Isnin, 7 Mei 2018

YANG CANTIK-CANTIK

Kan cantik itu menawan hati, bang.

Owh, Tuhan itu kerjaNya memanglah tidak kita ketahui sehinggalah kita ketemukan sesuatu yang bertentangan sama sekali.

Kita tak selalu tahu bahawa kita sedang sihat dan tidak menghargainya sehinggalah kita pada satu ketika jatuh sakit.

Kita tak selalu tahu bahawa kita itu cantik sehinggalah kita ketemukan seseorang yang kita sendiri ragukan tentang soal dia mengurus hidupnya dengan rupa sebegitu.

Tetapi apa sahaja pertentangan itu, Tuhan damaikan dengan sebuah kepastian; tidak Dia lihat itu semua sebagai satu penilaian mutlak melainkan hati yang suci dan penuh rasa cinta kepadaNya.

Sabtu, 5 Mei 2018

JENGKEL PILIHANRAYA

Tahu apa yang jengkel pada pilihanraya ?

Tidak begitu ketaranya usaha untuk dilihat tidak memihak kepada mana-mana orang yang bertanding.

MUSYAWARAH MIMPI

Musyawarah itu tidak perlukan pakar ekonomi.
tetapi.
Ia hanya perlukan sebuah takwilan daripada orang yang berulangkali berjumpa dengan nabi.
Di dalam mimpi.
Apa lagi yang kau mahukan kalau mimpi bertemu nabi itu adalah penanda aras yang paling tinggi dalam membuat keputusan ?

Khamis, 3 Mei 2018

SENANDUNG JATUH CINTA

Kalau anda jatuh cinta.
Anda tidak melihat apa-apa kecuali rasa cinta.
Cinta itu membutakan.
Sengsara terasa bahagia.
Susah terasa senang.
Berat terasa ringan.
Mahal terasa murah.
Perlahan terasa laju.
Laju terasa perlahan.
Basah terasa kering.
Kering terasa basah.
Tinggi terasa rendah.
Rendah terasa tinggi.
Semuanya buta.

Cuma jangan sampai cinta itu membutakan hati.
Kerana nanti hati itu akan dipaling dari cinta yang hakiki.