kita setelah umur kita semakin tua. Kita sudah tak mahu lagi benda-benda yang menyesakkan dada dan fikiran mengganggu kehidupan kita. Kita seolah-olah tidak mahu lagi masa kita berlalu dalam keadaan kita memikirkan sesuatu yang tidak kita temui penyelesaiannya.

Ketika usia remaja, kita cenderung untuk berbuat sesuatu yang boleh mendapatkan perhatian orang lain. Baik sesuatu yang bijak, atau sesuatu yang cukup bodoh. Di bawah ini ada beberapa rangkuman sebahagian daripada peristiwa kehidupan kita yang dibezakan apabila umur meningkat tua.

A) MEMBACA

Pasti ada sesuatu bahan bacaan yang kita abaikan ketika kita muda remaja, namun apabila usia menginjak dewasa, kita tertarik untuk menekuni bacaan itu dan terus jatuh cinta

B) MEMIKIRKAN TENTANG KEHIDUPAN

Ketika dewasa, kita tidak lagi memikirkan sebuah kehidupan yang sia-sia, sebaliknya kita berfikir bagaimana hendak meneruskan kehidupan yang sedang dilalui


C) AKTIVITI MALAM HARI

Semakin lama, kita akan semakin kurang untuk bersosial di kejauhan malam kerana 'teman' kita yang satu lagi sedang 'menanti' setia di rumah

D) HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

Ketika remaja, kita cenderung untuk berbalah dengan ibu bapa. Namun, kita akan mula beralah apabila kita sendiri telah sampai ke umur dewasa

E) JATUH CINTA

Kita tidak lagi mencari cinta berdasarkan rupa, penampilan dan gaya semata-mata. Sebaliknya, kita akan mencari cinta yang dapat memberi manfaat kehidupan kita kelak.

F) TANGGUNGJAWAB

Sudah tentu, tanggungjawab kita berbeza


G) PAKAIAN 

Hal ini sememangnya tepat. Yalah, badan kita bukan semakin kuat bila kita dewasa.

H) RUMAH

Sejauh mana kita bermusafir, kita tetap merindukan rumah kita.

I) MENONTON KARTUN (Terutamanya para lelaki dewasa)

Hal ini sangat khusus bagi lelaki dewasa.

J) SASARAN

Sasaran berbentuk angan-angan hanyalah sia-sia.

K) IMPIAN

Agak menyedihkan, hakikatnya memang akan ada impian kita sedari muda sehingga ke tua tidak pernah tertunai.

Gambar-gambar ini semua adalah gambaran saja. Namun, saya percaya pasti ada di antaranya sangat bersangkut-paut dengan diri kita.

Hakikatnya, kita memang akan menghadapi situasi yang hampir sama kita pernah hadapi ketika usia remaja dahulu. Namun, pengalaman hidup dan kematangan akan membezakan cara kita memberi respon terhadap situasi tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya sangat suka menonton kartun ketika kecil. Anehnya, saya semakin menyukai kartun apabila sampai ke umur saya sekarang. Malah boleh ketawa berdekah-dekah mengalahkan budak-budak.

Apa pun, pengalaman akan mendewasakan kita, dan kita akan mula cenderung untuk menasihati anak-anak muda kita sekarang supaya jangan sampai tersalah langkah dalam membuat keputusan. Hakikatnya, mereka itu sendiri sedang belajar dan juga akan menghadapi kesusahan seperti kita dahulu. Bezanya, garis masa kita dan mereka adalah berbeza.

Percayalah, anak-anak ini akan banyak menentang kita sehinggalah mereka jatuh terduduk dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Ketika itu, pengalaman kitalah yang akan menolong mereka.

kerana itulah, pengalaman adalah harta yang sangat berharga...

Sumber:

11 Illustrations that perfectly capture how life changes when we grow up, https://brightside.me/creativity-art/11-illustrations-that-perfectly-capture-how-life-changes-when-we-grow-up-310360/

TUN M DATANG JOHOR

Hebat dowh.

Baru dapat hebahan nak datang beri ceramah je, 10 laporan polis dibuat.

Eleh... apa yang kau orang risaukan ni.


Tun Mahathir je pun.

Berapa upah lu semua dapat weh ?
JOHOR BAHRU: Sebanyak 10 laporan polis dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai persatuan petang tadi, sebagai membantah kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Johor esok.  
Laporan itu dibuat secara berperingkat sejak jam 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini, sebelum mengadakan bantahan secara aman hampir 40 minit di depan IPD berkenaan.  
Pengerusi Sahabat Muafakat, Mohd Arafat Muhammad, berkata Dr Mahathir bersama beberapa lagi kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijadualkan menghadiri program ceramah parti itu di Bandar Baru Uda, di sini malam esok. Katanya, NGO itu berpendapat kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM akan hanya memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.  
"Kehadiran pemimpin pembangkang yang kemudian melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ketika ceramah boleh mengelirukan rakyat di negeri ini selain cuba mengganggu keharmonian penduduk Johor. "Bantahan hari ini juga seiring dengan amaran yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini kepada ahli politik luar supaya tidak mencampuri urusan negeri ini. "Sebagai penduduk Johor, kami taat kepada titah Sultan Johor dan mahu Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain supaya tidak mencampuri urusan Johor atau cuba mengelirukan rakyat negeri ini," katanya. 
Antara NGO yang hadir, Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Persatuan Pekerja Malaysia di Johor dan Persatuan Penjaja Taman Bukit Indah. Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Yap Keng Tak, berkata penduduk Johor menolak sebarang usaha pemimpin pembangkang yang cuba memecahbelahkan keharmonian kaum di negeri ini.  
"Di Johor, kita hidup bersatu-padu di antara satu sama lain dengan menyokong penuh kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Kita tidak mahu ada percubaan dari pihak luar yang mahu menimbulkan kekacauan di Johor," katanya. [1]

Tun Mahathir je pun.

Bukan siapa-siapa.

Orang tua.
Dah nyanyuk, bak kata orang UMNO bangsat.
Dah tak siuman.
Muka kedut seribu.

Rambut dah terang.
Umurnya dah 91 tahun.
Tak lama dah kalau nak mati pun.


Apa yang orang tua ni boleh gugat terhadap kehebatan kau orang ni semua.
Cakap dia mana ada orang dengar sebab dia kan dah nyanyuk.

Tapi kan, siapa yang nyanyuk ni ?

Kau orang semua lupa ke, yang Sultan itu melampaui politik. Bermakna titahnya tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Semua orang tahu. 

Sekarang ini Tun M bukan nak melawan sultan, tapi nak bawa mesej dia tentang kebangsatan Najib dan kuncu-kuncu penjilat tegarnya, contohnya macam Nazri lembu itu.

Kerisauan beliau tentang isu Forest City itu ada asasnya. 

Kau tahu yang semua orang Johor tahu, bukan ?
Tapi yang berani secara vokal untuk bercakap tentang itu sekarang ini siapa dia ?
Tu dia orang tua nyanyuk.

Tapi dia sudah nyanyuk.
Cakapnya tak boleh pakai.

Apa yang nak dirisaukan.
Kau tak perlu buat laporan polis pun.

Orang Johor sendiri akan tolak beliau kalau memang beliau itu tua dan tidak boleh pakai.

Sumber:

[1] Ngo bantah kehadiran Tun M ke Johor, http://www.bharian.com.my/node/255135?m=1

MENGADILI BAHAGIA

Adalah tidak adil untuk mengadili seseorang itu sebagai bahagia hanya kerana luarannya tampak bahagia.

Perlu ingat, bahagia bukan menampakkan wajah ceria bersama pasangan di lokasi-lokasi percutian menarik dan sebagainya. 


Apatah, kalau mereka baru mendirikan rumahtangga.

Sebelum mengadili, eloklah dititipkan doa kepada orang yang anda sangkakan bahagia itu. Mungkin dia sedang sulit berjuang untuk memperoleh sebuah kebahagiaan hakiki.

P/s: Senyum adalah sedekah kebahagiaan kepada semua manusia. Siapa yang tidak suka seseorang yang tersenyum riang ?

LIMO

Ada satu sheikh hendak berkelana bertandang ke tempat orang.

Selalu orang bermusafir dia membawa hajat menimba pengalaman di tempat orang. Jadi dia akan bersederhana dalam menyediakan kelengkapan. Hanya apa-apa yang dikira penting dan perlu sahaja.

Tapi dia bawak limo, eskalator elektrik, 490 tan kargo, 2 Mercedes, dan sebanyak-banyak makanan.

Keh keh keh.

Pengaruh apa yang dia cari agaknya...

Khamis, 2 Mac 2017

NAZRI AZIZ DAN SIALNYA

Kalau ada hari di mana saya dan seluruh rakyat Malaysia dibenarkan untuk memotong kote para menteri di atas kesialannya, saya pilih Nazri Aziz sebagai menteri yang pertama.

Peganglah apa sahaja portfolio, dia akan jadikannya sebuah portfolio paling celaka sekali. Sama seperti tuannya.

Baca kenyataannya:

Dalam jawapan balas terhadap komen Tun Dr Mahathir berkaitan kebarangkalian pegangan dalam Proton akan dijual kepada syarikat Geely dari China, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan bawaha pengeluar kenderaan nasional itu merupakan “sebuah projek ‘gajah putih’ dan gagal”. 
Dalam sebuah laporan oleh NST, beliau berkata kegagalan itu telah membebankan kerajaan, dan ia tidak boleh lagi menerima sokongan lanjut. “Ia sebuah projek yang gagal. Mereka meminta kerajaan menyediakan dana. Sepanjang tempoh berkenaan, berbilion ringgit telah diperuntukkan. Bagaimana ia boleh menjadi sebuah projek yang berjaya sekiranya setiap tahun mereka akan meminta wang daripada kerajaan,” jelas beliau. 
“Bagi saya, ia sebuah projek ‘gajah putih’. Kita mewarisinya dari Tun Mahathir dan sekiranya ia gagal, beliau akan menyalahkan kita, mengatakan kita telah gagal,” sambung beliau, menyatakan bahawa jualan pegangan dalam Proton akan membantu mengatasi kerugian yang dialami syarikat itu kini. 
“Kita perlu mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkannya dan dengan syarikat China memiliki sebahagian pegangan di dalamnya, saya fikir ia sesuatu yang baik. Kita perlu memikul beban yang ditinggalkan dan kini kita tak lagi dapat memberikan bantuan kepada syarikat berkenaan. Satu daripada cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menjual sebahagian pegangannya. Jadi, kegagalan itu bukan disebabkan oleh kerajaan, tetapi disebabkan ia projek kesayangan beliau,” tambahnya. 
Proton sebelum ini menyatakan mereka akan mengumumkan rakan strategik asing baru menjelang pertengahan tahun ini. Laporan juga ada menyatakan bahawa kumpulan PSA dari Perancis dan Geely dari China sangat berminat dengan peluang berkenaan. [1]


Kau ni sebenarnya meludah ke langit.
Isu yang sedang kau komen ni berlaku pada zaman siapa, lembu ?
Untung jugaklah Tun M tu ada sebuah projek yang megah dan berjaya pada zaman di mana rakyatnya sendiri tak yakin negaranya dapat mengorak langkah dengan berani untuk wujudkan sebuah kereta buatan sendiri. Tahun 80-an, dengan sumber yang terhad, kita dapat buat kereta dengan menggunakan kepakaran anak tempatan yang telah dilatih di sebuah negara automotif maju, iaitu Jepun.

Dengan wujudnya industri automotif dalam negara, kau tengok berapa banyak peluang kerja wujud untuk rakyat Malaysia ? Yang ini mana kau nampak sebab kau bodoh macam lembu. Eh, lembu cerdik lagi dari kau. Sebab apa ? Sebab lembu tak buat kenyataan bodoh macam kau. Cuma yang sama ialah kau dengan lembu sama-sama dicucuk hidung kemudian diheret ke sana ke mari oleh tuan kau.
Nak jadi menteri sial, belajar dengan Nazri. Dia punya sial sama macam tuan penasihat Kassim 25 persen.
Puih.

P/s: Eh, bukan kau ke yang arahkan tutup semua pejabat pelancongan tu ? Alasan apa ? Sebab kerajaan negeri masing-masing dah ada unit pelancongan ? Bukan sebab lu pun dah kering ke lembu ?

Sumber:

[1]Proton sebuah projek ‘gajah putih’, gagal – Nazri Aziz, https://paultan.org/2017/03/02/proton-sebuah-projek-gajah-putih-gagal-nazri-aziz/